YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Sawan Demam Panas

Berlaku minggu lalu dan merupakan pengalaman kali pertama bagi saya dan suami anak diserang sawan. Oleh kerana kali pertama mengalami serangan sawan, Hero bongsu saya berumur 3 tahun 8 bulan, Yusuf ditahan di wad Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas selama 4 hari. Demam panas yang dialami oleh Hero kecil saya adalah di sebabkan oleh jangkitan virus denggi. Selepas kejadian ini barulah tahu bila diserang sawan, anak dibaringkan secara mengiring ke kiri. Tujuannya bagi mengelakkan muntah atau bendalir masuk keparu-paru. Kalau boleh tengok jam dan catatkan masanya. Dan yang paling PENTING, jangan panik.

Banyak lagi info yang saya dapat melalui penerangan doktor dan juga pamplet yang diberikan semasa di hospital. Saya kongsikan di sini sebagai panduan kita bersama dan moga info ini berguna untuk ibu-ibu diluar sana yang belum pernah mengalami situasi ini.

sawan demam panas, info sawan demam panas, apa perlu dilakukan jika anak diserang sawan
Bawa balik rumah


Apa Itu Sawan:
Sawan adalah akibat dari gangguan isyarat elektrik di otak di luat kawalan yang menyebabkan:
  1. Kekejangan
  2. Mata Terbeliak
  3. Mulut Berbuih
  4. Kancing Gigi
  5. Mengigil
  6. Tidak sedarkan Diri

Sawan Demam Panas boleh berlaku:
Sekiranya suhu badan melebihi 38.5°C pada hari pertama atau hari kedua demam di lingkungan usia antara 6 bulan hingga 6 tahun.

Demam terlalu tinggi melebihi 38.5°C berpunca dari jangkitan virus, jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan jangkitan telinga. Sebilangannya mungkin berpunca daripada jangkitan otak.


Bolehkah Sawan Demam Panas Berulang:
Ya. 30% kejadian sawan boleh berulang.


Adakah Sawan demam panas mengakibatkan kecacatan otak:
TIDAK. Kecuali apabila sawan berlaku berpanjangan dan menyebabkan kekurangan oksigen ke sel otak. 


Adakah ia keturunan:
YA. Sekiranyan terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam panas semasa kecil, risikonya adalah tinggi.


Adakah ia boleh mengakibatkan Epilepsy (sawan Teruk):
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam panas yang berulang ulang dan berpanjangan berkemungkinan mengakibatkan epilepsy.(sawan teruk)


Bagaimana Mengenali Sawan Demam Panas:
  1. Badan Terasa panas
  2. Badan kaki kejang
  3. Kaki tangan menggeletar tanpa ransangan
  4. jatuh secara mengejut
  5. mulut berbuih
  6. air kencing keluar tanpa disedari
  7. tertidur dan tidak sedar diri seketika. Bila terjaga terasa bingung seketika kemudian aktif semula

Apa Harus Dilakukan Ketika Demam:
  1. Lakukan mandi berjelum
  2. pakaikan baju nipis
  3. Berikan ubat Paracetamol seperti yang diarahkan
  4. Beri minum banyak cecair
  5. Letakkan anak dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik(buka tingkap, buka pintu, pasang kipas)

Ketika Sawan:

ANDA HARUS BERTENANG
  • Baringkan anak anda ke sisi kiri dan dongakkan kepalanya ke atas supaya salur pernafasan tidak tersumbat dengan air liur dan muntahan agar dapat bernafas dengan baik.
  • Jauhkan barang-barang merbahaya di sekitarnya
  • Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut
  • Jangan tinggalkan anak bersendirian
Sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu lebih daripada 5 minit, sila bawa anak ke klinik/hospital berdekatan.


Paling tidak tahan tengok darahnya diambil..
Tips: Suhu demam cepat turun dengan
memberi anak banyak cecair. (pengalaman sendiri)


p/s: Pray for MH370. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat.

Tuesday, January 28, 2014

Anak Demam Panas

Baru-baru ini dua orang anak kecil saya demam panas. Risau dengan suhu badan anak-anak yang masih tinggi, segera membawa mereka ke hospital berdekatan di tengah malam. Dalam perjalanan menuju hospital bertembung pula dengan satu kemalangan. Dan untuk pertama kalinya melihat mayat di tepi jalan...Terus alih muka sebab takut dan ngeri.

