Nurse tadi pun ramah-mesra. Pandai dia bawa berbual-bual bagi alih perhatian saya. Cek sekejap saja. Beberapa minit saja sudah siap. Ambil sampel gunakan kayu kecil di bahagian serviks. Keputusan ujian tidak dapat terus. Tunggu bulan depan baru dapat. Harap-harap tiada apa-apa.
Disini saya kongsi dengan anda maklumat tentang Ujian Pap Smear. Ambil dari Alamhamil.com Protal Kehamilan Malaysia
Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Siapakah yang perlukan ujian Pap?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
- Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
- Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
- Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
- Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
- Perokok
- Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
saya buat pap smear setiap kali lps bersalin..ble da abes pantang je terus buat..bru buat 2kali..pas bersalin ank no 3 ni..lum buat2 lg..he3
ReplyDeleteSaya nak buat ujian ni tapi malu... Tahu pentingnya benda ni... Ei, umo dah 31, semakin berisiko... Mamaray buat ni selepas period datang kan? Rasanya macam tu...
ReplyDeleteuhuhuhu..smpai skg x penah wat pap smear...takut....tak tau la ape yg ditakutkan..hahahahha...
ReplyDeletepadahal bersalin tu lg sakitkan dr wat pap smear tu...hehehehe
hehe..betul tu bersalin lagi sakit..
ReplyDeleteya Aisy..nurse tu pesan sebelum buat ujian kena buat selepas haid.
Nieza tak pernah buat..kene buat eh lepas bersalin?
ReplyDeletesampai skrg sy belum lg buat saringan pap smear..huu.. hajat dah memang ada,tp smangat belum ada lg nih.. tp mmg mesti dan kena buat tu takut2 jgk ada 'penyakit' yg tk diingini kan....
ReplyDeletepernah dengar cerita kawan buat ujian Pap Smear nih... dia pown cakap masa memula buat cam scary jer...
ReplyDeletetapi penting sebenarnya ujian Pap Smear ni kan mama...
bercakap pasal nih, cam nak kena wat appointment jer ngan doctor... hu hu hu...
Kakak tiap tahun buat. Kakak punya schedule setiap bulan April senang ingat sebab anak pertama kakak lahir bulan April. Setahun lepas bersalinkannya kakak buat terus sampai sekarang.
ReplyDeletewah saya belum pernah dengar ini
ReplyDeleteklu blum kahwin bole ke buat ujian ni??
ReplyDeletex pernah buat pon ujian n....huhu
ReplyDeleteTQ for sharing info Kak.
ReplyDeletesy pn dah buat ujian pap smear ni.. mmg penting bagi kita..lagi2 yg dah bersalin.. doktor kata lagi baik buat setahun sekali ujian ni...
sangat penting kn pap smear. 2 thn dh tak buat ni..huhuuuuu
ReplyDelete