Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas.
Tamu Ahad Di Tuaran, Sabah. |
Barang basah |
Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus..
Demo cendawan |
Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganya. Pakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu.
"Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam"
Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...
Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan.
Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:)
Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe..
Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:)
"Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam"
Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...
Pelbagai sayuaran.. |
Abang gula kapas |
Mainan |
Kuih Penjaram |