Saturday, May 10, 2014

Pengorbanan Dan Jasa Mu Tidak Ternilai

Sewaktu Mengandung, Menahan sengsara selama sembilan bulan.
Sewaktu mengidam, sukarnya mencari apa yang diidamkan.
Sewaktu Melahirkan, bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Sewaktu Membesarkan, bertahan dengan karenah anak yang pelbagai.
Berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Ketika sakit ibu bersengkang mata menjaga. Menyuapkan makanan. Merawat hinggalah sembuh.
Ketika hari pertama ke sekolah ibu mengejutkan dari tidur, menyiapkan agar tidak lewat ke sekolah.
Ketika sedih, ibu memeluk memujuk agar tidak bersedih. Memberi semangat. Memberi kata nasihat.
Ketika jatuh terluka, ibu meniup lembut luka itu. Menyapu ubat pada luka.
Ketika berjauhan ibu sentiasa akan teringat-ingat. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya.



Wahai Ibu kasih mu, pengorbanan mu, jasa mu sangat lah besar. Tidak terkira, tidak ternilai harganya, tidak termampu membalasnya. Terima kasih ibu kerana melahirkan diri ini kedunia dan memberi kasih sayang yang tidak terhingga.

Wahai anak hargailah ibu mu selagi masih ada. Sayangilah ibu sepertimana ia menyayangimu sepenuh jiwa raganya.

Selamat Hari Ibu buat Ibu tercinta. Saya sayang ibu. Ampunkan segala dosa-dosa anakmu ini. Buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu. Moga kita sebagai ibu dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak sepertimana yang ibu kita lakukan..

26 comments :

  1. Selamat hari ibu juga mamarey ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Mia..^-^..
      Selamat Hari Ibu juga Mia

      Delete
  2. Pengorbanan ibu memang tak terbalas...... selamat hari ibu untuk mama rey

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu jugak... bagi saya.. hari hari adalah hari ibu.. hee
    btw, klik tabung inti sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq izzatI^^
      seharusnya kn izzati..hr2 hari ibu untuk ibu kita..

      Delete
  4. Replies
    1. pengorbanan dan jasanya yg terlalu besar

      Delete
  5. Sayang my mom & happy mothers day mamarey...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tq Ummi..slmt hari ibu jg buat Ummi

      Delete
  7. selamat hari ibu juga mamarey (:

    ReplyDelete
  8. jasa ibu mmg tidak terbalas....

    ReplyDelete
  9. Jasa ibu tak kan terbalas... selamat hari Ibu buat semua...:)

    ReplyDelete
  10. tetiber jer rasa nk blik kmpung., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo kg dekat rasanya nk hari2 balik jenguk ibu kn..

      Delete
  11. Begitulah pengorbanan dan kasih sayang ibu tak ada penghujungnya hatta mereka telah pergi utk selamanya..

    ReplyDelete
  12. Touching plak baca. Selamat hari ibu MR.

    ReplyDelete
  13. selamat hari ibu buat mama.. nina pun syg mak sgt2. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nina..Sayang ibu selama-lamanya

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...