YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Saturday, February 8, 2014

Sambal Belacan Bakar

Sambal Belacan Bakar ini ibu mertua yang buat untuk makan malam tadi. Walaupun keadaannya yang kurang sihat tapi masih tetap menyediakan hidangan untuk keluarga.

Belacan & bawang merah di bakar

Sambal belacan dan bawang merah yang telah dibakar. Ibu mertua saya bakar menggunakan api dapur gas.

Tumbuk dalam lesung

Lepas itu ditumbuk dalam lesung. 4 biji cili dengan satu sudu besar gula ditumbuk terlebih dahulu. Diikuti dengan bawang merah dan belacan yang dibakar tadi.

Sambil tengo sambil telan liur hehe..

Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Limau tidak ada jadi ibu mertua saya gunakan asam jawa. Tertelan-telan air liur melihat ibu mertua menggaul-gaul sambal belacan itu.

Simple jer..

Menu makan malam simple kami tadi hasil tangan tiga orang chef. Ayam masak kicap, ikan goreng, kacang bendi, sayur cendawan dan Sambal Belacan Bakar.  Makan beramai-ramai sambil berbual-bual. Rasa seronok dan makan pun berselera. Tambah berselera lagi dengan adanya Sambal Belacan Bakar ibu mertua..^_^

Thursday, February 6, 2014

Beli Buku Di HARRIS 1Borneo

Keinginan Hero kedua dan puteri sulung ingin memiliki buku cerita baru akhirnya tertunai juga sewaktu cuti sekolah sempana Tahun Baru Cina baru-baru ini. Bukan main seronok lagi dorang bila tahu akan di bawa ke kedai buku. Kedai buku yang kami pergi ialah di kedai buku HARRIS, 1Borneo. Asalnya si Kaka dan Hero kedua saya yang beria-ia sangat ingin mencari buku cerita baru. Tapi si adik dua orang pun tidak mahu ketinggalan. Turut sama juga mencari buku.

kedai buku,buku cerita
hasil pencarian di kedai buku HARRIS..

Hasil pencarian selepas puas membelek-belek. Enam buah kesemuanya. Dua buah buku cerita untuk Hero kedua. Dua buah juga buku cerita untuk Hero ketiga. Sebuah untuk Hero keempat dan sebuah untuk Abah. Kaka pula..tiada beli apa-apa. Katanya buku yang dicarinya tiada. Oleh kerana tiada card member semuanya berharga RM73.90. Diskaun tara ada... Nanti lepas ini kena join member lah. Boleh bayar kurang sikit dari harga asal..

kedai buku, kedai buku harris 1borneo
Kedai buku HARRIS 1Borneo
Lepas bayar di kaunter terus keluar dari kedai buku HARRIS. Si Hero bongsu mula meragam. Mengantuk lah tu. Sempat juga jeling-jeling kasut dan bag di kedai SUMMIT. Sebelah kedai buku HARRIS. Cepat-cepat berlalu dari situ nanti hati jadi goyah melihatnya. Cukup lah jeling-jeling jak hehehe...Lepas ni ke Beach Tanjung Aru tengok matahari terbenam. Nanti lah saya kongsikan gambarnya di lain entry ya...^_~

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...