Pages

Sunday, September 29, 2013

Besok Saya Cuti...


Sebentar tadi Hero ke-4 saya, berkata..

"Mummy besok saya cuti..."

"kenapa pula...Esok hari isnin..ada sekolah..."

"Saya mau pi cari buku Upin Ipin bah Mummy..."

"Buku Upin Ipin??..."

"Ya..Koyak bah buku Upin Ipin yang abang pinjam dari si Bryan...Nda sengaja bah saya kasi koyak..Yusuf ambil..saya tarik..tekoyak lah"

"Owh..nda apa..Nanti Mummy tolong kasi bagus ya..Besok mesti pi sekolah..Tiada cuti-cuti.."

"Saya takut nanti kena marah cikgu..Bryan tu ramai kawan tu di sekolah..Nanti Bryan marah saya.."

"Bukan sengaja juga bah kan..Nanti abang tolong bagi tau Dnil nda sengaja k.."

"Yalah..nanti minta maaf lah sama Bryan..Nanti bagitau saya nda tau tu buku keras atau nda.."


buku Upin Ipin
Yang merisaukan Dnil..
Kulit Buku Upin Ipin terkoyak dua..
buku upin ipin
sambung balik...

Sedang buat entry ini. Dnil di sebelah saya tengok..

"Mummy..kasi tulis lah nama saya..eja betul-betul..Daniel..."

Huhu..yelah nak..

Saturday, September 28, 2013

Happy Blogwalking


Segmen Blogwalking oleh blogger piqa. Saya ditag oleh blogger YUS Tujuannya ialah;
tujuan segmen ni bagi memudahkan piqa dan para blogger nak blogwalking disamping berkenal-kenalan dengan blogger yang ada *cewaah ayat formal gitu hehe...  .lain daripada tu maybe kita akan dapat input daripada penulisan blogger2 ini. okeyh,
(Copy kata-kata tuan punya segmen)



Syarat-syaratnya boleh tengok sini atau klik pada banner. Mangsa tag saya ialah aTie dan MaMa3HerOO...Maap lah ye sebab berani tag korang hehe...Selamat menjoinkan diri...selamat berblogwalking...selamat menambah kenalan..

Dan selamat berhujung minggu semua...;)

Friday, September 27, 2013

Hobi Terbaru

menyapu
"tolong mummy lu"
Yalah nak..menyapu lah..Abah kata tadi
"Syukurlah..dia belajar menyapu"..:)

Hobi terbaru puteri bongsu saya, Nur Maryam yang berumur setahun dua bulan. Dia tahu dimana penyapu tu tersimpan. Sambil berlari anak dia bawa penyapu tu ke ruang tamu. Kemudian dengan satu tangan sapu palstik biskut tiger yang disepahkannya sendiri. 

Bila saya ambil penyapu tu dia jerit tanda tidak mahu bagi. Asyik tengok mummynya saja yang menyapu. Dia pun mau merasa juga pegang penyapu tu agaknya hehe...

Thursday, September 26, 2013

Timun Kampung


timun
Timun kampung..Belah dua..
Timun ini ibu panggil Timun Kampung. Ditanam sendiri oleh ibu saya. Tumbuhan yang tumbuh menjalar ini ibu kata senang tumbuh. Warna kulitnya kuning-kuning macam buah honey dew. Berbentuk bujur macam buah betik. Gemuk sedikit dari timun yang biasa tu. Rasanya pula tidak lah terlalu manis. Bahagian tengahnya pula rasa masam-masam berjus. Bahagian tengah itu lah yang saya suka makan. 

Selalunya timun kampung ini saya campurkan dalam sup ayam. Jadi lebih sedap, wangi dan menyelerakan. Kalau masa kecil-kecil dulu ibu selalu masak jadikan sayur. Dimakan mentah-mentah pun sedap juga. Lagi sedap dimakan sejuk-sejuk. Potong kecil-kecil kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Lepas itu kalau makan cicah dengan kicap manis ABC. Sedaapp..;)..Korang pula macam mana cara makan timun ini..


