Kongsi dengan korang satu tempat makan seafood yang menarik di Sabah, Restoran Seafood Gayang. Salah satu tempat makan seafood yang kira femes di Sabah. Sedap dan segar.
Restoran Seafood Gayang, Tuaran |
Restoran ini terletak di Kg.Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran. Tidak jauh dengan tempat tinggal saya. Kalau Restoran seafood Gayang yang lama dulu dibina di atas air (paya). Macam restoran terapung. Lokasi Restoran Seafood Gayang yang baru ini pula dibina atas bukit. Tepi jalan. Lagi syiok..Lagi luas dan cantik. Tambah syiok lagi bila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup semasa korang makan-makan..;)
Sudah tersedia |
Saya sekeluarga dan juga adik ipar datang ke sini menjamu selera. Sekali-sekala makan seafood. Sampai di Restoran Seafood Gayang, makanan sudah pun sedia dihidang. Nasib baik lah buat tempahan awal. Tidak perlu menunggu lama. Masa kami sampai pun meja hampir semuanya penuh.
Nasi putih, Sup ketam jagung manis, ketam goreng bersos pedas, ikan kerapu goreng, ayam masak lemon, sotong goreng tepung, air bandung, puding kelapa..Cuma sayur Kailan dan udang rebus yang belum dihidangkan.
Jom tengok-tengok lebih dekat lagi menunya yang sempat disnap..
Crispy Lemon Chicken |
Yang cepat habis dingapp...Crispy Lemon Chicken. Terasa kerangupannya..Anak-anak suka makan yang ini. Sedap..
Sotong Goreng Celup Tepung |
Sotong Goreng Celup Tepung. Juga yang menjadi kesukaan anak-anak dan juga cepat habis dingapp...
Ketam Goreng Bersos Pedas |
Ketam yang digoreng dengan sos pedas. Yang tidak habis dimakan. Tapau bawa pulang. Jangan membazir..Di rumah boleh sambung balik kopek-mengopek hehe..
Ikan Kerapu |
Ikan Kerapu yang digoreng kering. Dengan rasa sosnya yang fuhhh..memang sedap. Tapi anak-anak pula tidak berapa menggemarinya. Makan pun sikit-sikit sahaja.
Sayur Kailan masak sos tiram |
Sayur Kailan yang diamask dengan sos tiram. Tidak mampu mengapp sayur ini banyak-banyak. Perut sudah penuh muatan. Juga tidak habis dan ditapau pulang.