YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Petua Cili Segar Lama


"Kalau mau lada (cili) segar lama..kasi taruh dalam peti sujuk (sejuk)...dalam freezer sana..tahan lama punya..macam baru putik(petik)"

Petua cili segar lama yang diberi oleh seorang akak cina. Tinggal berjiran dengan saya. Akak ni selalu beri saya cili yang ditanam di belakang rumahnya. Kalau di Sabah panggil cili ini lada. 

cili
Lada @ Cili Merah
Cili ini petang tadi akak tu beri. Cili hari tu yang dia beri masih belum habis lagi. Masih tersimpan dalam frezzer. Memang betul lah kata akak tu. Cili hari tu masih nampak segar walaupun tersimpan lama. Macam baru putik..:)

Friday, June 21, 2013

Petua Redakan Demam Panas



Beberapa hari ini asyik tidur berehat saja lepas uruskan anak. Buat kerja rumah pun sikit-sikit. Tidak larat siapkan semua.. Kepala rasa pening-pening dan badan rasa suam-suam kuku.Bila batuk rasa macam mahu pecah dada ni..Sakit..Bernafas pun sukar sebab hidung tersumbat..

Di sebabkan saya jenis yang tidak berapa suka menelan ubat, maka cara saya redakan rasa tidak selesa demam panas ini ialah minum sup ayam. Bubuh banyak-banyak halia, bawang putih dan lada hitam dalam sup. Bila minum badan berpeluh-peluh. Terasa sedikit lega dan badan rasa ringan lepas berpeluh.

Ada pula member bagi petua dengan saya kalau demam panas buat sambal pedas. Makan dengan nasi panas. Sama cerita dengan minum sup ayam tadi. Badan akan berpeluh dan kita akan rasa lega sikit. Member saya kata bukan saja akan berpeluh, rasa sambal pedas tu akan memaksa kita minum banyak air dan kurangkan suhu panas badan.

Ibu mertua saya pula bagi petua kalau demam panas minum air kembang semangkuk. Ini saya pernah cuba bagi dengan anak saya yang demam panas masa balik rumah ibu mertua dulu. Alhamdulillah demam panas anak saya turun setelah beberapa kali diberi minum..


p/s: Maaf kawan-kawan semua..Saya belum membalas jejak korang..Terima kasih korang semua selalu datang jenguk blog saya..Pounsikou Tambalut..:)

Tuesday, January 29, 2013

Petua Di Dapur : Chef Sabri Hassan

Petua-petua ini jumpa dalam blog Master Chef Celebrity Sabri Hassan.  Tengok dulu pernah cuba atau tidak petua-petua Chef ini.

1.KUPAS BAWANG : untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang didalam bekas berair ; Baru tahu petua ini.  Sebelum ini pernah rendam untuk bagi senang kupas bawang.

2. MEMILIH IKAN SEGAR : Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal ; Selalu buat petua ini tapi kadang-kadang belum sempat tengok-tengok, penjual sudah cakap "ikan tu segar kak"

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN : Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris ; Ubi kentang pernah cuba semasa terlebih garam dalam masakan kicap saya.  Buah pisang belum pernah cuba sebab baru tahu.  Menarik petua ini.


4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN : Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.  Basuh dengan air beras belum pernah cuba sebab tidak tahu petua ini.  Basuh dengan asam jawa pernah.  Lepas ini kena simpan air beras nanti.  Selalunya saya buang saja.

5. MEMUTIHKAN NASI : Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi ; Baru tahu petua ini.  Lepas ini kena cuba letak air limau nipis semasa masak nasi.


6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS : letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul ; Belum pernah cuba.  Sebelum ini cuma pernah letak kayu manis saja.  Lepas ini kena cuba buat sebab baru tahu cili kering boleh elak kutu beras membiak.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT : Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup ; Harus dibuat..Niat itu yang paling penting.


Nampaknya banayk petua yang baru saya pelajari. Terima kasih petua-petua ini Master Chef. Selalu tengok Master Chef Celebrity Sabri Hassan ini dalam rancangan 'Spice Routes' di TV3.  Seronok tengok Chef Celebrity ini memasak.  Amat menyelerakan bila beliau memasak..:)

Master Chef Celebrity Sabri Hassan aktif dalam pertandingan memasak juga pernah mewakili negara dalam pertandingan memasak bertaraf dunia.  Lawati blog beliau di sini untuk melihat sendiri resepi-resepi dan pengalaman Master Chef ini.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...