YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015 buat semua sahabat alam maya saya. Harapnya segala yang dirancang tahun lalu  telah terlaksana. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNYA.

Andai ada tersalah kata..terkasar bahasa..Mohon diampunkan..Maaf juga kerana selalu saja lambat membalas jejak korang.. Apapun saya akan  palan-palan datang ke blog korang ya^^... Kepada korang semua yang selalu datang menjenguk MaMaRey di sini, terima kasih sangat-sangat. Kunjungan kalian semua sangat saya hargai...^^

Sekali lagi saya ucapakan Selamat Tahun Baru 2015.

Hari ini.. 010115..Yusuf di sekolah tadikanya.
Ada Majlis bacaan doa selamat dan yaasin.
Besok nak ambil peralatan sekolahnya.
Harap dia dapat menyesuaikan dirinya nanti..

Monday, December 22, 2014

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat

Aktiviti hujung mingu kami anak beranak minggu lalu. Buat Aiskrim Goreng perisa Vanilla Coklat. Sangat mudah nak buat. Bahan-bahannya pun simple saja.

Bahan-bahan untuk membuat Aiskrim Goreng Vanilla Coklat macam di bawah ini.


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Bahan-bahan Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
  • Aiskrim perisa Vanilla Coklat
  • Roti
  • Sudu
  • Gelas
Cara-cara

Cara-cara untuk membuatnya. Mudah saja. Ikut langkah-langkah macam gambar atas ini. Ambil aiskrim dengan sudu dan letak di tengah-tengah atas roti. Aiskrim agak-agak dalam satu sudu. Kalau banyak koyak pula roti tu. Kemudian tutup aiskrim tu dengan sekeping roti lagi. Selepas itu ambil gelas tekan ngam-ngam pada permukaan tengah roti tersebut. Tekan, pusing-pusing kan sikit sampai putus roti tu. Gunakan gelas yang nipis badannya supaya roti mudah putus.Selepas itu tekan-tekan bahagian tepi roti tu dengan sudu. 


Masukkan dalam freezer
Masukkan dalam freezer

Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Di bahagian freezer. Yang ini malam ahad buat. Esok pagi baru digoreng. Tunggu anak-anak pulang dari main futsal baru nak digoreng. ^^

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Goreng dengan minyak yang panas


Kalau nak menggorengnya minyak kena betul-betul panas baru masukkan aiskrim goreng. Gunakan minyak yang banyak.  Goreng sekejap saja. Dalam beberapa saat saja. Nampak dah kekuningan angkat cepat-cepat. 



Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Yummy yumm..Panas rangup diluar, Sejuk enak di dalam.. 

Hero bikin..Mummynya goreng..^^
Dah goreng jangan kasi biar lama-lama. Nanti cair aiskrim di dalam. Ndak sedap nanti. Lepas goreng, hidang dan makan. 


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Gigih membentuk
Buat aktiviti  masak-memasak dengan anak-anak memang menyeronokkan. Riuh rendah dibuatnya. Ada yang roti tak putus.. roti koyak..aiskrim terkeluar..ada juga yang sambil buat sambil curi-curi aiskrim masuk mulut..hehe... Dan lagi seronok bila melihat mereka makan dengan rasa puas hatinya hasil dari tangan mereka sendiri.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...