YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Saturday, September 7, 2013

Makan-Makan Di Restoran Seafood Gayang


Kongsi dengan korang satu tempat makan seafood yang menarik di Sabah, Restoran Seafood Gayang. Salah satu tempat makan seafood yang kira femes di Sabah. Sedap dan segar.


Restoran Seafood Gayang
Restoran Seafood Gayang, Tuaran

Restoran ini terletak di Kg.Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran. Tidak jauh dengan tempat tinggal saya.  Kalau Restoran seafood Gayang yang lama dulu dibina di atas air (paya). Macam restoran terapung. Lokasi Restoran Seafood Gayang yang baru ini pula dibina atas bukit. Tepi jalan. Lagi syiok..Lagi luas dan cantik. Tambah syiok lagi bila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup semasa korang makan-makan..;)


menu
Sudah tersedia

Saya sekeluarga dan juga adik ipar datang ke sini menjamu selera. Sekali-sekala makan seafood. Sampai di Restoran Seafood Gayang, makanan sudah pun sedia dihidang. Nasib baik lah buat tempahan awal. Tidak perlu menunggu lama.  Masa kami sampai pun meja hampir semuanya penuh.

Nasi putih, Sup ketam jagung manis, ketam goreng bersos pedas, ikan kerapu goreng, ayam masak lemon, sotong goreng tepung, air bandung, puding kelapa..Cuma sayur Kailan dan udang rebus yang belum dihidangkan. 

Jom tengok-tengok lebih dekat lagi menunya yang sempat disnap..


crispy lemon chicken
Crispy Lemon Chicken

Yang cepat habis dingapp...Crispy Lemon Chicken. Terasa kerangupannya..Anak-anak suka makan yang ini. Sedap..

sotong goreng
Sotong Goreng Celup Tepung
Sotong Goreng Celup Tepung. Juga yang menjadi kesukaan anak-anak dan juga cepat habis dingapp...

ketam
Ketam Goreng Bersos Pedas

Ketam yang digoreng dengan sos pedas. Yang tidak habis dimakan. Tapau bawa pulang. Jangan membazir..Di rumah boleh sambung balik kopek-mengopek hehe..

ikan kerapu
Ikan Kerapu

Ikan Kerapu yang digoreng kering. Dengan rasa sosnya yang fuhhh..memang sedap. Tapi anak-anak pula tidak berapa menggemarinya. Makan pun sikit-sikit sahaja. 

sayur kailan
Sayur Kailan masak sos tiram

Sayur Kailan yang diamask dengan sos tiram. Tidak mampu mengapp sayur ini banyak-banyak. Perut sudah penuh muatan. Juga tidak habis dan ditapau pulang.

Makan tidak sedar disnap...
(sorry m3h..sorry Intan..
sia malu2 kucing bah hee..)

Harga kesemunaya ialah RM200++ ...Untuk 11 orang makan. Berbaloi dan puas hati dengan makananya yang segar dan sedap-sedap belaka..;)

Tuesday, September 3, 2013

Kerepek Popia Goreng


Seperti yang dijanjikan di entry saya di sini..Saya kongsikan dengan korang semua cara hendak membuat Kerepek Popia Goreng ini. Mudah, ringkas dan sedap dimakan..:) 

Kerepek yang diperbuat daripada kulit popia. Saya belajar membuatnya dari seorang akak yang rajin oderkan Kuih Lidah dari Papar untuk anak-anak saya. 

Bahan-bahan utamanya adalah:
  1. Kulit popia
  2. Serbuk kari (brand 888)
  3. Gula icing
  4. Garam
Cara membuatnya sangatlah mudah. Budak sekolah tadika pun boleh buat..:)
  • Kulit popia dipotong-potong dengan gunting. Bentuk, ikut suka hati korang. 
  • Goreng popia tadi dalam kuali dengan minyak yang telah dipanaskan.
  • Angkat selepas nampak kekuningan. Toskan..
  • Campurkan dengan kari, gula icing dan garam ikut rasa suka hati. Kalau suka pedas, lebihkan kari.
  • Gaul-gaul..dan boleh dihidang..;) 

kerepek
Kerepek Popia Goreng 

1. Kulit popia yang telah saya potong-potong empatsegi dan telah dikopek dengan rajinnya oleh Hero-Hero di rumah.

2. Popia yang telah siap digoreng. Masa ini Hero-Hero sedang mengintai-intai si kerepek dan bertanya.."Mummy, boleh makan suda ka?.."


3. Kerepek Popia Goreng yang telah dicampurkan kari, garam dan gula icing. Belum pun sebati digaul, tangan-tangan nakal datang satu persatu ambik si kerepek dan ngap masuk mulut..



kerepek
Kerepek Popia Goreng
krup..krup..sedia dimakan..:)

Mudah saja kan cara membuatnya...Selamat mencuba +Mimi Azirah dan +nur bijen. Juga pada yang ingin mencuba ..;)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...