YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, March 12, 2013

Tersalah Gunting Rambut

Semalam Hero sulung saya meminta guntingkan rambut dia.  Katanya esok selasa ada perhimpunan, rambut kena chek.  Sekolah dia tegas pasal rambut.  Dengan bakat yang tidak bertauliah saya pun mengguntinglah rambutnya yang memang kelihatan tidak panjang  pun. Sudah separuh rambut anak saya digunting..Mr.Sawo yang nun di sana duduk bersantai-santai tengok tv lepas balik kerja menegur..

Mr.Sawo : Aikk Adi.. (nama panggilan )  Adi pun mau gunting kasi botak ka macam abah..

Hero sulung saya terus pegang kepala..

Adi : Stop..stop..bukan macam ni lah. Mummy tersalah gunting sudah..nda mau pendek sangat bah..
MaMaRey :  (terus berhenti..)  alamak tersalah gunting ka..aiyaa sudah pendek ni.. macam mana mau kasi lekat balik..
Adi : Ala..kan sudah cakap tadi kasi pendak jak..bukan botak..
MaMaRey : Mummy sudah potong hampir separuh ni..
Adi : (Diam sambil pegang kepala..muka pun monyok)
MaMaRey: Nda apa lah..tiga, empat hari nanti panjang lah tu okey..lagi pun bukannya botak licin..nampak okey juga tu..(memujuk)

Hero sulung saya cuma diam.  Tengok pada wajahnya memang rasa tidak puasa hati dengan pesen rambut barunya.  Kesian pula dia..Tulah main ikut suka hati gunting jak..Tidak tanya betul-betul.  Kan sudah tersalah gunting.  Terlajak potong pendek mana boleh bagi panjang balik.  

Pagi tadi pun nampak dia diam saja.  Sebelum pergi sekolah dia tanya lagi..

Adi : Mummy tunggu tiga..empat hari ka baru rambut ni mau tumbuh panjang?..
MaMaRey : Sekarang pun dia sedang tumbuh memanjang lah tu..Nanti esok lusa panjang lah tu ya..

Hero saya diam saja.  Pergi sekolah..cium tangan dan jalan dengan wajah yang tidak berseri-seri.  Rasa bersalah pula..:(  Sorry nak ya.

sumber:google
Macam inilah rupa bentuk gunting rambut yang telah saya guna untuk menggunting rambut Hero saya semalam.  

Monday, March 11, 2013

Kisah Life Of Pi

Ada beberapa kali tengok cerita Life Of Pi ini selepas Mr.Sawo download beberapa hari sebelum Yusuf kena tonsil lagi.  Pada mulanya saya tidak berapa berminat mahu menontonnya, tapi  setelah melepak tengok bersama anak-anak  terus pula melekat depan tv. Sebenarnya saya tidak tahu pun Movie ini sehinggalah Mr.Sawo download untuk bagi anak tengok.  Orang lain sudah tengok lama dari tahun lalu lagi.  Saya pula baru tengok.  Ketinggalan zaman betul..

Filem ini diadaptasi dari sebuah novel dan diarahkan oleh pengarah yang pernah mengarahkan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon iaitu Ang Lee.  Kisah cerita Life Of Pi ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Piscine Molitor Patel.  Dia menukar namanya menjadi 'Pi' sebab tidak tahan ejekan rakan-rakannya yang memanggilnya  "Pissing".

Saya paling suka cerita bahagian Pi dan seekor harimau bernama Richard Parker si Harimau Bengal berada di tengah lautan yang luas.  Harimau !!!  Arrgghh!!!

Pada awalnya 4 ekor binatang termasuk Richard Parker bersama Pi dalam seboah bot penyelamat.  Kuda belang, Dubuk, Orang Utan dan Richard Parker.  Tapi kuda belang dan orang utan telah mati diterkam oleh si dubuk.  Geram dengan si Dubuk tu.  Dubuk itu pula dibaham oleh Richard Parker.  Kesian la pula..Pi yang duduk di hujung bot hanya mampu menjerit "no..no..no.."
   
Life of Pi deepsea
Pi di atas rakit buatannya sendiri

Pelbagai ujian yang diharungi.  Pic atas Pi buat untuk dirinya sebab kalau duduk dalam bot kompem kena baham oleh Richard Parker.  Bayangkan hidup di lautan luas bersama seekor hariamu yang bila-bila masa saja akan membaham kerana lapar.  Di tambah lagi dengan panas terik..hujan..sejuk..ombak besar dan haiwan besar yang berada di dalam lautan.  Di tempat ini juga Pi bertungkus lumus menyuling air untuk diminum dan menangkap ikan untuk dimakan mentah-mentah.  Pi akan kongsi hasil makanan dan minuman bersama dengan Richard Parker.

Pi dan Richard Parker

Rasa sedih tengok Richard Parker yang lemah kerana lapar dan penat..Pada masa ini Pi dan Richard Parker telah pun menjadi kawan baik.  Bagaimana ia  dijinakkan, kena tengok sendiri cerita ni.  Ketika ini Pi datang kepadanya dan memangku kepala Richard Parker. Sebaknya huk..huk..

Mendarat setelah 227 hari berada di lautan

Lagi sedih bahagian ini.  Pi memandang Richard Parker yang masuk menuju ke dalam hutan. Mengalir air mata bila melihat babak ini... Setelah begitu lama di lautan bertarung bersama-sama untuk teruskan hidup, akhirnya mereka berpisah apabila mendarat di Pantai Mexico. 

Korang tengok lah Trailer ni bagi yang belum menontonnya.

Bagi saya filem ini memang bagus ditonton oleh seisi keluarga kerana ceritanya memberi pengajaran yang baik.  Ditambah lagi dengan pemandangan lautan dan langit yang luarbiasa cantiknya memukau penonton.  Sehinggakan saya terpaku dan melekat depan tv sampai habis..:) Pengajaran filem Life Of Pi ini bagi saya ialah jangan mudah putus asa dan percaya kepadaNYA yang sentiasa melindungi kita di kala kita kesusahan yang teramat sangat. 

sumber foto:Google

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...