Tuesday, May 27, 2014

Santai-Santai Hujung Minggu Di Tanjung Lipat, Likas

Perancangan sebenarnya hari sabtu. Tapi oleh kerana hujan lebat turun maka terbatal rancangan kami sekeluarga dan adik ipar hendak bersantai-santai dihujung minggu. Alhamdulillah, petang ahad lalu cuaca cerah mengizinkan kami bersantai-santai di Tanjung Lipat, Likas. Tempat rekreasi ini memang best. Tepi pantai. Pokok yang banyak, membuatkan suasana redup  dan nyaman. Ditambah lagi dengan tiupan angin dan bunyi deruaan ombak.

tanjung lipat likas, senja di tanjung lipat ,likas, trek berbasikal dan berjogging
Trek berjogging & berbasikal

Lama sebenarnya tidak menjejakkan kaki ke sini. Kadang-kadang tu ada jugalah lalu di sini. Limpas-limpas dan tengok-tengok jak. Semakin cantik, semakin tersusun dan semakin menarik tempat ini. Sangat jauh bezanya sekarang dan yang dulu. Antara yang menarik Trek untuk orang berbasikal, berjalan kaki dan berjogging. Kurang pasti berapa kilometer jaraknya. Tapi yang pasti memang jauh trek ini.

tanjung lipat likas
Tumpuan anak-anak kecil

Tempat tumpuan kanak-kanak. Paling seronok dua beradik kecil ni. Yusuf dan Maryam. Si Putri bongsu ditemankan oleh abang-abang . Si Hero bongsu pula di kawal oleh saya. Hero bongsu saya ini ada lasak sedikit. Risau kalau-kalau terjatuh dan harus juga berhati-hati, pengunjung ramai ketika ini.

tanjung lipat likas
Buka kasut

Tengok lah tu..Ingatkan kenapa tiba-tiba saja duduk. Rupanya dia tanggalkan kasutnya. Lepas itu belari menyusup ke bawah. Dan terbongkok-bongkok lah saya dibuatnya. Sudah rasa bosan panjat..berlari..menggelungsur. Berlari pula menuju ke pantai. Berpeluh-peluh mengejarnya.

tanjung lipat likas
Main pasir

Yusuf, Maryam dan dengan sepupu mereka, Adam. Ini masa di tepi pantai. Seronok melihat mereka bertiga bermain bersama. Pada mulanya main bertiga. Datang abang-abang dan kakak tumpang sekali main. Si abang jadi sasaran. Ditanam separuh badan dengan pasir...^^

tanjung lipat likas, senja di tanjung lipat likas,  pemandangan senja di tanjung lipat likas
Sunset..

Cantikk tak.. Senja petang di Tanjung Lipat, Likas. Tangkap pic ini Masa nak pulang berjalan menuju ke kereta sambil menggendong si Hero bongsu di belakang. Hero bongsu tunjuk kearah laut.
"Mummy..Mummy..tuuu..."..
Dan saya pun cepat-cepat tangkap pic sebelum matahari itu tenggelam hilang. Kemudian letak lah di sini untuk dikongsikan dengan korang..^^.. Selain Tanjung Aru, di sini juga best melihat pemandangan senja. Bersantai-Santai bersama family sambil menikmati ciptaanNYA yang sungguh indah ini.


28 comments :

  1. Beza betul sudah tempat ni kan mamarey.......lebih terurus dan terjaga berbanding dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah Mia..sblm ni..anduh bah..mcm terbiar jak kn..tp skrg lebih terurus...cantik...hrp2 kekal lah smpi bila2 kn Mia..

      Delete
  2. senja yang sungguh sangat indah, pastinya membuat tubuh rileks selepas seharian beraktifitas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Jery..relax mata..badan dn jg fikiran..

      Delete
  3. seronok ada tmpt mcm ni. taman permainan dkt dgn pantai. bila boring main gelongsor, boleh main pasir pulak.. menarik :)
    mamarey, limpas-limpas tu maksudnya apa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ni first time dtg cini slps ada rekreasi ni..tu yg best tu Ira..bosan main gelongsur bole ke pantai pla..

      err Limpas tu lalu ira..hehe..mksdnya sy lalu-lalu jer kat situ..x ada singgah..^^

      Delete
  4. Dapat santai macam ini anak-anak memang suka tak ingat penat dah.
    Balik rumah baru nampak penat dan pasti lepas mandi, makan terus lena sampai pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee..betul tu Kak Zakie..balik baru terasa penatnya..ank2 lah yg paling seronok..kalau bole nak stay lama2 hehe..

      Delete
  5. Salam Mama Rey.... tak pernah bah sampai sni..mcm cantik juga kan... susnset tu cantikkk nya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam aTie..singgah cini nti bila dtg kk aTie..time petang2 baru best..^^

      Delete
  6. Wpon x rasa udata sana tp nmpk bersih dan segar je udaranyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu ptg santai2 kat sini mmg best lia..nyaman jer rasanya^^

      Delete
  7. rasa nk jugak bersantai2 gini.
    tenangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala..bersama-sama dgn family hilang kn stress PB^^

      Delete
  8. wah seronoknya.... tempat nampak best tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt utk beriadah d waktu ptg NK^^

      Delete
  9. Santai & cantiknya sunset tu mamarey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunset tu dpt tangkap sbb si Hero yg tunjuk Rudaz hehe

      Delete
  10. Its a beautyfull sunset :)
    Kunjungan pagi buk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas kunjungnya ya A SG ^_^

      Delete
  11. wahh..cantik sangat sunset tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ank yg tunjuk..x tr fikr mngsnap sunset ms tu..^^

      Delete
  12. Tempat ni mmg cntik kan kak...sa suka trek joging tu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah sama la kita Van..trek jogging tu yg best..^^

      Delete
  13. Cantiknya view time senja tuh....

    ReplyDelete
  14. Seronoknya budak2 tu dapat main pasir...pemandangan sunset yang begitu cantik sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ank2 plg suka main tepi pantai Bunda..nk mandi sbnrnya tp x bgi..hehe

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...