YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Saturday, October 26, 2013

Chicken Pox


Seminggu anak buah saya tiada ke sekolah kerana dijangkiti virus yang telah menyebabkan timbul biji-biji kecil mengelembung berair di badannya..iaitu chicken Pox. Demam..sakit-sakit badan gatal-gatal memang tidak lari lah kalau kena benda ni. Kesian juga tengok anak buah saya menahan kegatalan. Nampak tangannya mengaru- garu badan walaupun dipesan jangan digaru.

Dulu kena chicken pox ni memang tidak tertahan kegatalannya. Gatal dan menjejaskan keayuan wajah hehe..(ayu lah kunun..)

Saya bawa anak buah dapatkan rawatan di klinik berdekatan. Tiga jenis ubat yang diberi. Ubat demam, lotion calamine dan satu lagi jenis ubat yang di makan bila perlu sahaja. Kesannya boleh menyebabkan mengantuk. Saya dipesan berikan bila rasa perlu sahaja. Kalau nampak lotion calamine tu tidak berkesan, masih tergaru-garu, baru boleh lah beri makan ubat tu.

Pemakanan pula..telur dan goreng-gorengan tiada bagi anak buah makan. Minum air banyak-banyak..itu sudah semestinya. Dan nasib baik lah anak buah tidak banyak karenah. Bila bagi minum air, dia minum. Bila bagi makan ubat, dia makan. Senang hati makciknya..:)

 "Jangan bagi makan kicap..nanti parut jadi gelap..nda hensem..nda cantik nanti.."

Selalunya itu lah pesan atau pantang larang orang tua-tua yang selalu saya dengar bila kena benda ini.


chicken pox
sapu lotion calamine 
baru kurang sikit.. ..

Ini pula pertanyaan Hero keempat saya bila melihat badan adik sepupunya semakin banyak ditumbuhi chicken pox.
"Mummy..kudis apa di badan Chin-Chin tu..."

"Chicken pox bah tu..."

"Chicken????...Kudis ayam ka...napa nama dia macam tu"

"Bukan lah Dnil...memang tu lah nama dia...chicken pox atau cacar air..
      
Nampaknya kena rajin lah mengoogle tentang Chicken Pox  lepas ni. Baru lah tahu macam mana mahu menjawab soalan anak..:)


p/s:Palan-palan saya pi tempat kamurang ya..sory sangat-sangat belum balas kunjungan korang semua.

Thursday, October 24, 2013

Sibuk Melayan


Apa khabar sahabat alam maya semua..?..Lama pula  tiada update blog.( Elee...baru seminguu lebih je pon hehe..)Blogwalking pun tiada buat. Maaf lah semua jejak kalian belum terbalas lagi. Sibuk melayan anak kecik yang asyik meragam disebabkan tumbuh gigi.Tumbuh serentak pula tu. Gigi taring dengan gigi geraham.

Tapi yang bagusnya puteri bongsu saya ni tidak seperti abang-abangnya. Dia kurang sikit gigit menggigit. Selamat diri ini time menyusukan..hehe.. Cuma dia selalu masukkan jarinya ke dalam mulut. Rasa kurang selesa agaknya dengan gigi-gigi barunya tu. walaupun dalam ketidakselesaan giginya yang serentak tumbuh, aktivit panjat-memanjat tetap aktif dilakukannya.

Panjat..turunkan...panjat...turunkan...Akhirnya dia keluarkan senjata utamanya yang sungguh nyaring itu.

Si abang bongsu pula semakin suka menyakat adiknya. Semakin kuat jeritan nyaring si adik semakin suka lah abang menyakatnya. Bertambah aktif menyakat sekarang sebab abang sepupunya yang selalu dibawa main sakit sekarang.

Saturday, October 12, 2013

Sambung hari ini

Dari semalam membuat Bun Sosej dengan anak-anak. Semangat anak-anak membantu semalam. Sampai berebut hendak campurkan bahan-bahannya. Dari mencampur bahanny, mengulinya, melilit doh pada sosej sampai masukkan ke oven pun masing-masing mau mencubanya.
                          
Sambung lagi pagi tadi. Semalam buat, keras sikit hasilnya. Pertama kali buat, entah apa yang kurangnya..Pagi tadi kali kedua buat. ok..ok..lah..Bole lah hehe..Lepas ini sambung lagi nanti..                                                                                                                                                             

Thursday, October 10, 2013

Shopping Di Zalora Malaysia


Ini kira kali pertama shopping di Zalora.com.my. Kalau sebelum ini cuma intai-intai..tengok-tengok saja di web Zalora Malaysia . Ragu-ragu sebenarnya sebelum ini. Tapi selepas tengok beg adik ipar yang cantik menawan, jadi terpikat pula. Adik ipar kata prosesnya cepat. Sudah dua kali dia membeli beg di Zalora Malaysia. Dan kedua-dua beg tu memang memikat hati. Jadi saya pun merembat lah satu beg yang memang lama di intai-intai di Zalora.

zalora malaysia, beg
Beli guna baucher..
jimat cikit duit hehe..

