YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Wednesday, January 29, 2014

Cara Makan Tembikai Mudah Dan Cepat

Tembikai pemberian dari jiran sewaktu berkunjung ke rumahnya. Sampai rumah simpan dalam peti ais..Nanti-nanti lah baru potong. Tapi belum sempat pun dipotong kecil-kecil, buah tembikai tu sudah bertukar rupa seperti di bawah.

Korek je..tak perlu potong kecik-kecik..

Korek buah tembikai tu dengan sudu. Senang makan..mudah dan cepat..Alahai anak-anak nda kesabaran makan buah tu..Apa-apa je lah..yang penting makan dengan hati gumbira...^_^

Tuesday, January 28, 2014

Anak Demam Panas

Baru-baru ini dua orang anak kecil saya demam panas. Risau dengan suhu badan anak-anak yang masih tinggi, segera membawa mereka ke hospital berdekatan di tengah malam. Dalam perjalanan menuju hospital bertembung pula dengan satu kemalangan. Dan untuk pertama kalinya melihat mayat di tepi jalan...Terus alih muka sebab takut dan ngeri.

Sampai di hospital nurse yang bertugas malam itu chek suhu kedua-dua anak saya.Kemudian beri ubat turunkan demam yang main masukkan melalui dubur. Keras badan Hero bungsu saya Yusuf, tidak selesa dengan prosesnya. Maryam pula tendang-tendang akak nurse tu sambil nangis-nangis marah. Senyum-senyum je akak nurse tu..^-^..Lepas itu nurse tu beri dua mangkuk besar air suam dan suruh lap badan anak-anak. Sempat juga nurse tu bagi tips pada saya.

Tips dari nurse itu:

"Lap badan biar basah..rambut pun sama...kasi sisip tu kain di celah ketiak supaya panas cepat  turun..Kalo rambut tu cepat kering maknanya masih panas..tapi cuba tengo kalo suhu turun..rambut tu lambat kering.."

Dengan bantuan suami dan abang sulung melap badan Yusuf dan Maryam, Ahamdulillah....suhu panas kedua-dua anak saya turun. Selepas di chek sekali lagi dan diberi ubat kami dibenarkan pulang. Dan penyebab demam kedua-dua anak saya ialah tonsil bengkak. Masa pulang pula takut-takut keluar dari ER tu sebab mangsa kemalangan tadi di bawah ke hospital tersebut..penakut betul hehe..


Ini pula tips suami saya bila anak-anak demam. Letak kain basah atas kepala. Sentiasa basahkan berulang kali dan biarkan di atas kepala anak..

Saturday, January 25, 2014

Sakit Apendiks!!..Jangan Dipandang Mudah..

Baru-baru ini saya mendapat satu komen dari Selipar Nenek dalam entry saya di SINI. SN berkongsi pengalaman tentang beliau kena Apendiks. Korang boleh baca komen yang telah saya printskrin dan kongsikan di sini. 
sakit apendix

Kalau melalui cerita SN, apendiks yang dialaminya ini memang di tahap yang berbahaya sebab telah pun PECAH di dalam perut. Disebabkan itu, SN dibedah segera sebab kuman telah pun merebak ke paru-paru. Tapi walaupun doktor beri 50-50 peluang, alhamdulillah SN selamat menjalani pembedahan itu. Dan nasihat SN.. Hargai nyawa..APENDIX!! jangan diambil mudah kerana ia boleh membawa maut.

Jadi sama-samalah kita menjaga kesihatan diri. Kalau boleh jangan kita pandang ringan..pandang mudah walau apapun penyakit itu. Kepada SN terima kasih kerana berkongsi pengalaman tentang Apendiks ini. Semoga SN akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan menjalani hidup seharian dengan gembira.

Thursday, January 23, 2014

GIVEAWAY 1ST BIRTHDAY MEMORY BY MOMMYAIDA

GA ini dari Blogger MommyAida sempena birthday anaknya si comel Medina yang tidak lama lagi. Antara syarat GA ini ialah harus letakkan gambar 1st Birthday Memory. Jadi dengan rajinnya hari ini, saya mengodek gambar-gambar lama yang tersimpan.  Lepas godek mengodek, akhirnya jumpa juga gambar puteri bongsu saya, Nur Maryam masa hari lahirnya yang pertama. Beli kek dan sambut di rumah saja masa itu.

 MommyAida
Seronok tengok api lilin tu sebenarnya..
bukan keknya hehe.
"Aunty Aida comel tak saya hihihi..."

Jom ramai-ramai meriahkan GA dari MommyAida ini. Kepada yang ingin join, korang boleh klik SINI untuk melihat syarat-syarat yang lain.

