YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Mandi Manda Di Poring Hot Spring Ranau

Hai Korang semua...apa khabar semua?... Moga sentiasa sihat..happy2 selalu. .^^Lama tak update blog. Lama tak bercerita di blog ini. Lama juga tak berkunjung ke blog korang semua.. Hari ini saya nak kongsikan cerita tentang kami sekeluarga berkunjung ke Poring Hot Spring, Ranau isnin yang lalu. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke sini.

Laluan masuk ke Kolam Air Panas

Selepas bagi tunjuk tiket di kaunter pintu masuk, harus melalui jambatan ini. Laluan masuk menuju ke kolam air panas. Saya lebih suka lalu di jambatan gantung lama itu. Lebih seronok. Terbuai-buai bila lalu disitu. Tapi dah tak digunakan lagi sekarang ini. Nampak tak air yang jernih bersih itu... Rasa hendak turun saja mandi disitu hehe..

Hot Spring Area

Kawasan Mata Air Panas. Putri bongsu jadi modelnya. Semakin suka berposing. Pantang gambarnya diambil..

Hari Isnin, tutup..

Tempat yang menarik hati anak-anak. Swimming pool.. Tapi sayang tidak dapat masuk sebab area ini ditutup pada setiap hari isnin. Di dalam sana ada disediakan gelongsor yang buat anak-anak ingin sangat masuk. Hari lain kita ke sini lagi ya anak-anak...Hari ini bukan rezeki kita..^^

Rock Pool

Rock Pool.. Tempat ini paling saya suka dulu. Mandi-manda bersama-sama dengan geng satu rombongan sewaktu zaman sekolah dulu.. Airnya sejuk sangat.

Sejuknyaaa...

Anak-anak seronok mandi dalam kolam ini tapi tidak tahan denga kesejukan airnya itu. Sekejap masuk dalam kolam..sekejap keluar balik dan duduk tepi kolam itu.. Nur Maryam pula masa ini cuma tengok saja abang-abang dan kakak nya. Saya tak bagi join sebab dah kesejukan sangat berendam tadi  

Kesian tengok dia yang masih lagi teringin bermain air. Saya pun bawalah si putri bongsu pergi mencari tempat yang ada sediakan air panas. Tapi semua tempat penuh. Yang ada kosong pun cuma tempat untuk berendam kaki sahaja. waktu cuti-cuti memang tempat ini selalu penuh dengan pengunjung.

Dan akhirnya..Dapat juga satu tempat..Jakuzi air panas..^^.. Nasib baik anak-anak muda itu berpindah ke Rock Poll hehe.. Sebelum masuk berendam di dalam, adalah lebih baik airnya ditukar terlebih dahulu. Nampak tak paip kepala merah hujung dekat parit tu..Buka saja paipnya dan air akan keluar. Sudah habis air dibuang, barulah pasang  air untuk mandi-manda. Ada dua pili. Satu air sejuk, satu lagi air panas. Suhu air boleh dikawal sendiri oleh pengunjung..

Mandi air suam...Bessttt...^^

Putri bongsu sambung berenang...^^ Gembira sangat dia. Abang-abang pula buat aksi macam-macam. Aksi siapa tahan nafas dalam air...aksi melentang..aksi melekatkan perut di tepi jakuzi pun ada. Hero bongsu tu..alahai..terpaksa buih-buihkan picnya. Mandi dengan seluar jeans. Pakaian tertinggal di kereta. Dia rasa kurang selesa dengan jeans tu lalu tanggalkanya. Kaka dan Hero sulung pula sekejap saja mandi di sini. Lepas tukar baju, beli Maggi cup dan makan panas-panas. Kedai tu tolong tuangkan sedia air panas.

Hijau...

Bagi yang pertama kali datang sini memang akan merasa seronok. Pemandangan sekelilingnya yang penuh dengan pokok-pokok menghijau membuatkan suasana kawasan disini redup..sejuk..nyaman..tenang... Selain aktiviti mandi-manda, korang juga boleh pergi melawat Taman Kupu-Kupu, Air Terjun Kopungit atau merasai sendiri Jambatan Gantung Kanopi. Antara kemudahan yang disediakan pula ialah seperti surau, restoran, bilik persalinan, kedai, pondok berehat dan banyak lagi.

Tiket masuk.
Sah untuk sehari(tiga hari untuk yang menginap)
di kesemua destinasi taman yang sama. 

