YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Wednesday, February 19, 2014

Parking Saya Punya!!


Tidak kira siang atau malam tempat parking kereta tu sentiasa kelihatan ada tong. Kalau bukan tong, motosikal akan diletak di situ secara melintang... Walaupun telah menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah penghuni tapi tetap.."Parking Saya Punya!!"...


Tuesday, February 18, 2014

Sanggar Cheese

Minum petang dengan Sanggar Cheese... Apa tu Sanggar Cheese?..  Sanggar bermaksud pisang goreng dalam bahasa Bugis. Jadi Sanggar Cheese tu maknanya Pisang Goreng Berkeju.

sanggar cheese sedap, pisang cheese
Sanggar Cheese.
Sekali- sekala bole.
Selalu-selalu, jangan amalkan..nanti gemok hehe

Hah! Ni dia Sanggar Cheese sedap hingga menjilat jari. Beli di sebuah gerai kecil berdekatan tempat tinggal saya. Gerainya kecil saja tapi ramai pengunjung yang datang beli Sanggar Cheese ni. Apa yang menariknya pisang yang telah siap digoreng, dipotong kecil-kecil dengan gunting. Tujuannya, supaya campurannya nanti meresap. Selepas dipotong kecil-kecil, dicampurkan dengan cheddar cheese parut dan juga susu pekat. Makan masa panas-panas baru terasa kenikmatannya. Manis dan lemak-lemak. Harganya cuma RM2.50 untuk satu tapau.

Saya sempat korek rahsia campuran tepungnya yang membuatkan sanggarnya rangup dimakan..Dan ini campuran tepung yang dikongsi oleh adik yang buat Sanggar Cheese tu..
  1. 4 cawan tepung gandum
  2. 4 sudu tepung beras
  3. 4 sudu tepung adabi
  4. 1 sudu planta/margerine
  5. 2 biji telur
  6. 1 sudu garam
Dah tau rahsianya..Nanti lepas ni nak cuba buat buat sendiri pula Sanggar Cheese ni. Menjadi ke tidak....^_^

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...