Wednesday, January 15, 2014

Bun Sosej Goreng

Ini sebenarnya hendak menunaikan janji pada rakan di G+ +Nur Emylia atau lebih mesra dengan panggilan Kak Long. Janji tahun lalu, baru tahun ni ditunaikan huhu...Sorry ya Kak Long.. Lambat share.

Dapat resepi ini dari sahabat adik ipar saya. Kali pertama membuatnya bersama adik ipar di rumahnya. Baik betul sahabat adik ipar tu. Penuh kesabaran mengajar mama-mama yang baru belajar melalui Whatsapp. Dan hasilnya menjadi lah juga..^_^

Lepas itu sekali lagi saya mencubanya bersama dengan anak-anak di rumah. Dan bahan-bahannya macam di bawah ni...
  1. 300 gm Tepung
  2. 60 gm gula aising
  3. 1 biji kuning telur (putih untuk sapu)
  4. Bread Crumbs
  5. 20 gm shortening
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. 16-17 sosej
  8. 1sudu besar Yis 
  9. 175 ml air
Kemudian cara-caranya pula, ikut di bawah ni:

1. Larutkan Yis dalam air 175 ml. Biarkan.

2. Tepung, gula aising dan baking powder di ayak dan gaul rata dalam mangkuk besar.

3. Buat lubang di tengah-tengah dan masukkan shortening dan juga kuning telur. Gaul sampai rata.

bun sosej goreng, resepi
kasi gaul dia..

4. Kemudian masukkan yis yang telah dilarutkan dalam air. Part ini anak-anak berebut mangkuk yang berisi yis tu. Semuanya teringin mencuba nak tuang yis dalam mangkuk besar itu.

cara-cara membuat bun sosej
si abang diperhatikan oleh d
ua orang adiknya...

5. Uli dengan tangan hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Letakkan sedikit shortening dalam setengah sudu besar macam tu, dan sedikit tepung jika doh masih melekat di tangan. Kemudian uli lagi sampai lembut dan elastik. Biarkan beberapa minit hingga doh menjadi kembang.

Bahagian sini lah lama sikit menguli masa pertama kali buat. Nasib baik sahabat adik ipar tu penuh kesabaran mendidik kami hehe..

doh bun kembang
haishh..jari sapa lah tekan-tekan doh tu..

6. Selepas itu bulatkan doh menjadi bentuk yang kecil dalam saiz yang sama. Tapi hasil kerja kami anak beranak macam bawah ni saiznya tidak sama. Ada kecil ada besar.

sampai tenganga dia..

7. Kemudian gelek doh memanjang dan lilitkan pada sosej. Selepas itu sapu putih telur dan taburkan lah dengan bread crumbs atau serbuk roti atau habuk roti atau apa je lah panggilannya. Yang penting bentuknya macam bawah ni.

1.sosej belah dua. Kalau malas belah, tak perlu belah pun ok juga..
2.Tabur dengan bread crumbs. Kalau malas tabur, tak perlu tabur pun ok juga..

8. Biarkan mengembang beberapa minit sekali lagi. Kemudian goreng sampai kekuningan dengan api yang sederhana. Jangan guna api kuat nanti dalamnya tidak masak.. Dan rajin-rajin lah balik-balikannya. Nanti jadi macam bawah ni warnnya tidak sekata..

bun sosej goreng
Anak-anak...!! Jom mamam Bun Sosej Goreng ni..^__^

Yang ni pula permintaan dari +Atie Yusof yang mau tengok hasil bun di entry saya di Sini..Yang atas tu boleh-boleh lah..Sikit keras lah.. tapi yang bawah tu betul-betul ndak bole owh aTie..Pahit!! hehehe...

Bun Sosej Keras dan Terbakor!!

Buah cempedak di luar pagar,,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya mama baru belajar..
Bun tak jadi jangan gelakkan..
hehehehe....


Hah!! siapa mau beli pantun ni? Beli jangan tak beli...hehehe...

18 comments :

  1. wahhh..sedapppnya bun... simple dan senang mo buat kan mama rey.. mo buat jugak lah nti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah try lah aTie.senang jak sbnrnya tp mau menguli tu ambil masa..blm tere sgt bah hehe

      Delete
  2. Dapat bantuan anak-anak mengelilingi masa menguli memang seronok. Masing-masing tak sabar nak menanti doh kembang. Jari comel mestinya yg menekan nak tahu dah gebus belum:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu kakzakie..tp lantai meja bertaburan tepung..hehe

      Delete
  3. Hanya tahu makan jer la macam ni... Macam susah jer, kalau saya buat mesti keras bun tu...

    ReplyDelete
  4. wahhh best nih...

    akak beli pantunnya ye...

    buah cempedak atas pagar
    ambil galah toloong jolokkan
    bun sosej keras terbakarrrr...
    apa ada halll...bak sini akak nak makan...hahahah ok tak pantun akak

    ReplyDelete
  5. Bestnya. Tak yah beli dah. Buat sendiri lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni time rajin Fiza..time M dtg beli kat luar ja..hehe

      Delete
  6. Salam Mama..maaf lambat jenguk Mama kat sini...
    selalu miss entry Mama...
    sy try beli pantun mama eh..hihi..

    tanam keladi tepian kelapa
    gugur buahnya tepian ampaian
    bun tak jadi tak mengapa
    yg penting dapat dimakan

    amacam?? hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..betul..betul..terer berpantun ckk rupanya

      Delete
  7. sedapnya.. pandai akak buat bun.. gebu je..

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik ni.. nak juga try ikut resepi ni..

    ReplyDelete
  9. Nanti nak try jugak..shortening n tepung ngah byk baik buat kan..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...