Sedang sibuk cuci mencuci pinggan mangkuk dan sambil-sambil juga jeling-jeling si kuih dalam oven, terdengar bunyi ketukkan yang hampir-hampir tidak kedengaran..
knock..knock....knock..knock....
Halusnya ketukkan..Siapakah itu..?..
Hero buka pintu..Tersenyum seorang budak kecil sedang berdiri depan pintu sambil memberi sesuatu dari tangannya..
"Nah! Kuih Makmur..Mama buat"
"eh!..Apic lah..Lama nda jumpa..Masuklah..Mama mana?"
"Ndalah anty..(senyum lebar)..saya kijap ja ni"..Mama ada dalam kereta.."
Apic..anak jiran sebelah rumah saya dulu. Jiran lama saya..Rindu pula dengan si Apic ni. Masa tinggal berjiran dengan kami dulu, Apic dan kakaknya selalu datang ke rumah bermain dengan anak-anak saya. Riuh rendah rumah oleh mereka. Berkawan..bermain..bergaduh..lepas tu berbaik semula...hehe...
Dorang berpindah rumah sudah hampir 3 tahun..Datang ke rumah semata-mata beri Kuih Makmur untuk kami. Masih ingat lagi rupanya jiran lama dengan kami disini...Ingat juga Mama Apic yang saya ni suka sangat makan Kuih Makmur...:) Terima kasih Jiran Lama..:)
Monday, July 29, 2013
Sunday, July 28, 2013
Bekalan Habis
Bekalan Baru habis..Baru saja tadi cuci-cuci Rumpai Laut, hilangkan kotoran dan bau hanyirnya. Sekarang ini tengah duduk berendam dalam peti ais menunggu untuk dimasak esok hari. Hari tu masak 100grm, guna selama sebulan..Ambil sekali sehari. Dua sudu besar dicampur dengan air suam dan minum sebelum sarapan atau sebelum tidur. Kadang-kadang lupa sampai dua tiga hari. Bila ingat baru ambil..Semakin berumur semakin jadi pelupa pula..huhh..
Rumpai Laut (Hijau)
Suka dengan Rumpai Laut yang warna hijau ni. Baunya kurang berbanding dengan yang warna purple..Di Sabah memang senang dapatkan Rumpai Laut ni. Banyak di jual di tamu-tamu...
Paling best kalau gunakan Rumpai Laut ini sebagai mask. Jerawat kecut dengan sendiri dalam tiga empat hari macam tu. Saya lebih suka pakai di muka macam tu sahaja. Tiada campurkan apa-apa..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)