Entry beberapa bulan yang lepas tersimpan dalam draf. Baru hari ini dapat publish. Resepi yang dikongsi oleh +husna zahidi dan juga +Eca Dwinky Asha. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini..:)
Untuk kali kedua membuatnya. Kali pertama hasilnya agak lembik sikit. Tepung Jagung hari itu masih berbaki. Jadi saya telah merajinkan diri sekali lagi membuat Puding Kastard Jagung ini.
Bahan-bahannya macam di bawah ni..
- Secawan tepung kastard
- Setin krim jagung
- 1/2 pek santan
- 1/2 cawan gula (saya guna 1 cawan)
- 2 cawan air
- garam
Cara mahu membuatnya sangatlah mudah dan ringkas..
- Gaul semua bahan-bahan di atas hingga sebati dalam satu bekas..
- Bila sudah sebati danmesra, barulah masukkan krim jagung.
- Adunan tadi dimasak dalam kuali dan apinya haruslah sederhana.
- Masak dan sentiasa digaul hingga nampak berkilat. Bahagian ini korang kena sabar cikit lah ya..
- Bila kelihatan berkilat, bolehlah diangkat dan bagi masuk dalam bekas.
- Masukkan dalam peti sejuk. Bagi dia sejuk barulah sedap dimakan..:)
Gaul-menggaul |
Dengan bantuan Hero sulung bahan-bahan dicampurkan dan digaul sampai sebati. Si hero bila tengok saya di dapur sedang siapkan bahan-bahan Puding Kastard Jagung ini, cepat-cepat dia menghulurkan bantuan..Baguslah, mudah kerja saya hehe...
Puding Kastard Jagung selepas 35 minit |
Selepas 35 minit menggaul tanpa henti, jadilah bentuk seperti di atas. Mula-mula menggaul relax je.. Gaul guna tangan kanan sambil tangan kiri cekak pinggang..Bila adunan mula memekat, tiada lagi main cekak pinggang. Dua-dua tangan pegang senduk. Gaul tanpa henti. Takut pula nanti terbakar. Nasib baik si Hero sulung tadi meringankan tulang membantu.
Puding Kastard Jagung baru potong.. Siap untuk dimakan.. |
Yeahh..Akhirnya..ini dia hasilnya Puding Kastard Jagung selepas dimasukkan dalam bekas dan selepas keluar dari peti sejuk dan selepas dipotong dua..Dan kali ini Puding Kastard Jagung tidak lembik seperti yang sebelumnya.. Dan juga habis licin dimakan...:)