Baru Keluar dari kotak. Alhamdulillah, sampai dalam keadaan yang memuaskan hati. Saya buat pembayaran waktu pagi. Petangnya dapat email bagitau barang yang saya oder sudah diposkan. Cepat prosesnya. Terima kasih Zalora Malaysia. 

Tuesday, October 8, 2013

Kucing Siam

Sempat juga mengsnap kucing ini sewaktu datang melawat kakak yang baru dibedah kerana sakit apendiks sabtu lalu hehe... Kakak memang suka bela kucing. Dan kucing ini antara kucing belaan kakak. Lupa pula tanya apa nama kucing kakak ni.

kucing siam
Kucing Siam.
Ni kalau Hero bongsu nampak 
kompem tak bagi lepas.


Kucing ini kakak dapat dari jiran saya. Kucing Siam betina. Kalau menurut sumber dari sini, kucing siam berasal dari Thailand yang dahulunya dikenali sebagai Siam. Kucing Siam menjadi salah satu baka yang popular di Eropah juga di Amerika Utara dalam abad ke-20. 

Jiran bagi free saja kucing ni. Katanya, penat membela kucing banyak-banyak. Mula-mula kakak tidak mahu sebab jantinanya tu. Tapi abang ipar yang suruh angkat lepas tengok mata kucing ni biru cantik. Saya pun suka tengok mata dia ni. Mempersonakan kan hehe..Kecil lagi kucing siam ni sewaktu diberi oleh jiran tu. Sekarang sudah besar dan sudah menjadi ibu pun dia..:)

Bulu dia cantik bersih, halus dan lembut. Rajin dimandikan oleh tuannya lah tu. Masa kecil dulu bulu kucing ni semuanya berwarna putih. Sekarang, nampak warna hitam bahagian telinga, muka, kaki dan ekornya. Pandai berubah kaler rupanya kucing siam ni...

kucing siam
ya..engkau memang menawan..

Menurut kakak, kucing siam ni bijak..pandai mendengar kata dan mudah diajar. Kalau nampak dia macam mencari-cari tempat membuang air besar, cepat-cepat kakak arahkan dia membuang di luar. Dan kucing ni patuh apa yang kakak arahkan. 

Salah satu hobinya ialah suka duduk melepak dekat tingkap sambil memerhati luar rumah. Kakak pun tidak tahu kenapa dia suka duduk situ. Kadang-kadang duduk berjam-jam dekat tingkap. Entah apalah yang diintai, kakak pun kurang pasti. Menikmati alam sekitar agaknya...hehe

Saturday, October 5, 2013

Sakit Apendiks


Petang tadi, saya ke rumah kakak. Datang melawatnya yang baru dibedah kerana sakit apendiks. Saya tidak tahu pun kakak kena bedah. Ibu dari kampung yang bagitahu saya tentang kakak dibedah. Itu pun sudah keluar dari hospital baru kakak bagitahu. Kakak saya seorang ni memang macam itu. Kalau boleh tidak mahu bagitahu dengan kami. Tidak mahu menyusahkan dan merisaukan kami.

Kesian juga tengok kakak tadi. Nampak pucat. Kata kakak tekanan darahnya rendah. Kakak sebenarnya tidak menyangka dia kena sakit apendiks ni. Mula-mula kakak cuma rasa sakit perut. Ingatkan sakit perut biasa saja. Tapi bila kakak rasa sakit tu kian menjadi, kakak ke klinik jumpa doktor. Keesokannya kakak datang jumpa lagi sebab masih sakit dan muntah-muntah. Doktor chek dan dapat kesan kakak sakit appendiks. 

Kakak bercerita tadi, memang tersangat lah sakit bila sakit apendiks ni. Mula-mula sakit di perut kemudian melarat bahagian bawah perut, sebelah kanan. Sakit tu datang sekejap-kejap. Bila datang sakit tu tersangat sakit macam orang mahu beranak. Bangun pun tidak mampu apatah lagi mahu berjalan. Bertambah kesakitannya bila batuk atau bersin. Lutut pun berlipat naik atas sebab menahan kesakitannya, kata kakak. Kesian kakak..Dapat bayangkan kesakitan kakak tu.

