YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, May 2, 2013

Pertanyaan Anak Semasa Ibu Mengandung

"Baby bila mahu keluar..?"

"Baby makan apa dalam perut?"

"Baby tidur dalam perut macam mana?"

Semasa mengandung, inilah antara pertanyaan anak-anak saya. Bagi yang bergelar ibu tentu korang pun pernah diajukan macam-macam pertanyaan  dari anak-anak semasa mengandung kan.. 
Masa tengah sarat mengandunglah anak-anak saya penuh dengan pertanyaan. Ada pertanyaan tu boleh dijawab tapi ada juga kena fikir macam mana cara mahu menerangkannya. Kena perah otak juga  mencari cara yang sesuai menjawabnya. Kena terangkan betul-betul. Sebab kalau tidak, kompem sesi soal siasat tidak akan berakhir..

Kadang-kadang bingung juga mahu menjawabnya. Bila tidak terjawab, tanya balik dan tanya lagi. Hari ini tidak dijawab, esok hari tanya lagi. Hinggalah terjawab.

"Macam mana baby ada dalam perut?"..

"Baby keluar dari mana?".. 
Yang Ini, memang susah juga mahu menjawabnya..Penat juga cari cara menjawabnya. Bila sudah dijawab, akan ada lagi sambungan pertanyaan mereka.


Baby keluar dari mana..?

Tergelak juga juga bila mendengar bila ada anak saya yang kata..

"Baby keluar dari pusat"..

hehe...


Monday, April 29, 2013

Kuih Kelupis

Ini salah satu lagi kuih tradisional di sabah, Kuih Kelupis...M3H pernah dengar Kuih ini?..

Kuih ini kira adik beradik dengan Lamban. Nama saja berlainan. Mula-mula dulu saya pun tidak tahu Kuih Kelupis ini sama dengan Lamban. Member yang bagi tahu. Bahan-bahan dan cara mahu membuatnya pun sama..serupa..Yang membezakannya cuma daun pembungkusnya sahaja.

Beras pulut dan santan adalah bahan utamanya. Beras pulut perlu ditanak separuh masak dahulu. Kemudian dibungkus dengan menggunakan daun (kurang pasti nama daunnya..). Lepas itu dikukus selama 2 jam. 

Kuih Kelupis dengan kuah kacang..

Ini member yang buat. Dia buat untuk dijual. Tapi saya, dia bagi free. Kuih Kelupis berserta dengan kuah kacangnya..Dan dengan suka hatinya saya menerimanya hehe..

Nyam..Menggoda selera..

Rupa bentuk Kuih Kelupis selepas dibuka dari daunnya. Memang terer member saya buat Kuih Kelupis ini..Rasa lemak-lemak..Tidak keras, tidak lembik. Memang sedap..Makan satu tidak puas..Tambah lagi..Makan sampai 3..4 bungkus baru hati rasa puas..Uii tamaknya bah...

Cecah dengan Kuah Kacang..Seedaaap..

Selain sedap dimakan dengan kuah kacang, kuih ini juga sedap kalau dimakan bersama kari ayam atau kari daging. Sama..serupa..seperti makan Lamban. Kalau korang mahu tengok rupa bentuk Lamban, boleh tengok sini..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...