Sampai di hospital nurse yang bertugas malam itu chek suhu kedua-dua anak saya.Kemudian beri ubat turunkan demam yang main masukkan melalui dubur. Keras badan Hero bungsu saya Yusuf, tidak selesa dengan prosesnya. Maryam pula tendang-tendang akak nurse tu sambil nangis-nangis marah. Senyum-senyum je akak nurse tu..^-^..Lepas itu nurse tu beri dua mangkuk besar air suam dan suruh lap badan anak-anak. Sempat juga nurse tu bagi tips pada saya.

Tips dari nurse itu:

"Lap badan biar basah..rambut pun sama...kasi sisip tu kain di celah ketiak supaya panas cepat  turun..Kalo rambut tu cepat kering maknanya masih panas..tapi cuba tengo kalo suhu turun..rambut tu lambat kering.."

Dengan bantuan suami dan abang sulung melap badan Yusuf dan Maryam, Ahamdulillah....suhu panas kedua-dua anak saya turun. Selepas di chek sekali lagi dan diberi ubat kami dibenarkan pulang. Dan penyebab demam kedua-dua anak saya ialah tonsil bengkak. Masa pulang pula takut-takut keluar dari ER tu sebab mangsa kemalangan tadi di bawah ke hospital tersebut..penakut betul hehe..


Ini pula tips suami saya bila anak-anak demam. Letak kain basah atas kepala. Sentiasa basahkan berulang kali dan biarkan di atas kepala anak..

Saturday, January 25, 2014

Sakit Apendiks!!..Jangan Dipandang Mudah..

Baru-baru ini saya mendapat satu komen dari Selipar Nenek dalam entry saya di SINI. SN berkongsi pengalaman tentang beliau kena Apendiks. Korang boleh baca komen yang telah saya printskrin dan kongsikan di sini. 
sakit apendix

Kalau melalui cerita SN, apendiks yang dialaminya ini memang di tahap yang berbahaya sebab telah pun PECAH di dalam perut. Disebabkan itu, SN dibedah segera sebab kuman telah pun merebak ke paru-paru. Tapi walaupun doktor beri 50-50 peluang, alhamdulillah SN selamat menjalani pembedahan itu. Dan nasihat SN.. Hargai nyawa..APENDIX!! jangan diambil mudah kerana ia boleh membawa maut.

Jadi sama-samalah kita menjaga kesihatan diri. Kalau boleh jangan kita pandang ringan..pandang mudah walau apapun penyakit itu. Kepada SN terima kasih kerana berkongsi pengalaman tentang Apendiks ini. Semoga SN akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan menjalani hidup seharian dengan gembira.

Friday, February 22, 2013

Waktu Minum Air Yang Betul

Photo: praktis dan sampaikan ...

sumber:fb

Minum air lapan gelas sehari adalah jumlah yang disarankan, tapi minum air pun rupanya perlu pada waktu yang betul. Minum air waktu yang betul rupanya boleh memberi kesan pada tubuh badan kita.  

Pertama tu, rajin saya lakukan..Minum 2 gelas air setiap kali bangun. Badan pun rasa segar bila awal pagi minum air.  Baru tahu pula minum air boleh menggiatkan organ dalaman.  Beruntung organ dalaman badan ini kerana selalu disirami air di awal pagi hehe..

Yang kedua jarang dilakukan.  Kalau perut sudah lapar mana lagi ingat mahu minum air. Tambah-tambah lagi kalau makanan depan mata tu ialah kesukaan hati.  Sudah tentu akan menggoda selera yang kuat makan ini, ngap terus..:D.. 

Ketiga..belum pernah lagi.  Sebabnya baru tahu..Kena diamalkan juga ni walaupun tekanan darah setakat ini menyenangkan hati.

Keempat pula, ada dilakukan.  Tapi kadang-kadang terlena terus masa susukan Nur Maryam. Bila terjaga, malas pula bangun mahu minum air..layan tidur..layan mimpi.  Yang ini pun baru tahu, minum air sebelum tidur boleh elak serangan angin ahmar dan serangan jantung.