Tapi alhamdulillah kesakitan yang kakak tanggung akhirnya berakhir selepas dibedah. Walaupun berpindah hospital sebanyak dua kali. Jahitan pada pembedahan pun sudah dibuka. Kakak pegi Klinik 1 Malaysia buka jahitannya. Kata kakak lagi cepat. Tidak perlu menunggu sebab orang tidak ramai.

Saya kongsi sedikti info tentang apendiks:

Apakah bahaya apendiks? 


  • Penyebaran jangkitan darah boleh membawa kepada kejutan septik dan mengancam keselamatan. Oleh itu, apendiks akut diuruskan sebagai satu kes kecemasan. Dalam apendiks berlubang, nanah dan najis boleh mempengaruhi dan mencederakan bahagian lain usus dan organ di dalam abdomen. 


  • Boleh baca di sini untuk info lanjut.

    Thursday, October 3, 2013

    Jem Nanas Madu

    Setiap kali adik datang ke rumah, mesti ada saja yang ibu kirimkan hasil dari tanamannya untuk kami. Dan buah nanas salah satu tanaman yang ditaman oleh ibu tersayang saya. Buah nanas yang adik bawa tu belum masak sangat jadi sesuai lah jadikan jem. Dan saya dengan rajinnya kunun jadikannya Jem Nanas Madu. Mudah saja caranya...

    Nanas dikupas dan dibuang matanya. Potong kecil-kecil dan blender. Masak nanas yang diblender tadi dalam kuali dengan api kecil. Saya gunakan pan non-stick. Tambahkan sedikit air. Kacau. Kemudian tambah madu (pengganti gula) secukup rasa. Kacau sampai macam pic di bawah ni. Sampai pekat. Siap. Boleh angkat dan boleh lah sapu Jem Nanas Madu ini atas roti. 

    Mudahkan..:)

    jem nanas
    Jem Nanas madu

    Nanas yang saya kupas ada 3 biji. Kecil-kecil comel. Saya potong kecil-kecil masukan dalam tapau dan simpan dalam peti sejuk. Kononnya nanti malam buat. Sekali tengok nanas tu tinggal separuh saja lagi dimakan oleh anak-anak saya..hehe..Tulah sebabnya hasil cuma semangkuk kecil. 

    jem nanas
    Sapu atas roti
    Jem nanas rasa manis madu..Puas hati buat sendiri...Terima kasih ibu kirimkan buah nanas untuk kami di sini..:)


    p/s: Sorry kawan-kawan belum terbalas korang punya jejak..Nanti saya palan-palan pi tempat kamurang ya..;)

    Wednesday, October 2, 2013

    Tuesday, October 1, 2013

    Lagi Info Berkaitan Ular


    Lagi info dari +sr. master berkaitan dengan ular. Saya kongsikan disini ya...
    Antaranya ialah..


    1. Gunakan spray racun macam ridsect..shieldtox..baygon sebagai keselamatan atau pertahanan diri bila ada ular masuk rumah. Ular akan lari bila terhidu bau spray racun.

    2. Kenali ular berbisa atau tidak:
    • Kepala 3 segi: ular berbisa. Contoh ular tedung.
    • Kepala bulat: ular tidak berbisa. Contoh ular sawa.

    3. Berhati-hati apabila melihat ular kecil berwarna hijau (ular daun). Ada ular jenis ular kapak (berbisa) serupa dengan ular daun.

    4. Bila ular berada di bawah kaki, kurangkan pergerakan. Jangan terus lari. Lari setelah ular itu mula beredar dari kaki anda. Sebaik-baiknya apabila ular telah membelakangi anda.

    5. Sentiasa hati-hati walaupun sekecil mana pun ular itu. Bisa anak ular lagi berbahaya.

    6. Bela kucing spesis tempatan (kucing kampung). Kucing peka dengan kehadiran ular dan mampu menakutkan dan menghalau ular. Ular sensetif dengan kucing. Boleh tengok video ini (my cat was my bodyguard).

    7. Untuk hilangkan rasa takut pada ular, pergi ke zoo atau tempat ternakan ular. Pegang ular dengan bimbingan pemilik ular tersebut.

    ular tedung selar hitam
    ular tedung spesis selar hitam.
    Besar dan panjang...

    Tengok pic ular di atas tu. Geli campur takut kan tengok...Menurut sr. master, 4 orang anggota telah menangkap ular ini. Kemudian terus dilepaskan di hutan. Tidak boleh dibunuh kerana ianya satu kesalahan. 

    Korang boleh lah nanti baca-baca info..tips..pengalaman sr.master di bahagian komen di sini..Ada banyak lagi yang telah dikongsi..

    Pounsikou banyak-banyak sr. master kerana sudi berkongsi. Terima kasih juga membenarkan saya berkongsi gambar di atas dalam blog saya ini. Tidak lupa juga video itu..

    Cerita Lalu:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...