Wednesday, September 25, 2013

Tuesday, September 24, 2013

Dikejar Makcik Dengan Parang Tajam


Kejadian berlaku semasa saya dalam perjalanan balik ke kampung. Di pertengahan jalan saya ternampak buah yang masak ranum di sebuah kebun. Ntahlah siapa punya kebun. Berhentilah saya sekejap tengok buah tu. Buah yang tidak peranah saya lihat.

"Buah apa ni?..Macam anggur tapi kalernya putih susu. Fuh!..nampak macam sedap...."

Toleh kiri...toleh kanan. Nak minta kebenaran tapi tiada orang. "Ahh! panjat ja lah".. Segera saya panjat pokok buah itu. Petik setangkai..Pluck!..Cepat-cepat saya turun dari pokok itu dan masuk kereta. Saya makan sebiji. Aduh!!..memang sedap macam yang saya bayangkan. Rasanya manis berair. Lemak-lemak bersusu. Tak tau macam mana menggambarkannya. Belum pernah saya merasa buah ini. Sedaaapppp sangaaattt...

Sedang saya syeok-syeok menikmati keenakkan buah itu, dari jauh nampak sepasang suami isteri menuju ke pokok yang baru saja saya panjat tadi. Kelihatan wajah mereka yang gembira bertukar menjadi terkejut..marah..sedih.. Sayup-sayup suara mereka kedengaran..

"SIAPA AMBIL BUAH KITA???..."

Saya berhenti makan. Si makcik memandang ke arah saya. Mukanya garang. Mata menyala-nyala... Argghhh!!! Dengan parang tajam mengkilat ditangan, si makcik datang ke arah saya dan berkata...

"SIAPA AMBIL BUAH KAMI!!!..KAMU..???.."

Bergegar lutut ini bila tengok parang tajam ditangan wanita berumur itu. Sudahlah tajam, panjang pula tu. Nada suara pun boleh buat jantung tercabut. Mahu berkata-kata pun tidak jadi. Tangan terangkat macam mahu menetak. Apalagi, saya pun segera keluar dari kereta dan cabut larii!..

Si  makcik mengejar. Saya lari laju. Si makcik kejar lagi laju. Saya pecut 100 meter tapi si makcik lagi laju memecut dan berjaya menangkap saya. Parang tajam berada dileher saya. Lutut saya semakin kuat bergegar. Mata terbeliak tengok parang berada di leher. Sekali tarik kompem mengalir darah merah segar.

Makcik tu mahu KELAR leher saya..Tapi, tidak sempat sebab saya telah pun terbangun dari tidur. Haduh...mimpi rupanya. Ini lah pertama kali saya bermimpi dikejar dengan parang tajam. Lama juga terduduk sambil bayangkan kalau betul-betul berlaku..hehe..

Saturday, September 21, 2013

Sleeping Bag Untuk Camping Pertama


Salam hujung minggu semua...

Pergi mencari sleeping bag ini semalam di Servay Hypermarket Likas. Hari ini pakai, semalam baru cari. Last minit cari. Beli untuk Hero ke-2 saya yang menyertai Camping Boys' Brigade di sekolahnya hari ini.

camping
testingg...:)

Ini semalam testing Sleeping Bag baru beli ni. Ajar dia macam mana pakai dan macam mana lipat semula. Ini pengalaman pertama dia bercamping. Semangat si Hero. Gembira sangat dapat ikut walaupun cuma semalam bermalam. Semalam sibuk betul dia buat cheklist kali terakhir. Risau kalau-kalau ada barang yang tertinggal..:)

Selamat Bercamping Anakku. Semoga mendapat ilmu sepanjang bercamping nanti..;)


Thursday, September 19, 2013

Lukisan Anak : Oggy And The Cockroaches Dan Polis Boss Dengan si Pencuri


Panjangnya tajuk..hehe..Sebenarnya hari ini anak-anak saya cuti sekolah. Sekolah rendah dan juga sekolah tadika. Cuti sempena Perayaan Kuih Bulan. Dan ini lah kerja 4 Hero-Hero saya di rumah. Bila tiada kerja ambil pensel..buku..kertas dan melukis 

lukisan kartun

Ini lukisan anak buah dan Hero ke-3 saya. Oggy dan Jack tu anak buah saya yang lukis termasuk dua pemukul kecil dan besar tu. Yang kecil-kecil macam semut tu pula ialah si lipas Dee Dee, Joey dan Marky. Dilukis oleh Hero ke-3 saya. Tumpang menyelit melukis kerana bosan menunggu abang-abangnya yang lambat bersiap pegi mengaji. 