Untuk  Medina yang comel berpipi tembam dan semakin comel selepas bertindik..., Anty ucapkan Happy Birthday. Moga membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan keluarga....^_^

Tuesday, January 21, 2014

Tanam Serai Wangi

Kerajinan saya datang baru-baru ini. Saya, ditemani Hero bongsu saya menanam Pokok Serai Wangi dekat dapur dan satu lagi depan balkoni rumah. Disebabkan hujan selalu turun akhir-akhir ini, senanglah saya mengorek tanahnya walaupun sedikit berbatu. Hero bongsu saya pun ikut sama mengorek tanah sambil cakap "Yes..Yes..Yes.."... Dan suruh saya tengok hasil kerjanya. Seronok dan bangga sebab berjaya mengorek tanah hehe..

Serai Wangi

Saya potong daun bahagian atas dan tanam bahagian batangnya sahaja. Daunnya saya ambil, nanti boleh guna untuk mandi. Suka ramas daunnya dan hidu baunya yang wangi itu. Aromanya lebih kuat berbanding serai biasa yang selalu digunakan masa memasak. Selalunya selepas bersalin pokok herba ini lah yang saya gunakan semasa mandi. Daunnya yang sudah kering direbus dan biarkan suam-suam kemudian guna masa mandi. Selesa..segar lepas mandi..^-^.

Harap-haraplah tumbuh subur Serai Wangi ini nanti...^__^

Saturday, January 18, 2014

Pantai Dalit Shangri-La's Rasa Ria Resort Tuaran Sabah

Ambil foto-foto pantai ini khas untuk dikongsi dengan korang pagi tadi. Pantai ini ialah Pantai Dalit Shangri-La's Rasa Ria Resort Tuaran yang merupakan salah satu resort bertaraf 5 bintang di sabah. Terletak di area Pekan Tuaran. Untuk sampai ke sini memakan masa kira-kira 45 minit dari Kota Kinabalu dan 20 minit dari Pekan Tuaran.

pantai di sabah
Jauhnya mengsnap hehe..

Sampai saja di Resort ini, tempat pertama yang ingin di tuju ialah pantainya. Dari jauh lagi tangkap gambar pantai yang putih bersih itu. Sambil menggendong si puteri bungsu sambil juga snap gambar. Ada gambar yang miring(senget). hehe..

pantai di sabah
tukang snap tak bertauliah..Miring..

Lihat pantainya...Cantik, bersih dan luas pantainya. Seronok tangkap gambar pemandangan laut yang cantik ini.Seronok juga tengok air laut dan ombak yang memukul pantai. Rasa macam mau terjun masuk berendam dalam air masin tu.

foto pantai di sabah
Bersantai di tepi pantai

Tempat yang best..menarik untuk merelaxkan diri bersama keluarga. Duduk-duduk bersantai sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Kalau korang mencari tempat yang best untuk bercuti-cuti di Sabah, di sini antara tempatnya.

pantai tercantik di sabah
pemandangan yang cantik

Petang-petang boleh main volleyball dekat pantai ini. Tentu seronok.

pantai dalit tuaran
Bila lah merasa ..;'(

Dari dulu teringin nak naik bot tu...hehe..

Friday, January 17, 2014

Rezeki

Semoga rezeki kita dipermudahkan dan diberkati olehNYA hari ini, hari esok dan hari-hari seterusnya..Aminn..


Posted via Blogaway

Wednesday, January 15, 2014

Bun Sosej Goreng

Ini sebenarnya hendak menunaikan janji pada rakan di G+ +Nur Emylia atau lebih mesra dengan panggilan Kak Long. Janji tahun lalu, baru tahun ni ditunaikan huhu...Sorry ya Kak Long.. Lambat share.

Dapat resepi ini dari sahabat adik ipar saya. Kali pertama membuatnya bersama adik ipar di rumahnya. Baik betul sahabat adik ipar tu. Penuh kesabaran mengajar mama-mama yang baru belajar melalui Whatsapp. Dan hasilnya menjadi lah juga..^_^

Lepas itu sekali lagi saya mencubanya bersama dengan anak-anak di rumah. Dan bahan-bahannya macam di bawah ni...
  1. 300 gm Tepung
  2. 60 gm gula aising
  3. 1 biji kuning telur (putih untuk sapu)
  4. Bread Crumbs
  5. 20 gm shortening
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. 16-17 sosej
  8. 1sudu besar Yis 
  9. 175 ml air
Kemudian cara-caranya pula, ikut di bawah ni:

1. Larutkan Yis dalam air 175 ml. Biarkan.

2. Tepung, gula aising dan baking powder di ayak dan gaul rata dalam mangkuk besar.

3. Buat lubang di tengah-tengah dan masukkan shortening dan juga kuning telur. Gaul sampai rata.

bun sosej goreng, resepi
kasi gaul dia..

4. Kemudian masukkan yis yang telah dilarutkan dalam air. Part ini anak-anak berebut mangkuk yang berisi yis tu. Semuanya teringin mencuba nak tuang yis dalam mangkuk besar itu.

cara-cara membuat bun sosej
si abang diperhatikan oleh d
ua orang adiknya...

5. Uli dengan tangan hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Letakkan sedikit shortening dalam setengah sudu besar macam tu, dan sedikit tepung jika doh masih melekat di tangan. Kemudian uli lagi sampai lembut dan elastik. Biarkan beberapa minit hingga doh menjadi kembang.