Bayaran masuk ke Taman Air Panas Poring, Ranau, adalah seperti dalam gambar diatas. Berpatutanlah bayarannya. RM3 untuk dewasa. RM1 untuk kanak-kanak dan warga emas. PERCUMA untuk 6 tahun. Tiket ini juga boleh digunakan jika korang hendak berkunjung  ke Taman Kinabalu. Jadi tiket masuk ini kena simpan baik-baik. Jangan kasi hilang...^^


Shoping2. .^^

Hampir terlupa.. Yang ini korang boleh jumpa di luar pintu masuk Poring Hot Spring. T-shirt..short pants...cenderahati dan banyak lagi ada dijual disini. Sebelum membeli, Jangan lupa keluarkan kebolehan tawar-menawar korang. Kaka sukakan topi kelabu tu. Harganya RM25. Tawar-menawar dengan makcik tu, dapat lah harga RM20.

Thursday, June 19, 2014

Sekali Lagi Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang

Sekali lagi datang ke sini. Jalan-Jalan Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang. Untuk kali kedua di waktu cuti sekolah minggu lepas. Kami ke sana sekali lagi dihujung minggu kedua cuti sekolah. Kami sekeluarga sampai lebih kurang jam lapan lebih pagi. Datang awal, takut kehabisan susu segar macam hari itu hehe...


Desa Cattle, Mesilau,Kundasang

Berhenti sekejap dekat pintu masuk Desa Cattle. Bergambar bersama dengan anak-anak. Kalau sebelum ini kami datang, Gunung Kinabalu betapuk(bersembunyi) di sebalik awan. Kali ini ia kelihatan. Nampak cantik sekali. Hujan renyai-renyai masa ini. Jadi berposing pun sekejap saja. 

Sewaktu kami sampai pengunjung belum ramai. Parking kereta pun senang dapat. Parking depan kedai Desa Cattle. Bila masuk saja kedai, benda yang pertama sekali dicari ialah susu segar..^^.. Susu di sini memang sedap. Terasa kesegarannya. Susu perisa coklat jadi pilihan saya. Pudingnya pun sedap. Saya sukakan puding yang perisanya vanilla. Kalau korang datang sini, mesti cuba..

Makan-makan..

Anak-anak pula sukakan aiskrimnya. Tapi masa hendak membelinya, aiskrim belum ada. Kena tunggu 15 minit. Terlebih awal agaknya kami sampai hehe... Sambil menunggu kami nikmati dulu susu segar, puding dan sosej yang suami beli. Tidak sampai pun 15 minit aiskrim pun datang. Laju saja tangan anak-anak mencapai aiskrim dimeja. Masing-masing ingin merasanya. "Macam nda pernah makan eskrim bah..><" Sedang kami makan-makan, hujan renyai-renyai turun lagilah pula. Kebetulan payung tidak berpasang. Kami pun cepat-cepat berpindah ke kerusi tepi bangunan kedai. Kalau hari itu payung terpasang sedia. Tapi apapun memang seronok menikmati suasana indah ala-ala New Zealand di sini. Bestt..^_~


p/s: Maaf korang semua. Masih belum terbalas lagi kunjungan kalian.

Tuesday, June 10, 2014

Jalan-Jalan Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang

Hujung minggu lalu, kami sekeluarga balik kampung. Ambil kesempatan bawa anak-anak jalan-jalan ke Desa Cattle, Ladang Tenusu yang terletak di Mesilau, Kundasang. Perjalanan dari kampung saya ke Kundasang lebih kurang dalam 15 minit. Dekat saja kan..^^

desa cattle Mesilau, Kundasang
Ke Desa Cattle, Ladang Tenusu, Mesilau, Kundasang.

Pic paling atas anak yang ambil semasa lalu di round about dekat dengan Pekan Kundasang. Menuju ke Desa Cattle ini kena lalu jalan bukit kerana tempat ini berada nun di atas bukit. Betul-betul berada dibawah kaki Gunung Kinabalu. Jauh dari kesibukan kota. Jauh dari jalan utama. Perjalanan menuju ke Desa Cattle ini memang menyeronokkan. Udaranya sejuk, segar dan nyaman. Tidak perlu pasang aircond dalam kereta. Buka tingkap dan nikmati udara sejuk semulajadinya. Bayaran masuk ke Desa Cattle ini cuma RM4, dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bawah 2 tahun, Percuma. Masa beli tiket ini, cik adik tu kata susu sudah habis. Sedikit kecewa tapi tetap masuk juga.

