Pages
▼
Tuesday, September 24, 2013
Dikejar Makcik Dengan Parang Tajam
Kejadian berlaku semasa saya dalam perjalanan balik ke kampung. Di pertengahan jalan saya ternampak buah yang masak ranum di sebuah kebun. Ntahlah siapa punya kebun. Berhentilah saya sekejap tengok buah tu. Buah yang tidak peranah saya lihat.
"Buah apa ni?..Macam anggur tapi kalernya putih susu. Fuh!..nampak macam sedap...."
Toleh kiri...toleh kanan. Nak minta kebenaran tapi tiada orang. "Ahh! panjat ja lah".. Segera saya panjat pokok buah itu. Petik setangkai..Pluck!..Cepat-cepat saya turun dari pokok itu dan masuk kereta. Saya makan sebiji. Aduh!!..memang sedap macam yang saya bayangkan. Rasanya manis berair. Lemak-lemak bersusu. Tak tau macam mana menggambarkannya. Belum pernah saya merasa buah ini. Sedaaapppp sangaaattt...
Sedang saya syeok-syeok menikmati keenakkan buah itu, dari jauh nampak sepasang suami isteri menuju ke pokok yang baru saja saya panjat tadi. Kelihatan wajah mereka yang gembira bertukar menjadi terkejut..marah..sedih.. Sayup-sayup suara mereka kedengaran..
"SIAPA AMBIL BUAH KITA???..."
Saya berhenti makan. Si makcik memandang ke arah saya. Mukanya garang. Mata menyala-nyala... Argghhh!!! Dengan parang tajam mengkilat ditangan, si makcik datang ke arah saya dan berkata...
"SIAPA AMBIL BUAH KAMI!!!..KAMU..???.."
Bergegar lutut ini bila tengok parang tajam ditangan wanita berumur itu. Sudahlah tajam, panjang pula tu. Nada suara pun boleh buat jantung tercabut. Mahu berkata-kata pun tidak jadi. Tangan terangkat macam mahu menetak. Apalagi, saya pun segera keluar dari kereta dan cabut larii!..
Si makcik mengejar. Saya lari laju. Si makcik kejar lagi laju. Saya pecut 100 meter tapi si makcik lagi laju memecut dan berjaya menangkap saya. Parang tajam berada dileher saya. Lutut saya semakin kuat bergegar. Mata terbeliak tengok parang berada di leher. Sekali tarik kompem mengalir darah merah segar.
Makcik tu mahu KELAR leher saya..Tapi, tidak sempat sebab saya telah pun terbangun dari tidur. Haduh...mimpi rupanya. Ini lah pertama kali saya bermimpi dikejar dengan parang tajam. Lama juga terduduk sambil bayangkan kalau betul-betul berlaku..hehe..
Serius ingatkan betul...nakal lah kalau gitu....haha
ReplyDeletetakut gila dalam mimpi tu Aisy..first time mimpi kena kejar guna parang..tapi kn buah dlm mimpi tu sedap sangat tau hehehe...
DeleteUISH...ngeri mimpi macam ni....apakah maksut tersirat or tersurat...atau mimpi hanya mainan tido?
ReplyDeletehihi..ye ye je kty baca..ingat citer real tau.rupanya mimpi.
ReplyDeletehahahahahahahaha.... mimpi rupanya... tipah tertipu gitu...
ReplyDeletehahahaha serius lawak ler
ReplyDeletebiarlah ianya sekadar mimpi..
ReplyDeletewwah wah
ReplyDeleteadoiiii la igtkn betul2 la td
ReplyDeleteYg hairan dah dalam kereta boleh pulak keluar berlari. Kalau pecut kan dah selamat tak dapat makcik tu nak kejar. Itulah kalau mimpi memang kadang aneh, masa tu macam betul-betul kan... mesti bangun tidur berpeluh hihi...
ReplyDeleteekekekekeee lawak la,,, mujur mimpi tau... kot x, da masuk surat khabar ekekekee
ReplyDeleteahhaha..adoii..ingatkan cerita betul lah Mama Rey...tertipu daku...:)
ReplyDeleteMesti masa terjaga tu letih terasa, sambil tu pegang2 leher... hehe
ReplyDeleteMimpi...Anggaplah sahaja sebagai hiburan di waktu tidur...
huhhh.. suspen betul mimpi ingatkan bebetul.. hikhik.. kalau bebetul memang takut..
ReplyDeletelajunya mak cik tua tu lari..dalam mimpi macam2 boleh jadi kan..hee :D
ReplyDeletesuspen jugak ingatkan betul-betul mama..tapikan bila kita mimpi macam nikan sure bila bangun rasa macam mengah...mama rasa tak?
ReplyDeletenasib baik mamarey tak call 999...;-)
ReplyDeletehaha ! bikin panas...
ReplyDeletemimpi makan tu rezeki tapi lepas tu kena kejar dengan parang, tak taule, heee
ReplyDeleteoh mimpi rupanya..haha
ReplyDeletenasib baik mimpi saja.. hehehe
ReplyDelete