Semalam saya mendapat komen dari sr. master di sini dan sini . Katanya, dia ialah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malayisa (JPAM) dari Perak. Sudi berkongsi tips juga info tentang binatang berbisa, kebakaran, medik,cpr dan lain-lain. Boleh baca komen-komenya di bawah ini.
Saya taipkan untuk dikongsi bersama ya... Tolong betulkan jika saya tersalah..
Tips Dan Apa Perlu Dilakukan Jika Ular Masuk Rumah:
- Call 999. Bagitau terus kes ular.
- Bagi no h/p, nama dan alamat rumah. Tidak perlu tunggu ditanya. Bagitau sekali lagi bila disambungkan ke JPAM.
- Perhatikan ular tu pergi mana dari jarak jauh. Kalau berani..
- Jangan pandai-pandai halau atau bunuh ular. Ular tidak mengejar selagi ia rasa tidak diancam.
- Keluarkan kanak-kanak atau orang tua yang tidak berupaya.
- Bila anggota JPAM sampai bagitau ular itu di mana.
- TIPS: Sentiasa bersihkan halaman rumah. Buang semua longgokkan kayu, pasu, batu dan lain-lain.
Jika ada sarang lebah atau tebuan pun boleh minta bantuan dari JPAM. Call 999 dan minta sambungkan ke JPAM.
Terima kasih +sr. master sudi berkongsi tips dan juga info yang sangat berguna ini. Tapi yang mahu perhatikan si ular tu pegi ke mana, kompem saya tidak berani..Takut campur geli-gelema...
p/s: Teringat dulu, anak saya pernah disengat lebah.