YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Sawan Demam Panas

Berlaku minggu lalu dan merupakan pengalaman kali pertama bagi saya dan suami anak diserang sawan. Oleh kerana kali pertama mengalami serangan sawan, Hero bongsu saya berumur 3 tahun 8 bulan, Yusuf ditahan di wad Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas selama 4 hari. Demam panas yang dialami oleh Hero kecil saya adalah di sebabkan oleh jangkitan virus denggi. Selepas kejadian ini barulah tahu bila diserang sawan, anak dibaringkan secara mengiring ke kiri. Tujuannya bagi mengelakkan muntah atau bendalir masuk keparu-paru. Kalau boleh tengok jam dan catatkan masanya. Dan yang paling PENTING, jangan panik.

Banyak lagi info yang saya dapat melalui penerangan doktor dan juga pamplet yang diberikan semasa di hospital. Saya kongsikan di sini sebagai panduan kita bersama dan moga info ini berguna untuk ibu-ibu diluar sana yang belum pernah mengalami situasi ini.

sawan demam panas, info sawan demam panas, apa perlu dilakukan jika anak diserang sawan
Bawa balik rumah


Apa Itu Sawan:
Sawan adalah akibat dari gangguan isyarat elektrik di otak di luat kawalan yang menyebabkan:
  1. Kekejangan
  2. Mata Terbeliak
  3. Mulut Berbuih
  4. Kancing Gigi
  5. Mengigil
  6. Tidak sedarkan Diri

Sawan Demam Panas boleh berlaku:
Sekiranya suhu badan melebihi 38.5°C pada hari pertama atau hari kedua demam di lingkungan usia antara 6 bulan hingga 6 tahun.

Demam terlalu tinggi melebihi 38.5°C berpunca dari jangkitan virus, jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan jangkitan telinga. Sebilangannya mungkin berpunca daripada jangkitan otak.


Bolehkah Sawan Demam Panas Berulang:
Ya. 30% kejadian sawan boleh berulang.


Adakah Sawan demam panas mengakibatkan kecacatan otak:
TIDAK. Kecuali apabila sawan berlaku berpanjangan dan menyebabkan kekurangan oksigen ke sel otak. 


Adakah ia keturunan:
YA. Sekiranyan terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam panas semasa kecil, risikonya adalah tinggi.


Adakah ia boleh mengakibatkan Epilepsy (sawan Teruk):
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam panas yang berulang ulang dan berpanjangan berkemungkinan mengakibatkan epilepsy.(sawan teruk)


Bagaimana Mengenali Sawan Demam Panas:
  1. Badan Terasa panas
  2. Badan kaki kejang
  3. Kaki tangan menggeletar tanpa ransangan
  4. jatuh secara mengejut
  5. mulut berbuih
  6. air kencing keluar tanpa disedari
  7. tertidur dan tidak sedar diri seketika. Bila terjaga terasa bingung seketika kemudian aktif semula

Apa Harus Dilakukan Ketika Demam:
  1. Lakukan mandi berjelum
  2. pakaikan baju nipis
  3. Berikan ubat Paracetamol seperti yang diarahkan
  4. Beri minum banyak cecair
  5. Letakkan anak dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik(buka tingkap, buka pintu, pasang kipas)

Ketika Sawan:

ANDA HARUS BERTENANG
  • Baringkan anak anda ke sisi kiri dan dongakkan kepalanya ke atas supaya salur pernafasan tidak tersumbat dengan air liur dan muntahan agar dapat bernafas dengan baik.
  • Jauhkan barang-barang merbahaya di sekitarnya
  • Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut
  • Jangan tinggalkan anak bersendirian
Sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu lebih daripada 5 minit, sila bawa anak ke klinik/hospital berdekatan.


Paling tidak tahan tengok darahnya diambil..
Tips: Suhu demam cepat turun dengan
memberi anak banyak cecair. (pengalaman sendiri)


p/s: Pray for MH370. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat.

Tuesday, October 1, 2013

Lagi Info Berkaitan Ular


Lagi info dari +sr. master berkaitan dengan ular. Saya kongsikan disini ya...
Antaranya ialah..


1. Gunakan spray racun macam ridsect..shieldtox..baygon sebagai keselamatan atau pertahanan diri bila ada ular masuk rumah. Ular akan lari bila terhidu bau spray racun.

2. Kenali ular berbisa atau tidak:
  • Kepala 3 segi: ular berbisa. Contoh ular tedung.
  • Kepala bulat: ular tidak berbisa. Contoh ular sawa.

3. Berhati-hati apabila melihat ular kecil berwarna hijau (ular daun). Ada ular jenis ular kapak (berbisa) serupa dengan ular daun.

