Friday, December 14, 2012

Tamat Sudah Perjuangan

Semalam tengok perlawanan antara Malaysia dan Thailand dengan anak-anak. Malaysia gagal untuk ke final Piala Suzuki AFF 2012.  Tamat sudah perjuangan Malaysia untuk ke final apabila tewas 2-0 kepada Thailand.  

Menjadi kontroversi perlawanan semalam bila Lee Minhu pengadil dari Korea Selatan  melayangkan kad merah kepada Fadhli Shas iaitu pemain pertahanan Malaysia.  Baik betul hati pengadil itu.  Agaknya keputusan semalam mungkin berbeza kalau Fadhli Shas tidak dibuang padang.

Apapun tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berusaha sedaya upaya bermain semalam.  Pujian untuk Farizal Maralias penjaga gol kita kerana ketangkasannya menepis serangan-serangan pemain Thailand.

Jangan putus asa Malaysia, tahun ini mungkin perjuangan sudah tamat tapi akan datang masih ada lagi.    

Tahniah juga kepada Pasukan Thailand kerana berjaya mara ke final.

14 comments :

  1. Tak pa...Boleh cuba lagi tahun depan ^_^ Yang penting, pemain Malaysia telah menunjukkan prestasi yang cemerlang...

    ReplyDelete
  2. Kecewa tgk Malaysia tumbang.. bukan rezeki kot.. apa pun Tahniah Malaysia..:)

    ReplyDelete
  3. rmai tol yg x puas ati ngan pengadil tu mlm td kan..huhuhuhu..mmg berat sebelah..

    ReplyDelete
  4. tetap selamanya Harimau MAlaya..chayok2

    ReplyDelete
  5. kecewa juga..tp terima dgn hati terbuka..rasa nak je debik2 pengadil tu..hehe

    ReplyDelete
  6. moga ad rezeki lain utk harimau malaya :)

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, moga harimau Malaya terus mengaum, jangan putus asa.

    ReplyDelete
  8. menang kalah tu adat permainan. Malaysia Boleh! :)

    ReplyDelete
  9. They done their very best ! Proud to be Malaysian ;)

    ReplyDelete
  10. Takde rezeki tahun ni.. Semangat berjuang tu yang penting!

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...