YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label makanan tradisional sabah. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisional sabah. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Serunding Tuhau

Lagi satu makanan tradisional berasakan Tuhau. Tuhau lagi entry MaMaRey ni hihi..

Di sebabkan oleh permintaan oleh mama ini..(sorry Nas..lambat reply dan pic tiada) maka saya pun minta lah resepi berasaskan Tuhau ini dari ibu saya. Bahan-bahan dan cara memasaknya mudah sahaja. Semuanya digoreng kemudian di satukan bersama selepas menggorengnya...

Bahan-bahan:
  1. Batang Tuhau
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. halia
  5. cili putih segar
  6. kacang tanah
  7. bilis
  8. limau
Cara-cara Memasak:(Goreng asing-asing)
  • Batang Tuhau dihiris halus kemudian di jemur hingga kelihatan kering.
  • Panaskan minyak kemudian goreng Tuhau tadi hingga kering. Ketepikan.
  • Goreng kacang tanah. Ketepikan
  • Goreng bilis. Ketepikan
  • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumis bersama cili putih segar..
  • Selepas itu satukan semua bahan-bahan yang digoreng tadi.Bubuh lah garam dan gula ikut rasa suka hati. Kacau-kacau..siap..
  • Perahkan limau diatas dan boleh makan... 

*Jumpa resepi Ini di laman web MasterChef Malaysia. Salah satu bahan sosnya ialah Tuhau. Nas bolehlah cuba..:)

p/s: Terima kasih kawan-kawan semua yang bertanyakan khabar saya dan doakan kesihatan saya juga bagi saya tips untuk sembuh cepat..Terima kasih banyak-banyak ya.:)

Saturday, June 15, 2013

Jeruk Tuhau

Kongsi dengan korang hari ini tentang satu lagi jeruk yang selalu ibu buat iaitu Jeruk Tuhau. Jeruk ini makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun dan memang pemes di Sabah. 

Baru hidu bau jeruk ni, air liur sudah kuar. Rasanya pedas masam. Bila makan Jeruk Tuhau ini boleh terkenyit mata dibuatnya kerana rasa masamnya itu..hehe... Sedap bila dimakan bersama nasi panas dengan ikan bakar..ikan goreng atau ikan masin..fuhh memang sedap. Kalau bubuh dalam sup ikan pun sedap juga. Bau hanyir ikan boleh hilang..

Ini cara ibu membuat Jeruk Tuhau. Caranya mudah sahaja.


Bahan-bahannya:
  1. Batang Tuhau
  2. Cili kering
  3. garam
  4. cuka
Cara membuatnya:
  1. Batang Tuhau potong kecil-kecil.
  2. Cili kering dibuang bijinya. 
  3. Blender batang tuhau dan cili kering hingga halus.
  4. Campurkan dengan cuka dan garam secukup rasa.
  5. Siap. Boleh hidangkan.
Jeruk Tuahu..merah menyelerakan..

Botol sebelah kanan kaler merah tu ialah Jeruk Tuhau.  Ibu masukkan dalam botol kedap udara selepas membuatnya. Abaikan si Jeruk Buah Bambangan kaler kuning di sebelahnya itu..

Batang Tuhau..
Sumber:Google

Ini rupa bentuk batang tuhau yang digunakan untuk membuat Jeruk Tuhau. Kamurang bule jumpa tumbuhan ini dijual mana-mana tamu di Sabah.

Tuesday, April 23, 2013

Jeruk Buah Bambangan

Pernah dengar Jeruk Buah Bambangan..?

Jeruk Buah Bambangan merupakan antara makanan kesukaan orang sabah.
Makanan tradisi kaum Kadazan-Dusun yang terkenal di Sabah. Pembangkit selera ketika makan. 

Bagi saya yang meminati makanan ini, rasanya memang sedap. Bila tercium baunya, air liur terus meleleh keluar. Rasanya masam-masam. Boleh terkenyit mata bila memakannya. Kalau dimakan dengan nasi panas campur ikan masin..fuhh..memang tidak terkata..sedap bah rasanya..hehe..

Kesukaan hati..Jeruk Buah bambangan..
(buatan Ibu)

Ini rupa bentuk Jeruk Buah Bambangan. Nampak warnanya yang kuning menyelerakan itu..Terliur la pula hehe..Jeruk ini Ibu yang buat. Dibawa khas dari kampung untuk saya yang menggemari makanan ini..:)

Cara-cara membuatnya:

Isi buah Bambangan dihiris-hiris. Kemudian dicampurkan dengan bijinya yang telah diparut. Selepas itu campurkan dengan garam dan cili jika suka. Masukkan dalam bekas botol dan ditutup ketat. Dibiarkan selama semingg baru boleh makan. Lagi lama simpan, lagi umpphh..kaw..kaw..rasanya..

Air dalam mangkuk yang korang nampak itu merupakan jus yang keluar dari buah tersebut semasa dijeruk. Warna putih-putih tu ialah biji buah Bambangan yang diparut. 

Pilih mana satu..atas atau bawah..

Tapi buat Jeruk Buah Bambangan ini pun kena tahu caranya. Nanti jadi macam pic dia atas itu. Kalau pandai buat, jeruk ini memang tahan lama. Warna dan rasanya tidak akan berubah. Ini ibu saya yang kata. Sebab ibu pandai buat jeruk ini. Saya cuma pandai makan saja. Belum pernah lagi membuatnya..huhu..

Salah satu petua yang ibu beri ialah jangan cuci buah selepas dikupas. Ia akan menggelap seperti Jeruk Buah Bambangan di atas itu. Yang di bawah, buahnya tidak dicuci selepas dikupas kulitnya. Nampak bezanya kan...

Kalau korang datang Sabah dan teringin mencubanya..Kamurang cari jak di tamu-tamu Sabah..:)


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...