Aktiviti hujung mingu kami anak beranak minggu lalu. Buat Aiskrim Goreng perisa Vanilla Coklat. Sangat mudah nak buat. Bahan-bahannya pun simple saja.
Bahan-bahan untuk membuat Aiskrim Goreng Vanilla Coklat macam di bawah ini.
|
Bahan-bahan Aiskrim Goreng Vanilla Coklat |
- Aiskrim perisa Vanilla Coklat
- Roti
- Sudu
- Gelas
|
Cara-cara |
Cara-cara untuk membuatnya. Mudah saja. Ikut langkah-langkah macam gambar atas ini. Ambil aiskrim dengan sudu dan letak di tengah-tengah atas roti. Aiskrim agak-agak dalam satu sudu. Kalau banyak koyak pula roti tu. Kemudian tutup aiskrim tu dengan sekeping roti lagi. Selepas itu ambil gelas tekan ngam-ngam pada permukaan tengah roti tersebut. Tekan, pusing-pusing kan sikit sampai putus roti tu. Gunakan gelas yang nipis badannya supaya roti mudah putus.Selepas itu tekan-tekan bahagian tepi roti tu dengan sudu.
|
Masukkan dalam freezer |
Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Di bahagian freezer. Yang ini malam ahad buat. Esok pagi baru digoreng. Tunggu anak-anak pulang dari main futsal baru nak digoreng. ^^
|
Goreng dengan minyak yang panas |
Kalau nak menggorengnya minyak kena betul-betul panas baru masukkan aiskrim goreng. Gunakan minyak yang banyak. Goreng sekejap saja. Dalam beberapa saat saja. Nampak dah kekuningan angkat cepat-cepat.
|
Aiskrim Goreng Vanilla Coklat |
Yummy yumm..Panas rangup diluar, Sejuk enak di dalam..
|
Hero bikin..Mummynya goreng..^^ |
Dah goreng jangan kasi biar lama-lama. Nanti cair aiskrim di dalam. Ndak sedap nanti. Lepas goreng, hidang dan makan.
|
Gigih membentuk |
Buat aktiviti masak-memasak dengan anak-anak memang menyeronokkan. Riuh rendah dibuatnya. Ada yang roti tak putus.. roti koyak..aiskrim terkeluar..ada juga yang sambil buat sambil curi-curi aiskrim masuk mulut..hehe... Dan lagi seronok bila melihat mereka makan dengan rasa puas hatinya hasil dari tangan mereka sendiri.