Tuesday, August 27, 2013

Puding Kastard Jagung


Entry beberapa bulan yang lepas tersimpan dalam draf. Baru hari ini dapat publish. Resepi yang dikongsi oleh +husna zahidi dan juga +Eca Dwinky Asha. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini..:)

Untuk kali kedua membuatnya. Kali pertama hasilnya agak lembik sikit. Tepung Jagung hari itu masih berbaki. Jadi saya telah merajinkan diri sekali lagi membuat Puding Kastard Jagung ini. 

Bahan-bahannya macam di bawah ni..
  1. Secawan tepung kastard
  2. Setin krim jagung
  3. 1/2 pek santan
  4. 1/2 cawan gula (saya guna 1 cawan)
  5. 2 cawan air
  6. garam
Cara mahu membuatnya sangatlah mudah dan ringkas..
  1. Gaul semua bahan-bahan di atas hingga sebati dalam satu bekas..
  2. Bila sudah sebati danmesra, barulah masukkan krim jagung.
  3. Adunan tadi dimasak dalam kuali dan apinya haruslah sederhana. 
  4. Masak dan sentiasa digaul hingga nampak berkilat. Bahagian ini korang kena sabar cikit lah ya..
  5. Bila kelihatan berkilat, bolehlah diangkat dan bagi masuk dalam bekas.
  6. Masukkan dalam peti sejuk. Bagi dia sejuk barulah sedap dimakan..:)

resepi puding
Gaul-menggaul

Dengan bantuan Hero sulung bahan-bahan dicampurkan dan digaul sampai sebati. Si hero bila tengok saya di dapur sedang siapkan bahan-bahan Puding Kastard Jagung ini, cepat-cepat dia menghulurkan bantuan..Baguslah, mudah kerja saya hehe...

resepi puding
Puding Kastard Jagung selepas 35 minit

Selepas 35 minit menggaul tanpa henti, jadilah bentuk seperti di atas. Mula-mula menggaul relax je.. Gaul guna tangan kanan sambil tangan kiri cekak pinggang..Bila adunan mula memekat, tiada lagi main cekak pinggang. Dua-dua tangan pegang senduk. Gaul tanpa henti. Takut pula nanti terbakar. Nasib baik si Hero sulung tadi meringankan tulang membantu. 

resepi puding
Puding Kastard Jagung baru potong..
Siap untuk dimakan..

Yeahh..Akhirnya..ini dia hasilnya Puding Kastard Jagung selepas dimasukkan dalam bekas dan selepas keluar dari peti sejuk dan selepas dipotong dua..Dan kali ini Puding Kastard Jagung tidak lembik seperti yang sebelumnya.. Dan juga habis licin dimakan...:)

20 comments :

  1. Nampak sgt sedap...ltk jagung byk2 kan...ermmmm....dapnya...

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. penuh jagung ye.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ala..dah abis la BM..licin dah dikerjakn oleh hero2

      Delete
  4. Wahh sepertinya enak nihh...Mantablah..

    ReplyDelete
  5. Sedap...Makanan favorite kita masa kecil mama..tapi dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  6. sdapnya..tp m3h x suka mkn jagung..hehe

    ReplyDelete
  7. bila ko buat ne kak..klu tahu, aku p rumahmu.hahaha :D

    ReplyDelete
  8. puding castard memang sedap..lama tak makan. hee

    ReplyDelete
  9. sedapnya... buat puding ni mmg kene sabar. hehe..
    lps tu kene jaga2 bila da mendidih, mgkn terpercik kat tgn..
    hehe.. selalu buat dgn mak, mak bg arahan, ira buat. tak penah lg buat sendiri.. hehe..

    ReplyDelete
  10. nyum..nyum..
    buat husna teringin je taw akak nih..hehe..

    ReplyDelete
  11. Memang sedap puding kastard ni,terasa sejuk jer ditekak.

    ReplyDelete
  12. Suka ratah makan puding jagung time panas..sedappp

    ReplyDelete
  13. Seumur hidup tak pernah buat MR sebab tukang buat kurang suka! hehe

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...