YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Cara Buat Gambar Bergerak Guna Photoscape

Wah! MaMaRey buat tutorial lah hari ini...hehe..Malu-malu sebenarnya buat tutorial ini sebab bukannya mahir sangat bab-bab Tutorial ini dan bukannya terer sangat buat gambar bergerak ni. Tapi untuk menunaikan permintaan rakan blogger yang melihat gambar bergerak di entry saya di sini, saya cuba lah juga buat Tutorial Cara Buat Gambar Bergerak Guna Photoscape. Harap-harap tutorial ini boleh membantu +Mimi Azirah & Hanie juga yang baru belajar menggunakan photoscape..Dan harap-harap korang tidak pening dengan tutorial MaMaRey ini..hehe


gambar bergerak, tutorial buat gambar bergerak

Pertama sekali buka photoscape dan klik icon Animated GIF. Boleh dwonload jika belum ada..Free jer..

cara buat gambar bergerak

Lepas itu pilih gambar yang korang ingin masukkan. caranya:

(1) Kilk pada gambar yang korang nak pilih.
(2) Kemudian tarik/seret kedalam.
(3) Boleh juga pilih gambar dengan klik 'Add' sebelah penjuru kanan di atas kemudian pilih gambar.
(4) Cara delete atau buang gambar pula kilik pada gambar sebelah penjuru kiri di atas.
(5) Kemudian klik tanda 'x' sebelah kiri bersebelahan dengan 'Add' tadi.

Kalau nak ubah kedudukan gambar, boleh seret/tarik gambar di no (4) tu kiri atau kanan ikut kehendak korang.


Cara Buat Gambar Bergerak Guna Photoscape



Selepas itu  korang boleh lah ubah mana-mana yang rasa mahu diubah.

(1) Tukar atau ubah kelajaun bergerak, effect, size, background atau apa-apa saja yang rasa mahu diubah.
(2) Lepas sudah berpuas hati klik save untuk menyimpan hasil kerja korang..

Watermark, saya buat terlebih dahulu di bahagian Editor sebelum buat Animated GIF ini.


Cara Buat Gambar Bergerak Guna Photoscape

Dan hasilnya..Gambar bergerak menggunakan Photoscape. Si Hero Ke-3, Kcil kelihatan sedang asyik makan gula kapas. ^_^

Kalau ada yang terkurang atau tertinggal step dalam tutorial ini minta ditambah dan dikongsi di bahagain komen ya..Sama-sama kita belajar..


Cara Buat Gambar Bergerak Guna Photoscape

Ini pula untuk korang semua yang selalu berkunjung dan komen di Blog MaMaRey yang tidak seberapa ini. Terima kasih banyak-banyak...Terima kasih kerana menjadi sahabat saya...Pounsikou Tambalut..^_^


p/s: klik pada gambar untuk besarkan imej.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...