lukisan lipas

Lagi lukisan Oggy And The Cockroaches. Si Oggy nampak macam geram mahu menerkam si lipas tiga ekor di bawah tu. Di tepi yang macam pintu tu ialah peti sejuk si Oggy. Dilukis oleh anak buah saya.


lukisan anak

Dan lagi  Oggy And The Cockroaches. Dilukis oleh Hero ke-2 saya....Oggy sedang senyum comel sambil pegang pemukul. Kompem si lipas tiga ekor tu tidak lari bila tengok wajah si Oggy baik hati macam tu...:D


polis dan pencuri

Polis Boss Dengan Si Pencuri:

Polis Bos: "Jangan bergerak..."
Pencuri: "Oh..ok..ok..."

Si pencuri  berpeluh habis. Tengok tu menitis-nitis peluhnya jatuh ke bawah..hehehe...Tapi akhirnya tertangkap juga si pencuri tu dan telah berjaya dipenjarakan...:)
Telah dilukis oleh Hero ke-3 saya dan cita-citanya ialah menjadi seorang Pegawai Polis.


p/s:Terima kasih senyuman korang semua..Korang sememangnya cantik-cantik dan kacak-kacak semuanya..^__^

Wednesday, September 18, 2013

Monday, September 16, 2013

Tips Dan Apa Perlu Dilakukan Jika Ular Masuk Rumah


Semalam saya mendapat komen dari sr. master di sini dan sini . Katanya, dia ialah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malayisa (JPAM) dari Perak. Sudi berkongsi tips juga info tentang binatang berbisa, kebakaran, medik,cpr dan lain-lain. Boleh baca komen-komenya di bawah ini.



Saya taipkan untuk dikongsi bersama ya... Tolong betulkan jika saya tersalah..

Tips Dan Apa Perlu Dilakukan Jika Ular Masuk Rumah:
  1. Call 999. Bagitau terus kes ular.
  2. Bagi no h/p, nama dan alamat rumah. Tidak perlu tunggu ditanya. Bagitau sekali lagi bila disambungkan ke JPAM.
  3. Perhatikan ular tu pergi mana dari jarak jauh. Kalau berani..
  4. Jangan pandai-pandai halau atau bunuh ular. Ular tidak mengejar selagi ia rasa tidak diancam.
  5. Keluarkan kanak-kanak atau orang tua yang tidak berupaya.
  6. Bila anggota JPAM sampai bagitau ular itu di mana.
  7. TIPS: Sentiasa bersihkan halaman rumah. Buang semua longgokkan kayu, pasu, batu dan lain-lain.
Jika ada sarang lebah atau tebuan pun boleh minta bantuan dari JPAM. Call 999 dan minta sambungkan ke JPAM.

Terima kasih +sr. master sudi berkongsi tips dan juga info yang sangat berguna ini. Tapi yang mahu perhatikan si ular tu pegi ke mana, kompem saya tidak berani..Takut campur geli-gelema...

p/s: Teringat dulu, anak saya pernah disengat lebah.

Saturday, September 14, 2013

Moonwalking Pony


Salam hujung minggu semua..

Pernah tengok iklan video di bawah ni.  Seekor kuda kaki pendek sedang menari-nari dengan gaya ala-ala gerakan tarian Micheal Jackson. Korang tengok saja lah video di bawah bagaimana dia tiru gaya kaki Micheal Jackson menari.

Three-The Pony#DancePonyDance

Comel kuda tu menari-nari berjalan ke depan dengan goyang-goyang punggung dan kepala ala-ala macho.  Sambil- sambil hentak-hentak kaki. Kemudian undur ke belakang, hampir-hampir jatuh di tebing..Oppss.. Gelak tengok bahagian ini hehehe..