Kalau betul-betul diamalkan waktu minum air yang betul macam diatas, kompem sihat sejahtera kan..:) Jom kita amalkan waktu minum air macam diatas...

Saturday, January 12, 2013

Jangkitan Tonsil

Anak saya yang berumur 2 tahun 7 bulan semalam demam panas.  Demamnya agak kuat semalam hinggakan kain yang saya gunakan untuk melap badannya ikut menjadi panas.  Suhu badannya turun sekejap selepas diberi ubat demam dan selepas melap seluruh badannya dengan kain basah.  Selepas itu panas semula.

Kesian tengok dia,  sekejap-sekejap menangis.  Tiada ibu akan merasa tidak risau bilamana melihat anak  yang sakit sedang menangis.  

Dalam jangkaan saya kemungkinan dia kena jangkitan tonsil.  Sebelum ini pun ada pengalaman anak kena jangkitan tonsil.  Demam panas tinggi tapi tiada batuk dan selsema pun tiada.  Selera makan berkurang dan anak saya kelihatan tidak bermaya juga lemah sedikit.

Semalaman berjaga menjaga dia beri dia minum air kerap dan lap badannya berulangkali.  Untuk bagi senang lap badannya saya tanggalkan saja semua pakaiannya.  Panasnya berlarutan hingga ke pagi. Rasa risau juga sebab suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan.  

Awal pagi-pagi lagi tadi bawa dia ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan.  Sampai hospital, terus masuk ke bahagian kecemasan.  Nurse ambil suhu badan anak saya dan bacaannya ialah 39.4 darjah celcius.  Memang tinggi suhunya.  Nurse bagi ubat demam yang dimasukkan melalui dubur.  Kemudian nurse beri air suam dengan kain untuk bagi lap seluruh badan anak saya.

Kemudian kena cek dalam mulut.  Memang tepat jangkaan saya.  Anak saya kena jangkitan tonsil.  

Setengah jam kemudian, suhu badan anak saya dicek semula.  Suhu turun sedikit saja 38 darjah celcius. Kena teruskan lap badannya.  Suhu dicek selepas setengah jam kemudian.  Alhamdulillah suhu telah turun ke 36.2.  

Pesanan yang diberi sebelum pulang rumah ialah ubat yang mesti bagi makan, selalu lap dengan air jika suhu badan panas, bagi pakai pakaian yang nipis saja dan beri minum cecair banyak.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah berusaha memberikan anak saya ubat sebab anak saya ini tidak suka makan ubat.  Belum sempat disuap, anak tutup mulut tidak mahu buka...Satu cabaran untuk seorang ibu...:)

Thursday, January 10, 2013

Menari Sambil Bersenam

Jom sihatkan badan dengan menari sambil bersenam..

pinjam dari sini

Bersenam dengan Si comel pagi-pagi ini.  Kalau pagi-pagi ni tidak sempat petang nanti pun boleh atau esok lusa atau bila-bila saja..^_^.. 

Ikut saja si comel ini buat gerakan.  Regangkan kaki, regangkan tangan. Ke kiri, ke kanan..ke depan, ke belakang..pandang atas, pandang bawah..lepas tu golek-golek dengan bola.  Kalau mau geget karpet pun boleh..hehe..

Selamat bersenam semua..

Monday, December 24, 2012

Pentingnya Imunisasi Bayi

Hari ini 24hb genap umur anak bongsu saya 5 bulan dan hari ini merupakan suntikan kali kelima untuk si comel saya.  Ambil suntikan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) berdekatan tempat tinggal saya.  Dari umur satu bulan memang ambil suntikan di sini.  Walaupun kadang-kadang kena tunggu lama sikit tapi masih ambil suntikan disini sebabnya dekat dengan tempat tinggal, layanan yang baik dari nurse-nurse dan free..:)

Imunisasi kali ini ialah DTaP/DT, Hib dan IPV dos yang ketiga.  Nama penuhnya tidak tahu jadi tulis singkatan saja.  Dos pertama dan kedua sudah diberi waktu umur dua dan tiga bulan.  Sekali cucuk saja dapat semua imunisasi ini.  Kalau dulu ada suntikan yang kena cucuk dua kali.  Sekali cucuk, anak jerit dua kali cucuk, anak terjerit-jerit.. Cian baby kecil...Tapi ini bukanlah alasan untuk tidak mendapatkan suntikan imunisasi untuk anak.  Sakit kena cucuk sekejap saja.  Demam selepas disuntik pun tidaklah berterusan.  Alhamdulillah setakat ini anak saya tidak demam selepas disuntik.  Ruam pun tidak ada.  