Bahagian sini lah lama sikit menguli masa pertama kali buat. Nasib baik sahabat adik ipar tu penuh kesabaran mendidik kami hehe..

doh bun kembang
haishh..jari sapa lah tekan-tekan doh tu..

6. Selepas itu bulatkan doh menjadi bentuk yang kecil dalam saiz yang sama. Tapi hasil kerja kami anak beranak macam bawah ni saiznya tidak sama. Ada kecil ada besar.

sampai tenganga dia..

7. Kemudian gelek doh memanjang dan lilitkan pada sosej. Selepas itu sapu putih telur dan taburkan lah dengan bread crumbs atau serbuk roti atau habuk roti atau apa je lah panggilannya. Yang penting bentuknya macam bawah ni.

1.sosej belah dua. Kalau malas belah, tak perlu belah pun ok juga..
2.Tabur dengan bread crumbs. Kalau malas tabur, tak perlu tabur pun ok juga..

8. Biarkan mengembang beberapa minit sekali lagi. Kemudian goreng sampai kekuningan dengan api yang sederhana. Jangan guna api kuat nanti dalamnya tidak masak.. Dan rajin-rajin lah balik-balikannya. Nanti jadi macam bawah ni warnnya tidak sekata..

bun sosej goreng
Anak-anak...!! Jom mamam Bun Sosej Goreng ni..^__^

Yang ni pula permintaan dari +Atie Yusof yang mau tengok hasil bun di entry saya di Sini..Yang atas tu boleh-boleh lah..Sikit keras lah.. tapi yang bawah tu betul-betul ndak bole owh aTie..Pahit!! hehehe...

Bun Sosej Keras dan Terbakor!!

Buah cempedak di luar pagar,,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya mama baru belajar..
Bun tak jadi jangan gelakkan..
hehehehe....


Hah!! siapa mau beli pantun ni? Beli jangan tak beli...hehehe...

Tuesday, January 14, 2014

Makanan Kegemaran Rasullullah S.A.W

Salam Maulidur Rasul buat semua rakan Blogger dan semua yang beragama Islam. Sama-sama kita sentiasa ingat Nabi Muhammad dan mengikut sunnahnya.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


p/s:Whatsapp dari adik ipar share di sini..^_^


Saturday, January 11, 2014

CPUV Dari Nuffnang

Sambil tengok siaran ulangan Maharaja Lawak Mega sambil-sambil juga tangan ini menchek akaun Nuffnang yang lama tidak dijenguk. Dan tengok, ada pula CPUV dari nuffnang 01 November 2013 yang telah pun credited. Walaupun lama tiada update blog ada juga CPUV masuk bulan November. Satu lagi CPUV 03 September 2013. Juga telah pun credited..


Err..Belum mahir sebenarnya bagaimana hendak menerangkannya. Tapi apappun alhamdulillah rezeki yang masuk ini. Setelah sekian lama menunggu akhirnya ada juga CPUV dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang, pihak pengiklan juga kepada korang semua yang sudi datang berkunjung ke blog ini...Pounsikou dan selamat berhujung minggu semua...^_^

Friday, January 10, 2014

Hari Pertama Naik Bas Sekolah

Masih ingat entry saya di SINI..Hah! ni lah dia anak buah saya, Lolit yang saya daftarkan tahun lalu.  Baru saja masuk sekolah tadika tahun ini. Hari ini merupakan hari pertamannya naik bas sekolah. Sebelum ini adik yang hantar dan ambil. Bagi dia cuba pula hari ini naik bas sekolah.

Semangat awal pagi bangun dan bersiap ke sekolah..
dan pakai kasut sendiri
Sampai rumah tadi, nampak wajahnya tidak ceria. Maknya kata Lolit menangis tidak mahu naik bas sekolah. Sampai terbaring di jalan menangis sebab tidak mahu naik bas pulang. Hadoii!! dapat bayangkan anak buah saya ni terbaring sambil menangis hehehe...

Dan sepanjang perjalanan pulang Lolit asyik bertanya pada Maknya dan sambil juga menangis.

"Mummy kita pulang tempat Daddy juga ka ni"

Takut dan risau dia tidak sampai rumah. Minggu depan tidak tahu lagi macam mana si kecil ni. Harap-haraplah tiada lagi terbaring menangis macam tadi hehe..


Thursday, January 9, 2014

Err..

err...Apa khabar rakan blogger semua..Lama pula tiada buat entry apalagi berkunjung balas ke tempat korang semua...Blank pula mau tulis apa....Tengok tajuk pun tahu blank.hehe

Harap korang semua sihat ceria sentiasa dan penuh dengan semangat keazaman di tahun baru 2014 ini...Terima kasih korang semua yang masih datang menjenguk blog ini..Terima kasih juga bertanya khabar dan terima kasih yang google, terjumpa dan sudi membaca entry di blog MaMaRey ini..

err..tu sajalah kali ini.. Entry pembukaan tahun ini hehe...

err..nanti saya palan-palan datang pi tempat kamurang ya..;)


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...