Terhibur juga seketika di hujung minggu ini tengok video di atas..:)
He was even given VIP treatment during filming in the shape of his own hairdresser who fitted extensions and pampered him with luxury beauty products. And he was prepared for his starring role by local animal trainer Elaine Tait, who taught him to do the moonwalk by teaching him to paw with his hoof and rewarding him with carrots. The advert was filmed by award-winning filmmaker Dougal Wilson, famed for his festive adverts for John Lewis.
 sumber

Thursday, September 12, 2013

Jeruk Rumpai Laut


Beberapa hari yang lalu jiran saya memberikan satu plastik kecil rumpai laut. Rumpai laut yang kalernya hijau. Saya suka rumpai laut yang hijau ni sebab kurang berbau hanyir. Dan kebetulan juga di rumah banyak mangga muda terbiar di dapur, maka terciptalah Jeruk Rumpai laut yang menjadi menu semalam.

Rumpai laut, mangga muda, timun jepun ,bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili, garam dan gula. Campurkan kesemuanya. Gaul-gaul dan siap. Saya biarkan semalaman duduk di dalam peti sejuk. Lagi sedap kalau mangga dan cili tu bubuh banyak sikit. Kasi kaw-kaw rasa masam dan pedasnya. Minum air pun jadi kaw-kaw..hehe..

rumpai laut
Jeruk Rumpai Laut
Masa saya tengah sibuk mengsnap si jeruk ni, Hero kedua saya datang tengok;

"Tengok macam sedap lah Mummy"

"Cubalah"

"eiii..nda maulah..nda suka tu rumpai laut.."

Anak-anak memang tidak suka dengan rumpai laut ni. Tidak berminat dengan dengan bau dan rasanya. Tapi suami makan semalam puji. Kata tiada bau hanyir. Jadi kembang-kempis hidung si isteri dapat pujian..hehehe..

Ada pula seorang makcik bertanya dengan saya;

"Ko makan ka pula rumapi laut ni..macam mana rasa dia..eiii nda tumbuh kah dalam perut nanti..Takut sia mau makan.."

Ingatkan bau hanyir rumpai laut yang makcik tu tidak suka. Rupanya makcik tu takut tumbuh dalam perut..:D

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday : Ada Berapa Perbezaan..?


Sumber:FB
Ermm..Ada 8 perbezaan. Betul ka..??
Korang teka berapa?..


p/s: Jawapan untuk soalan Ada Apa Di Dalam..???? : Soalan sekadar untuk suka-suka untuk korang teka hari itu, ialah Ayam bulat seekor..;)

Saturday, September 7, 2013

Makan-Makan Di Restoran Seafood Gayang


Kongsi dengan korang satu tempat makan seafood yang menarik di Sabah, Restoran Seafood Gayang. Salah satu tempat makan seafood yang kira femes di Sabah. Sedap dan segar.


Restoran Seafood Gayang
Restoran Seafood Gayang, Tuaran

Restoran ini terletak di Kg.Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran. Tidak jauh dengan tempat tinggal saya.  Kalau Restoran seafood Gayang yang lama dulu dibina di atas air (paya). Macam restoran terapung. Lokasi Restoran Seafood Gayang yang baru ini pula dibina atas bukit. Tepi jalan. Lagi syiok..Lagi luas dan cantik. Tambah syiok lagi bila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup semasa korang makan-makan..;)


menu
Sudah tersedia

Saya sekeluarga dan juga adik ipar datang ke sini menjamu selera. Sekali-sekala makan seafood. Sampai di Restoran Seafood Gayang, makanan sudah pun sedia dihidang. Nasib baik lah buat tempahan awal. Tidak perlu menunggu lama.  Masa kami sampai pun meja hampir semuanya penuh.

Nasi putih, Sup ketam jagung manis, ketam goreng bersos pedas, ikan kerapu goreng, ayam masak lemon, sotong goreng tepung, air bandung, puding kelapa..Cuma sayur Kailan dan udang rebus yang belum dihidangkan. 

