Wednesday, November 14, 2012

Ibu Mertua

Macam-macam ragam ibu mertua, ada yang cerewet ada yang suka juga ada yang langsung tidak suka terhadap menantu kerana perbezaan darjat.  Tetapi walau apapun sikapnya Mertua adalah antara orang yang kita harus sayangi dan hormati kerana darjatnya sama seperti ibu kita sendiri.

Bagi seorang isteri, syurganya di bawah telapak kaki suami dan syurga kepada suami di bawah telapak kaki ibunya, jadi wajarlah isteri menyayangi ibu mertua.  Tidak semua ibu mertua itu jahat seperti watak "Nyonya Mansoor" dalam filem "Kassim Selamat".  Ada yang berhati baik malah lebih baik layananya dari anaknya.
Filem Kassim Selamat
Sumber:Google
Jadi sahabat kepada ibu mertua bukannya jadi musuh. selalu bersangka baik dan positif terhadap mertua bukannya mencari yang buruk dan memburukkan lagi hubungan yang sedia buruk.  

Terima seadanya siapa mertua kita dan layan dengan baik seperti kita melayan anaknya.  Jangan anaknya kita ambil tetapi wanita yang melahirkannya dan membesarkannya tidak tersenarai dalam hidup kita.

7 comments :

  1. teringat cerita ttg kassim selamat tu.. ala kassimmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak merasa sangat ber "ibu mertua" sebab beliau pergi di saat2 aku baru mendirikan rumah tangga... semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman disana amin...

    ReplyDelete
  3. kite tak de ibu mertua lagi .
    mintak mintak hubungan saya dengan bakal ibu mentua saya okayyy je . hehe XD

    ReplyDelete
  4. Memang amat setuju......cubalah jadi yg terbaik selagi mampu!!

    ReplyDelete
  5. mak saya kata,
    kalau dah nikah nanti,
    kalau boleh jangan tinggal serumah dgn ibu mertua..
    lebih2 lagi kita menantu perempuan..
    makanan dgn tmpt tinggal kena sediakan,
    tp jgn tinggal serumah..
    utk keharmonian rumah tangga katanya..
    hehehe..
    tapi memang ada juga la ibu mertua yang memang ngam dengan menantu perempuan..=)
    saya follow ya..^^

    ReplyDelete
  6. smg bkl mar mertua sy nnt blh terima sy dlm keluarganya :) amin ~

    ReplyDelete
  7. bagus info ni nnt dah kahwin harap hubungan dgn mertua takde masalah :)

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...