4. Bila ular berada di bawah kaki, kurangkan pergerakan. Jangan terus lari. Lari setelah ular itu mula beredar dari kaki anda. Sebaik-baiknya apabila ular telah membelakangi anda.

5. Sentiasa hati-hati walaupun sekecil mana pun ular itu. Bisa anak ular lagi berbahaya.

6. Bela kucing spesis tempatan (kucing kampung). Kucing peka dengan kehadiran ular dan mampu menakutkan dan menghalau ular. Ular sensetif dengan kucing. Boleh tengok video ini (my cat was my bodyguard).

7. Untuk hilangkan rasa takut pada ular, pergi ke zoo atau tempat ternakan ular. Pegang ular dengan bimbingan pemilik ular tersebut.

ular tedung selar hitam
ular tedung spesis selar hitam.
Besar dan panjang...

Tengok pic ular di atas tu. Geli campur takut kan tengok...Menurut sr. master, 4 orang anggota telah menangkap ular ini. Kemudian terus dilepaskan di hutan. Tidak boleh dibunuh kerana ianya satu kesalahan. 

Korang boleh lah nanti baca-baca info..tips..pengalaman sr.master di bahagian komen di sini..Ada banyak lagi yang telah dikongsi..

Pounsikou banyak-banyak sr. master kerana sudi berkongsi. Terima kasih juga membenarkan saya berkongsi gambar di atas dalam blog saya ini. Tidak lupa juga video itu..

Monday, November 26, 2012

Span dapur adalah tempat paling kotor di rumah

Baru tadi baca mail online dan terbaca tentang info span ini dalam bahagian kesihatan.

Span dapur adalah tempat paling kotor di rumah.  Ia 200,000 kali kotor daripada tempat duduk tandas. Bakteria yang ditemui oleh pakar boleh menyebabkan sindrom Guillain-Barre yang boleh menyebabkan lumpuh.


Salah satu cara bagi mengelakkan jangkitan penyakit span perlu dibasuh di atas 60C bagi membunuh kuman.


Lepas ini kena mandikan selalu span di rumah dengan air panas.  

Monday, November 19, 2012

Dadah Pemusnah

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal    pergerakandan perimbangan badannya.

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup bulan, kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .


5. Melemah dan merosak daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .


6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.


sumber


Jangan sesekali menyalahgunakan dadah.  Bila sudah di bawah kawalan dadah macam-macam perkara jadi.  Seperti apa yang berlaku baru-baru ini seorang Bapa khayal dadah sembelih bayi 11 bulan. Ngeri dan menyayat hati.



Sunday, November 11, 2012

Wanita Paling Berkuasa Di Dunia

Wanita no.1 paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes ialah canselor Jerman Angela Merkel yang berumur 58 tahun.  

Mempunyai latar belakang pendidikan Doktor Falsafah, Universiti Leipzig; Sarjana Sains, Universiti Leipzig.

Beliau juga berada di tempat ke-4 dalam senarai Forbes sebagai orang paling berpengaruh di dunia.

Hillary Clinton iaitu Setiausaha Negara, Amerika Syarikat merupakan wanita paling berkuasa selepas Angela Merkel diikuti oleh Dilma Rousseff, Presiden Brazil. 

Hebatnya seorang wanita.  Jadikan wanita-wanita hebat ini sebagai inspirasi.

sumber: Forbes

Monday, November 5, 2012

Periksa Label Makanan Turunkan Berat Badan

RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.
sumber: Kosmo
Lepas ini ayah-ayah, suami-suami rajin-rajinlah membelek-belek label makanan sebelum membelinya.  Jangan bosan menunggu  si ibu apabila ke pasaraya yang mengambil masa untuk membeli belah kerana teliti dengan harga dan kualitinya.  Lakukannya bersama kerana bukan saja mendapat kebaikan dari segi kesihatan malah boleh mengeratkan hubungan.

Saturday, November 3, 2012

Cara Menurunkan Berat Badan Secara Semulajadi

Macam mana hendak kurus?
Pasti itu yang menjadi kerisauan dan merunsingkan fikiran para ibu yang baru melahirkan anak.  Kurus akan menjadi perkara penting yang berlegar-legar di kepala apabila  berat badan naik dan bentuk badan berubah.  Malah menjadi perkara sensitif bagi kaum wanita yang mengalami masalah ini.  Termasuklah saya huhu..
Wanita akan sanggup berbelanja seberapa banyak bagi mencuba produk-produk pelansing yang banyak ditawarkan diluar sana tanpa mengetahui akan kesan sampingannya.

Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah cara menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa memerlukan belanja sesen pun.  Ini adalah pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak tanpa mencampurkan susu formula.  


Sepanjang penyusuan memang lebih mudah untuk menurunkan berat badan jika diikuti dengan cara pemakanan yang seimbang, pengambilan air dan protien yang cukup.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...