Thursday, December 13, 2012

Tips Banyakkan Air Susu

Kongsi sedikit tips banyakkan air susu yang selalu saya amalkan:

1. Susukan bayi sekerap mungkin.  Sebabnya ialah, lebih kerap bayi menyusus akan lebih banyak air susu terhasil.  Jarak penyusuan tidak melebihi dua jam.

2. Saya mengamalakan minum banyak cecair. Selain minum banyak air kosong saya juga banyak minum susu seperti susu Enfamama, susu kacang dan juga minum sup ayam dicampur halia.  

3. Minum teh dan minuman yang mengandungi kafien kalau boleh saya ellakkan. 

4. Makan banyak sayur-sayuran seperti kacang panjang, taugeh, jagung muda atau apa-apa saja jenis sayur.  Samada digoreng atau direbus campur dalam sup.  

Banyak lagi sebenarnya tips-tips yang boleh diamalkan tapi tips-tips diatas saya amalkan selalu agar air susu sentiasa banyak.  

Saya menysusukan anak dengan susu badan penuh tanpa memberi susu formula kerana khasiat susu ibu tersangatlah ajaib.  

13 comments :

  1. selamat pagi..da bekpes?? good info dear

    ReplyDelete
  2. Good info utk saya yg masih menyusukan ank..

    ReplyDelete
  3. Mmg sedang cuba banyakkan susu...dh nak kerja tapi stok ada ciput je..

    ReplyDelete
  4. betul2..khasiat susu ibu mmg tersangatlah ajaib..tak ade susu lain yg leh tandingi khasit yg ade dlm susu ibu...

    ReplyDelete
  5. Banyak tips nak tambah susu kan. So far alhamdulillah, anak masih fully BF. Saya selalu amalkan doa masa nak pam susu.

    ReplyDelete
  6. heheh boleh dijadikan amalan pd mase akn dtg ni =)

    ReplyDelete
  7. Betul tu.. bertuahanak2 yg dapat susu ibu sepenuhnya..
    Akak dah cuba mcm2 cara tapi x da rezeki anak2 kot, susu mmg x da..

    ReplyDelete
  8. Mama rey, saya print nih kasik wifey saya baca..thanks ^_^

    ReplyDelete
  9. salam mama rey..info yg bagus nih tq

    ReplyDelete
  10. suke info ni,
    hehe tp nisah perlu ada anak dulu, baru boleh cuba kaedah ni :)

    ReplyDelete
  11. Salam kenal Mama Rey, terima kasih sudi singgah blog ummi.
    Perkongsian yang baik untuk ibu2 muda ni..

    ReplyDelete
  12. As salam mama rey,

    Tahniah puan kerana berjaya menyusukan bayi puan secara ekslusif! :)

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...