Hero bongsu saya,Yusuf, kena jangkitan tonsil lagi. Ini kali kedua dia mengalami jangkitan tonsil selepas bulan lalu. Kali ini bukan setakat kena jangkitan tonsil. Ruam merah turut muncul di badannya. Pagi tadi, saya bawa dia ke klinik berdekatan tempat abang bersunat dulu.
Doktor kata kena chek darah untuk ketahui samada kena Chikungunya atau Demam Denggi. "tapi rasanya bukanlah" tambah doktor tu. Walaupun cuma andaian saja, terkejut juga dengar kata-kata doktor itu..Hati mula risau. Dahi pun mula berkerut sampai kening hampir bertemu..huk..huk..
Doktor sarankan agar pergi ke Hospital wanita dan kanak-kanak (HWKK), Likas untuk chek darah. Nasib baik ada jiran yang baik hati, tolong hantar saya ke HWKK. Mr.Sawo nun berada di bawah kaki Gunung Kinabalu sedang berkursus. Nur Maryam pun terpaksa saya tinggalkan dengan seorang jiran untuk dijaga.
ruam merah pada kaki Yusuf
Macam ini rupa bentuk ruam pada badan anak saya. Tompok-tompok merah. Doktor di HWKK yang chek kata, bukan Chikungunya atau Denggi. Lega rasa hati. Dahi dan kening bebas kerut semula..:)
Doktor chek mulut dan kata.."anak puan demam kuat sebab tonsilnya bengkak, bukan sebab ruam tu"... Suhu badan anak saya pada waktu itu ialah 38 darjah celcius. Betullah kata doktor di klinik tadi. Tapi apapun Kena buat pemeriksaan darah juga.."tunggu dalam 2 jam macam tu"..doktor tu kata.
"cakitnya.uwaaa.."
Cucuk jarum tangan kanan untuk ambil darah. Kesian Yusuf, menangis kesakitan. Keputusan darah okey..tiada apa-apa yang membimbangkan. Alhamdullilah...Mr.Sawo pun lega mendengarnya..Pulang rumah pun rasa senang hati walaupun penat lama mendukung Yusuf.
Pada jiran-jiran saya yang baik hati, Kak Salma dan Coney, terima kasihlah banyak-banyak sebab membantu di waktu saya dalam kesusahan..
p/s; Maaf kawan-kawan belum berkesempatan membalas kunjungan korang semua..