YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, October 8, 2013

Kucing Siam

Sempat juga mengsnap kucing ini sewaktu datang melawat kakak yang baru dibedah kerana sakit apendiks sabtu lalu hehe... Kakak memang suka bela kucing. Dan kucing ini antara kucing belaan kakak. Lupa pula tanya apa nama kucing kakak ni.

kucing siam
Kucing Siam.
Ni kalau Hero bongsu nampak 
kompem tak bagi lepas.


Kucing ini kakak dapat dari jiran saya. Kucing Siam betina. Kalau menurut sumber dari sini, kucing siam berasal dari Thailand yang dahulunya dikenali sebagai Siam. Kucing Siam menjadi salah satu baka yang popular di Eropah juga di Amerika Utara dalam abad ke-20. 

Jiran bagi free saja kucing ni. Katanya, penat membela kucing banyak-banyak. Mula-mula kakak tidak mahu sebab jantinanya tu. Tapi abang ipar yang suruh angkat lepas tengok mata kucing ni biru cantik. Saya pun suka tengok mata dia ni. Mempersonakan kan hehe..Kecil lagi kucing siam ni sewaktu diberi oleh jiran tu. Sekarang sudah besar dan sudah menjadi ibu pun dia..:)

Bulu dia cantik bersih, halus dan lembut. Rajin dimandikan oleh tuannya lah tu. Masa kecil dulu bulu kucing ni semuanya berwarna putih. Sekarang, nampak warna hitam bahagian telinga, muka, kaki dan ekornya. Pandai berubah kaler rupanya kucing siam ni...

kucing siam
ya..engkau memang menawan..

Menurut kakak, kucing siam ni bijak..pandai mendengar kata dan mudah diajar. Kalau nampak dia macam mencari-cari tempat membuang air besar, cepat-cepat kakak arahkan dia membuang di luar. Dan kucing ni patuh apa yang kakak arahkan. 

Salah satu hobinya ialah suka duduk melepak dekat tingkap sambil memerhati luar rumah. Kakak pun tidak tahu kenapa dia suka duduk situ. Kadang-kadang duduk berjam-jam dekat tingkap. Entah apalah yang diintai, kakak pun kurang pasti. Menikmati alam sekitar agaknya...hehe

Saturday, October 5, 2013

Sakit Apendiks


Petang tadi, saya ke rumah kakak. Datang melawatnya yang baru dibedah kerana sakit apendiks. Saya tidak tahu pun kakak kena bedah. Ibu dari kampung yang bagitahu saya tentang kakak dibedah. Itu pun sudah keluar dari hospital baru kakak bagitahu. Kakak saya seorang ni memang macam itu. Kalau boleh tidak mahu bagitahu dengan kami. Tidak mahu menyusahkan dan merisaukan kami.

Kesian juga tengok kakak tadi. Nampak pucat. Kata kakak tekanan darahnya rendah. Kakak sebenarnya tidak menyangka dia kena sakit apendiks ni. Mula-mula kakak cuma rasa sakit perut. Ingatkan sakit perut biasa saja. Tapi bila kakak rasa sakit tu kian menjadi, kakak ke klinik jumpa doktor. Keesokannya kakak datang jumpa lagi sebab masih sakit dan muntah-muntah. Doktor chek dan dapat kesan kakak sakit appendiks. 

Kakak bercerita tadi, memang tersangat lah sakit bila sakit apendiks ni. Mula-mula sakit di perut kemudian melarat bahagian bawah perut, sebelah kanan. Sakit tu datang sekejap-kejap. Bila datang sakit tu tersangat sakit macam orang mahu beranak. Bangun pun tidak mampu apatah lagi mahu berjalan. Bertambah kesakitannya bila batuk atau bersin. Lutut pun berlipat naik atas sebab menahan kesakitannya, kata kakak. Kesian kakak..Dapat bayangkan kesakitan kakak tu.

Tapi alhamdulillah kesakitan yang kakak tanggung akhirnya berakhir selepas dibedah. Walaupun berpindah hospital sebanyak dua kali. Jahitan pada pembedahan pun sudah dibuka. Kakak pegi Klinik 1 Malaysia buka jahitannya. Kata kakak lagi cepat. Tidak perlu menunggu sebab orang tidak ramai.

Saya kongsi sedikti info tentang apendiks:

Apakah bahaya apendiks? 


  • Penyebaran jangkitan darah boleh membawa kepada kejutan septik dan mengancam keselamatan. Oleh itu, apendiks akut diuruskan sebagai satu kes kecemasan. Dalam apendiks berlubang, nanah dan najis boleh mempengaruhi dan mencederakan bahagian lain usus dan organ di dalam abdomen. 


  • Boleh baca di sini untuk info lanjut.

    Cerita Lalu:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...