Hari ini 4 orang anak saya ke sekolah. Seorang pergi sekolah untuk acara sukan sekolahnya, yang tiga orang pula kesekolah untuk gantian cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina Febuari nanti. Selepas saja menguruskan mereka ke sekolah, saya berbaring dan terlelap sebentar.
Rasa kurang selesa dengan kedatangan Bintang ini..Selepas bersalin ini kali pertama saya datang Bintang. Kira banyak juga yang keluar. Semalam pun kena tukar 2 kali pads. Mood pun tidak baik. Pening pun ada, rasa mahu muntah pun ada. Pinggang pun ada rasa sakit sedikit. sakit perut pun ada. Orang kata sakit tu tidak berapa kalau sudah kahawin.
Masa zaman bujang-bujangan dulu, pernah pengsan sekali sebab sakit perut teramat sangat semasa datang Bintang. Sekarang ada juga sakit tapi tidak lah pernah pengsan lagi macam dulu.
Pantang orang tua-tua pula, tidak boleh cuci rambut, tidak boleh mandi malam dan tidak boleh minum sejuk. Kalau minum sejuk, memang saya tidak amalkan tapi yang mencuci rambut dan mandi malam itu kadang-kadang terbuat juga.
Macam mahu berehat-rehat dulu lah sekejap, hilangkan rasa tidak selesa ini. Petang sikit baru BW. Dengarkan ketukan saya ya..hehe..
take a good rest mama yer... hopefully cepat recover...Alhamdulillah, setakat ni x pernah rasa seteruk itu...
ReplyDeletemet siang ma2 wah pngalaman dulu'y ma2
ReplyDeletedatang bintang bagi wanita, kalau di sini datang bulan namanya.
ReplyDeleteyer ler biasanya senggugut teruk bila dah kahwin akan baik dengan sendirinya tapi dalam macam nie sis kena cari ubatan tradiosional...
ReplyDeleteooo tadi ingatkan apa bintang tu...rupanya anugerah merah ni... saya belum lagi setakat ni, ank kita hampir baya kan? ai, puasa pun banyak lagi tak ganti tu...kalau cepat datang biontang ni, payah juga nak menghabiskan puasa ganti ni..
ReplyDeletebanyakkan berehat ye... mujur anak ke sekolah, lega sikit dari segi keriuhan nak berehat tu...
Aiiyaaa... have a good rest. Myselfkan, 10months lepas beranak baru datang period. Ingatkan nak kuar sorang lagi hahah.
ReplyDeletesuami kalau tengok sy layu tak bersemagat selalu tanya 'napa tak bermaya..dtg bintang ke'..
ReplyDeletebulan diganti bintang..hehe
hari ni belajar istilah baru, datang bintang :D
ReplyDeletetake a good rest tau and take care
hehe saya ingtkan apa yang datang bintang tu :p
ReplyDeletesaya pun sakittttttt yang amat2 kalau datang bintang tu.. stress je kalau kena..
hehe..1st time dgr istilah ni..
ReplyDeletejaga diri yer mama..
take care ya... rehat cukup2..
ReplyDeleteowhh duk pk memula bintang tu apa..hehe.upernya bulan..mamarey rest bek2 ok..:)
ReplyDeleteMama Rey:
ReplyDelete1st time bah kak dengar org dtg bintang..haha
erm..kakak pun kdg2 sllu juga mcm itu..sakit mcm2 bila dtg bintang..huhu. walaupun dah beranak pinak..huhu...
alahai.. waktu datang bintang sangat merunsingkan...
ReplyDeletemood pun bukan setakat ke laut..
ke larva gunung berapi pun ye.. hehe
>> dah sembuh ke ?? nisah melawat lambat...
Bljr pktaan baru. Bintang. Saya pulak 2 bulan yg lalu x dtg bintang. Nk kata prknen bila cek x de pulak. Finally mintak ubt dgn doktor. Baru la bintang tu menjelma. Kalau tidak kerisauan. Tp klw saya lps hbs je pantang terus bintang tu keluar..
ReplyDeletedtg bintang ye...benda bru yg sy blaja ari nih
ReplyDelete