Desa Cattle, Mesilau ,Kundasang
Menuju ke kandang lembu.
Hijau segar rumput-rumputnya.

Sewaktu sampai, parking penuh. Susah juga nak mencari parking. Hujung minggu dan cuti sekolah, memanglah sesak sebab pengunjung ramai datang. Lepas dapat tempat parking kereta, kami turun menuju ke kandang lembu. Ada satu alat disediakan atas laluan ini. Lembab berisi air. Sekejap saja berada di sini. Ramai orang ketika ini. Saya lihat dari jauh saja. Ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk memberi makan lembu di kandang itu.

Desa Cattle ,Mesilau,Kundasang
Kedai Desa Cattel, Mesilau Kundasang

Singgah di Kedai Desa Cattle. Berbaris pengunjung shoping-shoping disini. Ada macam-macam yang dijual. Keychain, tshirt, aiskrim dan semestinya susu segar yang paling mendapat sambutan. Di sebelah kiri kedai ini ialah tempat memproses susu segar. Tapi pengunjung tidak boleh masuk. Cuma boleh lihat dari luar melalui tingkap kaca dalam kedai ini.

Desa Cattle ,Mesilau ,Kundasang
Lembu-lembu sedang bersantai-santai
sambil meragut rumput

Sewaktu hendak pulang, berhenti di tepi ladang sekejap. Ambil peluang untuk melihat lembu-lembu sedang meragut rumput yang segar menghijau itu. Anak-anak sangatlah seronok melihat lembu-lembu ini. Maklumlah jarang sekali melihat lembu sebanyak ini. Sedikit jakun bila nampak begini banyak di dalam ladang yang sangat luas ini. Kalau hendak melihat lembu-lembu ini, datanglah sebelah pagi. Sebelah petang jam 3pm, pasti tidak kelihatan kerana ketika itu merupakan masa untuk memerah susu lembu.


Desa Cattle ,Mesilau,Kundasang
"Mummy..tengok...lembu besar"...

Si Hero bongsu, Yusuf. Tidak puas hati lalu panjat pagar supaya dapat melihat lembu-lembu itu. Nampak lembu yang berdiri di depan itu.. Itu lah yang nak sangat ditengoknya. Lembu tu pula macam faham dirinya jadi perhatian...hehe..Rasanya lembu-lembu ini pun sudah biasa dengan para pengunjung yang datang ke sini.

Desa Cattle,Mesilau,Kundasang
Memerhati..

Jika ada kesempatan nak lagi datang jalan-jalan ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang dengan anak-anak. Pemandangan dan udara nyaman segar disini memang menyeronokkan dan menenangkan fikiran..^^

Thursday, May 29, 2014

Anak Buah Baru

Baby boy

Semalam datang melawat kakak di hospital. Kakak baru saja bersalin. Bersalin secara pembedahan. Tidak sabar nak tengok anak buah yang baru lahir. Sampai saja terus dukung baby. Comel sangat. Ini masa saya tengah dukung baby. Baby tengah buka mata. Comel kan..^^

Kakak dibedah sebab tali pusat baby keluar dahulu. Cerita kakak, keadaan masa itu agak kelama-kabut. Kakak jadi terkejut. Apa tidaknya siren bunyikan. Misi-misi, doktor dan pakar bergegas datang dengan segera. Kaki kakak diangkat ke atas dan bahagian punggung ditahan dengan sesuatu agar tali pusat baby tidak keluar. Kakak kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan untuk dibedah. Syukur alhamdulillah kakak selamat dibedah dan baby selamat lahir. Menurut doktor jika baby lambat 5 minit dikeluarkan, ia mungkin membayahakan nyawa si kecil.

Sangat-sangat berterima kasih kepada Nurse, doktor dan pakar di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu kerana ketangkasan dan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas.

