Tuesday, January 29, 2013

Petua Di Dapur : Chef Sabri Hassan

Petua-petua ini jumpa dalam blog Master Chef Celebrity Sabri Hassan.  Tengok dulu pernah cuba atau tidak petua-petua Chef ini.

1.KUPAS BAWANG : untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang didalam bekas berair ; Baru tahu petua ini.  Sebelum ini pernah rendam untuk bagi senang kupas bawang.

2. MEMILIH IKAN SEGAR : Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal ; Selalu buat petua ini tapi kadang-kadang belum sempat tengok-tengok, penjual sudah cakap "ikan tu segar kak"

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN : Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris ; Ubi kentang pernah cuba semasa terlebih garam dalam masakan kicap saya.  Buah pisang belum pernah cuba sebab baru tahu.  Menarik petua ini.


4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN : Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.  Basuh dengan air beras belum pernah cuba sebab tidak tahu petua ini.  Basuh dengan asam jawa pernah.  Lepas ini kena simpan air beras nanti.  Selalunya saya buang saja.

5. MEMUTIHKAN NASI : Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi ; Baru tahu petua ini.  Lepas ini kena cuba letak air limau nipis semasa masak nasi.


6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS : letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul ; Belum pernah cuba.  Sebelum ini cuma pernah letak kayu manis saja.  Lepas ini kena cuba buat sebab baru tahu cili kering boleh elak kutu beras membiak.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT : Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup ; Harus dibuat..Niat itu yang paling penting.


Nampaknya banayk petua yang baru saya pelajari. Terima kasih petua-petua ini Master Chef. Selalu tengok Master Chef Celebrity Sabri Hassan ini dalam rancangan 'Spice Routes' di TV3.  Seronok tengok Chef Celebrity ini memasak.  Amat menyelerakan bila beliau memasak..:)

Master Chef Celebrity Sabri Hassan aktif dalam pertandingan memasak juga pernah mewakili negara dalam pertandingan memasak bertaraf dunia.  Lawati blog beliau di sini untuk melihat sendiri resepi-resepi dan pengalaman Master Chef ini.

21 comments :

  1. banyak2 petua, cuci ikan ngan air beras jer yg saya selalu amalkan, yg lain tu baru tahu haa.. hehe

    ReplyDelete
  2. banyaknya tips, terima kasih berkongsi semoga bermanfaat =D

    ReplyDelete
  3. petua no empat tu takpelah...rasanya kalau sendiri masak ikan sungai, tak lah kot...hhe, kalau orang lain masak saya makan je...

    ReplyDelete
  4. salam mama rey
    Wah mama rey leh jadi pelapis chef ni.
    Tq sudi share

    P/s terima kasih sudi lawat tempat ta di pg ni.

    ReplyDelete
  5. Yang no 1 tu , dulu2 zaman kecik tolong mak kupas bawang sambil pakai serkup wat mcm spiderman..koh koh..
    Yang no 6 tu memang intan buat sebab memang dari kecik tgk mak buat. Lepas tu dalam gula pula kakak letak kulit kayu manis dan bunga cengkih …x bg semut masuk

    ReplyDelete
  6. wahhh..bagus nya petua2 tu MAma Rey..
    boleh cuba diaplikasi kan nti..walau pun kakak jarang masuk dapur..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy kah?? hehe..c kecil buat apa tu?? mengigit lg kah?:)

      Delete
  7. pasal kutu beras tu my mom selalu buat.. ingat kan mak tersilap letak.. nice tips.. ena baru tahu semua ni.... terima kasih sis

    ReplyDelete
  8. petua2 ni utk org rajin masak... x mcm saya he3

    ReplyDelete
  9. der gak petua yang akak dah gunakan... kiranya petua orang tua2 gaklerni...

    ReplyDelete
  10. ya nawaitu itu sangaaaaat penting :)
    thx for sharing...

    ReplyDelete
  11. tq share petua2 yg bagus ni ye

    ReplyDelete
  12. makanan terlalu masin tu selalu jadi kalau cikna masak. haha.. thanks petua ni sis.

    ReplyDelete
  13. salam MamaRey.. banyak petua tp entah kenapa saya tak amalkan..hihi

    ReplyDelete
  14. wah, baru tau ya info"nya bagus sekali..
    Yang mutihin nasi itu baru pertama denger

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing. Ada juga petua yg saya tak tahu.

    ReplyDelete
  16. Bagus ni. Kebanyakannya mmg sllu dibuat org2 tua kita. Thanks sharing. :)

    ReplyDelete
  17. Sgt bgus ..ada petua bru ni, ikan juara xleh buang eko bau hanyir xleh mkn lgsung ..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...