Jom tengok-tengok lebih dekat lagi menunya yang sempat disnap..


crispy lemon chicken
Crispy Lemon Chicken

Yang cepat habis dingapp...Crispy Lemon Chicken. Terasa kerangupannya..Anak-anak suka makan yang ini. Sedap..

sotong goreng
Sotong Goreng Celup Tepung
Sotong Goreng Celup Tepung. Juga yang menjadi kesukaan anak-anak dan juga cepat habis dingapp...

ketam
Ketam Goreng Bersos Pedas

Ketam yang digoreng dengan sos pedas. Yang tidak habis dimakan. Tapau bawa pulang. Jangan membazir..Di rumah boleh sambung balik kopek-mengopek hehe..

ikan kerapu
Ikan Kerapu

Ikan Kerapu yang digoreng kering. Dengan rasa sosnya yang fuhhh..memang sedap. Tapi anak-anak pula tidak berapa menggemarinya. Makan pun sikit-sikit sahaja. 

sayur kailan
Sayur Kailan masak sos tiram

Sayur Kailan yang diamask dengan sos tiram. Tidak mampu mengapp sayur ini banyak-banyak. Perut sudah penuh muatan. Juga tidak habis dan ditapau pulang.

Makan tidak sedar disnap...
(sorry m3h..sorry Intan..
sia malu2 kucing bah hee..)

Harga kesemunaya ialah RM200++ ...Untuk 11 orang makan. Berbaloi dan puas hati dengan makananya yang segar dan sedap-sedap belaka..;)

Tuesday, September 3, 2013

Kerepek Popia Goreng


Seperti yang dijanjikan di entry saya di sini..Saya kongsikan dengan korang semua cara hendak membuat Kerepek Popia Goreng ini. Mudah, ringkas dan sedap dimakan..:) 

Kerepek yang diperbuat daripada kulit popia. Saya belajar membuatnya dari seorang akak yang rajin oderkan Kuih Lidah dari Papar untuk anak-anak saya. 

Bahan-bahan utamanya adalah:
  1. Kulit popia
  2. Serbuk kari (brand 888)
  3. Gula icing
  4. Garam
Cara membuatnya sangatlah mudah. Budak sekolah tadika pun boleh buat..:)
  • Kulit popia dipotong-potong dengan gunting. Bentuk, ikut suka hati korang. 
  • Goreng popia tadi dalam kuali dengan minyak yang telah dipanaskan.
  • Angkat selepas nampak kekuningan. Toskan..
  • Campurkan dengan kari, gula icing dan garam ikut rasa suka hati. Kalau suka pedas, lebihkan kari.
  • Gaul-gaul..dan boleh dihidang..;) 

kerepek
Kerepek Popia Goreng 

1. Kulit popia yang telah saya potong-potong empatsegi dan telah dikopek dengan rajinnya oleh Hero-Hero di rumah.

2. Popia yang telah siap digoreng. Masa ini Hero-Hero sedang mengintai-intai si kerepek dan bertanya.."Mummy, boleh makan suda ka?.."


3. Kerepek Popia Goreng yang telah dicampurkan kari, garam dan gula icing. Belum pun sebati digaul, tangan-tangan nakal datang satu persatu ambik si kerepek dan ngap masuk mulut..



kerepek
Kerepek Popia Goreng
krup..krup..sedia dimakan..:)

Mudah saja kan cara membuatnya...Selamat mencuba +Mimi Azirah dan +nur bijen. Juga pada yang ingin mencuba ..;)

Monday, September 2, 2013

Tamu Ahad Di Tuaran


Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas. 

tamu
Tamu Ahad Di Tuaran, Sabah.
Suasana Tamu Ahad Di Tuaran. Orang masih kurang. Setiap ahad ia beroperasi seawal jam 6 pagi hinggalah jam 2 petang. Macam-macam boleh dapat di Tamu ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, ikan-ikan segar, ubat-ubatan, kuih-muih, baju-baju dan banyak lagi. Hujung ke depan dalam gambar ialah tempat memilih barangan dapur dari sumber laut. Ikan, kerang, udang, ketam, rumpai laut dan macam-macam lagi.


ikan
Barang basah
Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus..

cendawan
Demo cendawan
Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganyaPakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu.

"Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam"

Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...

sayu-sayuran
Pelbagai sayuaran..
Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan.


gula kapas
Abang gula kapas
Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:)

mainan
Mainan
Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe..

kuih
Kuih Penjaram
Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:)