Thursday, June 12, 2014

Nasi Linopot

Nasi Linopot... Pernah dengar?..

Ini merupakan salah satu resepi tradisional kegemaran saya. 'Linopot' dalam sebutan bahasa Dusun yang bermaksud dibungkus. Nasi ditanak bersama dengan ubi keladI/keledek/kayu/manis. Selepas dimasak ia akan digaul hingga nasi dan ubi menjadi sebati. Satu alat khas berbentuk leper panjang yang dipanggil 'Gigiyu' digunakan untuk menggaul. Selepas itu ia akan dibungkus (Linopot) menggunakan daun.

Sewaktu di kampung minggu lalu, Ibu tunjukkan cara-cara bagaimana hendak membuat Nasi Linopot ini. Ini sebenarnya atas permintaan anak-anaknya yang teringin sangat mahu makan Nasi Linipot. Ibu dengan gembira tunjukkan cara-caranya. Siap suruh saya rakamkan lagi hehe..

Ubi keladi..
potong tangkai..kupas dan hiris

Ibu gunakan ubi keladi untuk dicampurkan dalam Nasi Linopot ini. Ubi ini ibu tanam sendiri di kebun kecilnya. Ubi keladi sudah sedia dibersihkan. Tinggal dipotong dari tangkainya. Tangkainya pula ibu simpan untuk ditanam balik. Lepas itu kulit ubi keladi dikupas kemudian dihiris tebal. Kalau ikut cara ibu menghiris ubi itu, comfirm jari ni terhiris sekali. Cepat dan nampak mudah saja ibu lakukan. Saya kalau nak mengupas atau menghiris mesti gunakan dulang. Tapi ibu, tidak.

Ubi Keladi direbus..

Ubi keladi tadi direbus terlebih dahulu. Kata ibu untuk hilangkan lendir dan gatalnya. Rebus jangan sampai jadi lembik pula. Agak-agak bertukar warna ok lah tu. Atau pun bila nampak berbuih bolehlah diangkat, ditoskan kemudian dicuci dengan air bersih.

Selepas itu cuci beras agak-agak dalam empat lima gelas macam tu. Jika inginkan rasa ubi keladi lebih, beras kena kurangkan sikit. Kakak lebih suka makan Nasi Linopot yang ubi keladinya banyak. Begitu juga saya. Rasa sedap dan wangi bila dimakan. Setelah beras dicuci sukat airnya macam masak nasi biasa, barulah ubI dimasukkan. Letak rata dibahagian atas. Kemudian bubuh sedikit air lagi. Selepas itu masak dengan api yang sederhana. Setelah masak baru digaul menggunakan Gigiyu.

Kayu Gigiyu

Kayu berbentuk leper panjang. Itu lah yang saya sebutkan tadi, 'Gigiyu'.. Alat ini diperbuat daripada sejenis kayu. Digunakan untuk menggaul nasi dan ubi hingga sebati dan mampat. Dulu masa kecil-kecil selalu nampak arwah nenek gunakanya bila buat Nasi Linopot. Sampai sekarang masih lagi tersimpan elok. Kayu Gigiyu ini juga mengingatkan saya tentang kisah Burung Wodik yang selalu nenek ceritakan dulu.

Nasi Linopot &
  Ikan Terubuk Masin Sarawak
Sepatutnya dibungkus dalam daun. Nasi diletak atas daun dan dibentuk menjadi bulat. Kemudian dibungkus. Daun yang selalu ibu gunakan ialah daun Tarap. Ada juga daun yang lain biasa digunakan, tapi saya tidak ingat namanya. Oleh kerana daun tiada, jadi makan sajalah menggunakan piring. Makan bersama dengan Ikan Terubuk Masin Sarawak yang digoreng kering oleh abang ipar. Memang sedap dan menyelerakan. Lagi bertambah berselera bila makan beramai-ramai bersama keluarga. Untuk Ibu tersayang, terima kasih kerana masakkan Nasi Linopot untuk kami..^^..

23 comments :

  1. tak pernah mkn mama tp teringin pula nak rasa

    ReplyDelete
  2. First time dengar nasi linopot ni.. tgk gambar pun, dah rasa sedap… pekena pulak dgn ikan terubok masin… sah2 terangkat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ni sedap kalo mkn dgn lauk2 kg Nur..mmg kompem trangkat pny hehe

      Delete
  3. first time dgr namanya.
    mesti sedap ni..
    lps ni mamarey boleh la cuba sendiri kan? hehe..
    memang seronok kalau mkn bersama keluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Ira..dan cepat kenyang..^^
      nak menry jg nti ni Ira..x tau jd ke tak hehe..
      Betul tu Ira..mkn ramai2 dgn family mmg seronok

      Delete
    2. sedap Ira..dan cepat kenyang..^^
      nak menry jg nti ni Ira..x tau jd ke tak hehe..
      Betul tu Ira..mkn ramai2 dgn family mmg seronok

      Delete
  4. Keladi yg MR tunjuk tu biasa kakak makan goreng atau rebus tapi campur beras jadi nasi memang tak terfikir pun. Kakak suka MR banyak resepi tradisi. Kena selalu buat bagi ianya tak hilang ditelan zaman... sayangnya daun yg sepatutnya utk membungkus MR tak tunjuk.

    Rasanya kalau dibungkus daun lagi best aromanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubi ni buat bubur pn sedap Kak Zakie..cmpr dgn sagu..
      X ada daun masa ni Kak.nti kalo jumpa daun tu sy share d blog..^^
      Yup betul Kak Zakie..mmg kalo dibungkus dgn daun lg sedap dn wangi..

      Delete
  5. Replies
    1. jrg jg mkn nasi ni Raudz..balik kg hr tu baru dpt rasa..

      Delete
  6. MR atie pun 1st time dengar nasi linopot ni..hehe..adui! macam sedap bah tu tgk... mau lah jugak mencuba nti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ada jg djual d tamu2 tu aTie..tp jrg ada jg..ada jg member yg buat n jual d gerainya..

      Delete
  7. kayu Gigiyu.., mmg rare.., tngok mcm pahat pun ader eik., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm pahat ke zuhdi hehe..ibu buat sdri ni..dah berusia 30 lebih thn..

      Delete
  8. Baca cerita cara buat nasi linopot ini bagaikan terbayang2 bunda ianya berada didepan mata...

    Alangkah bagus sekiranya menjadi kenyataan...menggoda betul ikan masin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mmg menggoda Bunda..
      Bunda try lah buat nti..^^

      Delete
  9. baru tau apa tuh nasi linopot....mcm nih ruoa die...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepaturnya kena bungkus dgn daun Mimi. lg sedap..wangi..^^

      Delete
  10. Sedapnya makan dengan ikan masin. Saya belum pernah makan nasi Linopot ini. Di mana ya ada kena jual di Sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba Van cri d tamu2..Tamu Tamparuli ada ni sy nmpk kna jual..tp tu lah andu bah..kecil ja..ndak puas mkn hehe

      Delete
  11. Mama saya selalu buat ni hiiii..... Sedap sampai tambah 2 lopot linopot hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kn Fieza..mmg tmbh 2 bgks nasi linopot..apalagi kalo tangan ibu kita yg buat..mmg terbaik..(^^)

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...