Tuesday, May 27, 2014

Santai-Santai Hujung Minggu Di Tanjung Lipat, Likas

Perancangan sebenarnya hari sabtu. Tapi oleh kerana hujan lebat turun maka terbatal rancangan kami sekeluarga dan adik ipar hendak bersantai-santai dihujung minggu. Alhamdulillah, petang ahad lalu cuaca cerah mengizinkan kami bersantai-santai di Tanjung Lipat, Likas. Tempat rekreasi ini memang best. Tepi pantai. Pokok yang banyak, membuatkan suasana redup  dan nyaman. Ditambah lagi dengan tiupan angin dan bunyi deruaan ombak.

tanjung lipat likas, senja di tanjung lipat ,likas, trek berbasikal dan berjogging
Trek berjogging & berbasikal

Lama sebenarnya tidak menjejakkan kaki ke sini. Kadang-kadang tu ada jugalah lalu di sini. Limpas-limpas dan tengok-tengok jak. Semakin cantik, semakin tersusun dan semakin menarik tempat ini. Sangat jauh bezanya sekarang dan yang dulu. Antara yang menarik Trek untuk orang berbasikal, berjalan kaki dan berjogging. Kurang pasti berapa kilometer jaraknya. Tapi yang pasti memang jauh trek ini.

tanjung lipat likas
Tumpuan anak-anak kecil

Tempat tumpuan kanak-kanak. Paling seronok dua beradik kecil ni. Yusuf dan Maryam. Si Putri bongsu ditemankan oleh abang-abang . Si Hero bongsu pula di kawal oleh saya. Hero bongsu saya ini ada lasak sedikit. Risau kalau-kalau terjatuh dan harus juga berhati-hati, pengunjung ramai ketika ini.

tanjung lipat likas
Buka kasut

Tengok lah tu..Ingatkan kenapa tiba-tiba saja duduk. Rupanya dia tanggalkan kasutnya. Lepas itu belari menyusup ke bawah. Dan terbongkok-bongkok lah saya dibuatnya. Sudah rasa bosan panjat..berlari..menggelungsur. Berlari pula menuju ke pantai. Berpeluh-peluh mengejarnya.

tanjung lipat likas
Main pasir

Yusuf, Maryam dan dengan sepupu mereka, Adam. Ini masa di tepi pantai. Seronok melihat mereka bertiga bermain bersama. Pada mulanya main bertiga. Datang abang-abang dan kakak tumpang sekali main. Si abang jadi sasaran. Ditanam separuh badan dengan pasir...^^

tanjung lipat likas, senja di tanjung lipat likas,  pemandangan senja di tanjung lipat likas
Sunset..

Cantikk tak.. Senja petang di Tanjung Lipat, Likas. Tangkap pic ini Masa nak pulang berjalan menuju ke kereta sambil menggendong si Hero bongsu di belakang. Hero bongsu tunjuk kearah laut.
"Mummy..Mummy..tuuu..."..
Dan saya pun cepat-cepat tangkap pic sebelum matahari itu tenggelam hilang. Kemudian letak lah di sini untuk dikongsikan dengan korang..^^.. Selain Tanjung Aru, di sini juga best melihat pemandangan senja. Bersantai-Santai bersama family sambil menikmati ciptaanNYA yang sungguh indah ini.


Saturday, May 10, 2014

Pengorbanan Dan Jasa Mu Tidak Ternilai

Sewaktu Mengandung, Menahan sengsara selama sembilan bulan.
Sewaktu mengidam, sukarnya mencari apa yang diidamkan.
Sewaktu Melahirkan, bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Sewaktu Membesarkan, bertahan dengan karenah anak yang pelbagai.
Berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Ketika sakit ibu bersengkang mata menjaga. Menyuapkan makanan. Merawat hinggalah sembuh.
Ketika hari pertama ke sekolah ibu mengejutkan dari tidur, menyiapkan agar tidak lewat ke sekolah.
Ketika sedih, ibu memeluk memujuk agar tidak bersedih. Memberi semangat. Memberi kata nasihat.
Ketika jatuh terluka, ibu meniup lembut luka itu. Menyapu ubat pada luka.
Ketika berjauhan ibu sentiasa akan teringat-ingat. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya.



Wahai Ibu kasih mu, pengorbanan mu, jasa mu sangat lah besar. Tidak terkira, tidak ternilai harganya, tidak termampu membalasnya. Terima kasih ibu kerana melahirkan diri ini kedunia dan memberi kasih sayang yang tidak terhingga.

Wahai anak hargailah ibu mu selagi masih ada. Sayangilah ibu sepertimana ia menyayangimu sepenuh jiwa raganya.

Selamat Hari Ibu buat Ibu tercinta. Saya sayang ibu. Ampunkan segala dosa-dosa anakmu ini. Buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu. Moga kita sebagai ibu dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak sepertimana yang ibu kita lakukan..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...