Sewaktu mengidam, sukarnya mencari apa yang diidamkan.
Sewaktu Melahirkan, bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Sewaktu Membesarkan, bertahan dengan karenah anak yang pelbagai.
Berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Ketika sakit ibu bersengkang mata menjaga. Menyuapkan makanan. Merawat hinggalah sembuh.
Ketika hari pertama ke sekolah ibu mengejutkan dari tidur, menyiapkan agar tidak lewat ke sekolah.
Ketika sedih, ibu memeluk memujuk agar tidak bersedih. Memberi semangat. Memberi kata nasihat.
Ketika jatuh terluka, ibu meniup lembut luka itu. Menyapu ubat pada luka.
Ketika berjauhan ibu sentiasa akan teringat-ingat. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya.
Wahai Ibu kasih mu, pengorbanan mu, jasa mu sangat lah besar. Tidak terkira, tidak ternilai harganya, tidak termampu membalasnya. Terima kasih ibu kerana melahirkan diri ini kedunia dan memberi kasih sayang yang tidak terhingga.
Wahai anak hargailah ibu mu selagi masih ada. Sayangilah ibu sepertimana ia menyayangimu sepenuh jiwa raganya.
Selamat Hari Ibu buat Ibu tercinta. Saya sayang ibu. Ampunkan segala dosa-dosa anakmu ini. Buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu. Moga kita sebagai ibu dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak sepertimana yang ibu kita lakukan..
Selamat hari ibu juga mamarey ... :)
ReplyDeletetq Mia..^-^..
DeleteSelamat Hari Ibu juga Mia
Pengorbanan ibu memang tak terbalas...... selamat hari ibu untuk mama rey
ReplyDeleteyup btl tu MP..
Deleteselamat hari ibu jugak... bagi saya.. hari hari adalah hari ibu.. hee
ReplyDeletebtw, klik tabung inti sini
tq izzatI^^
Deleteseharusnya kn izzati..hr2 hari ibu untuk ibu kita..
ibu, engkaulah ratu hatiku..:)
ReplyDeletepengorbanan dan jasanya yg terlalu besar
DeleteSayang my mom & happy mothers day mamarey...
ReplyDeletetq Raudz..^^
Deleteselamat hari ibu mamarey
ReplyDeletetq Ummi..slmt hari ibu jg buat Ummi
Deleteselamat hari ibu juga mamarey (:
ReplyDeletetq izzati^^
Deletejasa ibu mmg tidak terbalas....
ReplyDeletebetul tu NK
DeleteJasa ibu tak kan terbalas... selamat hari Ibu buat semua...:)
ReplyDeleteslmt hari ibu juga buat aTie
Deletetetiber jer rasa nk blik kmpung., huhu
ReplyDeletekalo kg dekat rasanya nk hari2 balik jenguk ibu kn..
DeleteBegitulah pengorbanan dan kasih sayang ibu tak ada penghujungnya hatta mereka telah pergi utk selamanya..
ReplyDeletebetul tu kak zakie..
DeleteTouching plak baca. Selamat hari ibu MR.
ReplyDeleteslmt hari ibu juga buat Fiza
Deleteselamat hari ibu buat mama.. nina pun syg mak sgt2. hehee
ReplyDeletetq nina..Sayang ibu selama-lamanya
Delete