Ambil suntikan ini harus diambil berat.  Tidak boleh dipandang remeh dengan menangguh-nanguhkan pengambilan suntikan atau langsung tidak ambil.  Lagi lah kesian anak kalau kena jangkitan penyakit berbahaya contohnya seperti radang paru-paru dan penyakit hati.  Cian anak yang masih sangat kecil  tidak mampu melawan penyakit.  Kita yang dewasa pun rasa takut mendengar nama penyakitnya inikan pula anak kecil.  Jangan dinafikan hak anak untuk membesar dengan sihat.

Suntikan yang diberi untuk anak saya kali ini salah satunya adalah mencegah jangkitan selaput otak atau radang selaput otak.  Anak jerit sekejap, jerit pun ayu-ayu saja..:) 
Lepas itu senyum-senyum tengok saya berbual dengannya hehe..Anak baik..:)  

Nurse pesan jangan tuam dengan air suam bekas suntikan itu. ye ke..baru pula tahu.  Kalau dulu suruh tuam air suam supaya tidak bengkak tapi kali ini dilarang pula.  Tanya dengan Nurse "kenapa?"  Sebabnya nanti vaksin akan mati akibat kena air suam.  "Sudah ada kajian yang dibuat.  Bagi makan ubat demam saja untuk tahan sakit"sambungnya lagi.  Info baru saya dapat tadi.

Temujanji akan datang bulan depan untuk Hepatitis B(dos 3) dan Measles.


Tuesday, December 18, 2012

Ujian Pap Smear

Pagi tadi saya pergi ke klinik ditemani suami buat Ujian Pap Smear.  Kalau dulu tidak berapa kisah dengan ujian ini sebab tidak suka dengan prosesnya yang kena korek bawah.  Tapi selepas tahu betapa pentingnya ujian ini barulah mahu buat. Cek macam cek bukaan masa bersalin. Kali pertama dulu memang ada rasa takut-takut tapi kali ini tidak.  Sebab tidak rasa sakit pun...cek bukaan bersalin lagi sakit.  Cuma perlu tarik nafas panjang-panjang dan relax.  

Nurse tadi pun ramah-mesra.  Pandai dia bawa berbual-bual bagi alih perhatian saya.  Cek sekejap saja.  Beberapa minit saja sudah siap. Ambil sampel gunakan kayu kecil di bahagian serviks.  Keputusan ujian tidak dapat terus.  Tunggu bulan depan baru dapat.  Harap-harap tiada apa-apa.

Disini saya kongsi dengan anda maklumat tentang Ujian Pap Smear.  Ambil dari Alamhamil.com Protal Kehamilan Malaysia

Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Siapakah yang perlukan ujian Pap?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.

Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Friday, December 7, 2012

Bulimia

Kongsi sedikit info tentang Bulimia atau yang terlalu obses terhadap bentuk badan.

Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan.

Ciri-ciri penghidap bulimia:


  • Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan.
  • Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan.
  • Mudah rasa bersalah selepas makan.
  • Mengambil ubat laksatif atau diuretic serta pil lain.
  • Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan enamel gigi sebelah dalam.


  • Kesan buruk bulimia:

    • Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal.
    • Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan.
    • Muntah berulang kali.
    • Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
    • Kerosakan lapisan perut.
    • Degupan jantung tidak seragam.
    • Kerosakan buah pinggang.
    • Enamel gigi rosak kerana selalu muntah.
    • Kerongkong berdarah.
    • Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
    • Gangguan fikiran, resah dan murung.
    Sumber: mymetro

    Monday, November 26, 2012

    Span dapur adalah tempat paling kotor di rumah

    Baru tadi baca mail online dan terbaca tentang info span ini dalam bahagian kesihatan.

