Tuesday, January 8, 2013

Air Laut Merah Pantai Barat Sabah


PAPAR — Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah.
“Orang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantaiterutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah.
“Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” katanya dalam kenyataan kepada di sini, hari ini.
Rabu lepas, dua kematian dilapor di Sepanggar, dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik berpunca daripada fenomena air merah di perairan pantai barat Sabah.
Rosnah berkata daerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar, dan Tuaran.
Baca lebih lanjut di sini

13 comments :

  1. alamak...ekekeke...mama... Farah baru jer set auto-published entry yang lebih kurang sama jer bunyinya dengan yang nih...^_^ x per kan tersama entry?

    btw, jalan2 singgah sini...lama x singgah kat sini... ^_^ sihat?

    ReplyDelete
  2. ishhhhhh baru tau ni.. dah la ena suka makan lala, kerang apa semua ni... hurmm, terpaksa puasa makan kerang.. hehehe terima kasih share info ni

    ReplyDelete
  3. Pada sesiapa yang berkenaan tu, elakkan makan ye..
    risau jugakkan.. semoga semuanya kembali pulih seperti biasa...

    ReplyDelete
  4. Kita baru nak cari additional info on this laut merah mama rey..yang kat australia recently tu memang agak mengerikan..siap ada tukar-tukar color lagi..tak tau samada yang ini sama tak fenomenanya...

    ReplyDelete
  5. Penduduk dipesisir pantai yang terlibat elok elak makan tangkapan laut.

    ReplyDelete
  6. tq bkongsi info tsebut..mcm2kn fenomena skrg ni..smoga keadaan kembali pulih

    ReplyDelete
  7. aduhh takut betul skrg nie .. macam2 ..
    harap2 mereka smeua berhati2 lahh

    ReplyDelete
  8. kena lebih hati2lah ye

    ReplyDelete
  9. Ada juga dengar ni... bahaya tau...kena alert! ..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...