YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Monday, January 7, 2013

Tahniah Juara AJL ke 27

Tahniah buat Yuna kerana berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-27 semalam.  Dengan penyanyi gantian Aizat, lagu Terukir Di Bintang menjadi Juara semalam.  Best pula tengok Aizat dengan misai nipis pegang cawan merah sambil menyanyi.  

Tertanya-tanya juga cawan yang Aizat pegang tu betul-betul ada air ke..Tengok Aizat sedap je duduk sambil minum-minum.  
Pinjam gambar dari sini

Lepas ini ramailah nanti anak muda akan simpan misai nipis macam Aizat dan akan ramailah yang akan beli cawan warna merah..hehe

Tahniah untuk lagu Idola nyanyian Azlan & Typewritter mendapat tempat kedua dan kepada Hafiz, vokal terbaik menyanyikan lagu Ku Akui yang mendapat tempat ketiga.  

Untuk  Black & RJ tahniah kerana mendapat Persembahan Terbaik.  Walaupun Lagu Teman Pengganti tidak menjadi Juara AJL ke-27 tetapi kau tetap lagu kesukaan hati..:) 

Tahniah juga kepada pencipta-pencipta lagu yang bertanding semalam.    Lagu-lagu semalam memang best-best belaka.  Semoga industri muzik tanahair kita akan semakin berkembang maju.


Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27
  1. Juara Lagu: Yuna - Terukir Di Bintang
  2. Tempat Kedua: Azlan & The Typewritter - Idola
  3. Tempat Ketiga: Hafiz - Ku Akui
  4. Vokal Terbaik: Hafiz - Ku Akui
  5. Persembahan Terbaik: Black & RJ - Teman Pengganti


Sunday, January 6, 2013

Coklat Cadbury

Semalam suami balik kerja bawa bungkusan dari Labuan, kiriman sahabatnya yang berhanimun bersama isterinya.  Sahabat suami kirimkan coklat dengan kalendar dari Labuan.  Nyam..nyam..coklat..:D


Ini dia, dua buah kalendar 2013 dan coklat Dairy Milk with Hazel Nut dari Labuan.  Coklat memang kesukaan hati.  Paling suka kalau ada Hazel Nut.  Tidak sabar mau makan..macam tidak pernah makan coklat pula...Buka saja terus makan kongsi dengan anak-anak.  Hampir separuh makan baru ingat mahu snap jadikan entry hehehe..


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...