    Span dapur adalah tempat paling kotor di rumah.  Ia 200,000 kali kotor daripada tempat duduk tandas. Bakteria yang ditemui oleh pakar boleh menyebabkan sindrom Guillain-Barre yang boleh menyebabkan lumpuh.


    Salah satu cara bagi mengelakkan jangkitan penyakit span perlu dibasuh di atas 60C bagi membunuh kuman.


    Lepas ini kena mandikan selalu span di rumah dengan air panas.  

    Friday, November 16, 2012

    Senaman Untuk Ibu Mengandung

    Bersenam semasa mengandung baik untuk paru-paru, meredakan stress, mengurangkan sakit belakang, sembelit dan membantu ketika proses bersalin dan kelahiran dengan menguatkan lagi otot-otot ibu mengandung.  Cari senaman yang selamat dan sesuai untuk ibu mengandung. Rujuk kepada doktor sebelum melakukan apa-apa bentuk senaman.

    Senaman yang selamat untuk ibu mengandung
    sumber: Youtube

    Monday, November 5, 2012

    Periksa Label Makanan Turunkan Berat Badan

    RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
    Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
    Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
    “Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
    “Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.
    sumber: Kosmo
    Lepas ini ayah-ayah, suami-suami rajin-rajinlah membelek-belek label makanan sebelum membelinya.  Jangan bosan menunggu  si ibu apabila ke pasaraya yang mengambil masa untuk membeli belah kerana teliti dengan harga dan kualitinya.  Lakukannya bersama kerana bukan saja mendapat kebaikan dari segi kesihatan malah boleh mengeratkan hubungan.

    Saturday, November 3, 2012

    Cara Menurunkan Berat Badan Secara Semulajadi

    Macam mana hendak kurus?
    Pasti itu yang menjadi kerisauan dan merunsingkan fikiran para ibu yang baru melahirkan anak.  Kurus akan menjadi perkara penting yang berlegar-legar di kepala apabila  berat badan naik dan bentuk badan berubah.  Malah menjadi perkara sensitif bagi kaum wanita yang mengalami masalah ini.  Termasuklah saya huhu..
    Wanita akan sanggup berbelanja seberapa banyak bagi mencuba produk-produk pelansing yang banyak ditawarkan diluar sana tanpa mengetahui akan kesan sampingannya.

    Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah cara menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa memerlukan belanja sesen pun.  Ini adalah pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak tanpa mencampurkan susu formula.  


    Sepanjang penyusuan memang lebih mudah untuk menurunkan berat badan jika diikuti dengan cara pemakanan yang seimbang, pengambilan air dan protien yang cukup.

    Tuesday, October 23, 2012

    Tips Menjaga Anak Demam

    Kongsi tentang tips bagi anak makan ubat.  Semoga bermanfaat.
    1. Beri ubat demam mengikut sukatan dan jenis ubat yang telah disarankan oleh doktor.
    2. Bagi mengelakkan dehidrasi, berikan cecair seperti air dan jus buah-buahan sekerap mungkin. Bagi bayi menyusu badan susukan sekerap mungkin.
    3. Sentiasa lap badan anak anda dengan kain basah yang diperah.  Lap bahagian dahi, muka dan di celah-celah bahagian badan anak anda seperti celah lengan dan kaki.  
    4. Pakaikan anak anda pakaian kapas yang nipis.  Jangan selimutkan dengan selimut yang tebal atau membalut badan anak anda untuk mengurangkan suhu badan.
    5. Beri anak anda makanan yang mudah dihadam seperti bubur dan sup untuk menambah tenaga juga cecair dalm tubuh mereka.  Jangan beri makanan berlemak kerana ianya sukar dihadam. 
    6. Elakkan anak anda dari terdedah angin sejuk.  Suhu normal atau suhu bilik adalah baik untuk anak demam.
    7. Jangan biarkan anak anda tidur bersendirian agar anda dapat bertindak segera jika suhu badan terlampau tinggi.
    8. Suhu badan normal ialah 37 darjah celcius jika melebihi 39 darjah celcius boleh menyebabkan sawan atau ketegangan urat saraf yang boleh menyebabkan kecacatan kekal.  Oleh itu sentiasa awasi suhu badan anak anda ketika demam.  

    Cerita Lalu:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...