Tuesday, December 16, 2014

Kirim Barang Guna Bas

Sabtu lalu saya kirimkan barang oder untuk sahabat yang berada di Sandakan.  Ini pertama kali bagi saya mengirimkan barang menggunakan khidmat Bas Besar dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Belum ada pengalaman lagi macam mana prosesnya. Ada juga dapat info dari kawan-kawan kalau nak kirim barang guna bas kena pergi ke terminal bas tersebut.

"hmmm..masukkan dalam kotak saja dulu lah, mungkin mau kena chek lagi"


Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam

Terminal Bas Bandaraya, Inanam. Bas Dari Kota Kinabalu menuju ke arah destinasi sebelah utara. Bas ke Sandakan, Tawau, Semporna dan juga Lahad Datu boleh didapati di sini. Seawal jam 7 pagi sudah ada bas yang memulakan perjalanan.

Sampai Terminal bas terus ke kaunter Bas SIDA. Staf di kaunter itu pula bawa kami ke kaunter Bas Tung Ma. Cik adik di kaunter tu suruh packing betul-betul dulu baru hantar ke kaunter semula. Ingatkan nak kena chek dulu. Sebab tu saya tak packing betul-betul. Suami pun tanya..

"kenapa nda di gam awal-awal"

"ingatkan durang mau chek lagi bah"

Kaunter Bas Tung Ma

Gam solatape saya beli di kedai berdekatan dengan terminal. Lepas siap gamkan kemas-kemas baru hantar ke kaunter tadi. Kos pengangkutan cuma RM5. RM10 pula untuk barang yang packingnya lebih besar. Boleh dibayar sedia oleh pengirim ataupun penerimanya semasa nak mengambilnya nanti. Kira murah lah juga kosnya.

Nama,  alamat dan juga nombor handphone penerima ditulis pada kotak kiriman saya. Penerimanya pula nanti kena ambil sendiri di terminal. Kaunter di sini dibuka dari jam 7am - 8pm. Samalah juga dengan di Sandakan. Kiriman saya ikut bas yang bertolak jam 10 pagi. Tak sempat dengan bas jam 9 pagi. Tapi tidak mengapa yang penting sampai ke destenasinya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan kiriman saya telah pun sampai kepada pemiliknya ahad lalu..^^

21 comments :

  1. ehhh ada penghantaran barang guna bas? wow, ni 1st time sy dengar Mama...
    kalau disemenanjung belum dengar lagi, ke sy yg tak tahu itu tak pasti, hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Sabah ada CKK..lg murah dan cepat..cuma itulah kena ke terminal bas kalau nak ambil kiriman tu..

      Delete
  2. Yelah bunda pun baru tahu ada penghantaran barang guna bas...kat semenanjung memang tak pernah dengar lagi...

    ReplyDelete
  3. Elok benarlah tu sebab kakak rasa guna bas mesti kotak pun tak rosak sebab terus duduk dlm bas tak gerak. Bagus kan.. murah pun ye juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Kak Zakie.. member yg terima tu ada hantar pic..brg dia dah sampai..happy tengok sbb sampai dlm keadaan yg baiki..^^

      Delete
  4. Di sabah mmg byk yg hantar brg guna bas ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Mia..sy baru first time mnghantar barang guna bas..ok lah jg..urus pn skjp sj..nda byk org n kos pn murah jak

      Delete
  5. kita selalu jugak guna bas hantar barang..lebih cepat rasnya mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Raudzh..pagi kirim petangnya sampai..kalau penerima tak dpt ambli pada hari yg sama boleh ambil hari kesokkannya..

      Delete
  6. wah..bagusnya akak tak pernah tahu pun ada kiriman boleh menggunakan bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup AA.. member2 sy pn lebih suka kirim barang menggunakan bas..lagi cepat samapi dan kos nya pn murah..pengiram boleh bayar sedia kosnya ataupun penerimanya yg akan bayar kemudian pn boleh juga

      Delete
  7. Xada pengalaman hantar brg lg mama.. selalu hantar pakai pos laju. Murah juga ya yg penting slmat smpai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nina..yg penting samapi..risau kalau tak samapi..tp alhamdulilah hari tu brg kiriman samapi pada hari yg sama cuma member yg menerima tu ambil keesokkan harinya

      Delete
  8. Salam. Hee mudah hantar barang guna bas boleh dapat hari yang sama. Tapi penerima kena ambil sendiri di terminal bas pula.

    ReplyDelete
  9. asalamualaikum selamat pagi mamarey, gimana kabar disana?

    ReplyDelete
  10. semekom.. mo tanya.. kalau hantar barang besar beratnya 10 kg++, kos pghantaran brapa? rm10?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DP baru-baru ni ada kirim barang ke sandakan..untuk brg yg kecil RM% untuk yng besar RM10

      Delete
  11. wasalam..skrg kalau x silap dorg timbang dulu sblm tetapkn harga..yg bgsnya guna khidmat bas cepat sampi..brg sampai pada .hari yg sama..tapi tulah kena tgg di terminal bas utk ambil brg

    ReplyDelete
  12. Kalau mahu hantar barang yg perlu dalam keadaan sejuk selalu seperti jus herba ubatan. Boleh juga kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh jg..tp lebih baik dtg ke sn utk tny mcmna sbb barang yg dkirim perlu dlm keadaan sejuk

      Delete
    2. Rasanya boleh jg..tp lebih baik dtg ke sn utk tny mcmna sbb barang yg dkirim perlu dlm keadaan sejuk

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...