YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, April 23, 2013

Jeruk Buah Bambangan

Pernah dengar Jeruk Buah Bambangan..?

Jeruk Buah Bambangan merupakan antara makanan kesukaan orang sabah.
Makanan tradisi kaum Kadazan-Dusun yang terkenal di Sabah. Pembangkit selera ketika makan. 

Bagi saya yang meminati makanan ini, rasanya memang sedap. Bila tercium baunya, air liur terus meleleh keluar. Rasanya masam-masam. Boleh terkenyit mata bila memakannya. Kalau dimakan dengan nasi panas campur ikan masin..fuhh..memang tidak terkata..sedap bah rasanya..hehe..

Kesukaan hati..Jeruk Buah bambangan..
(buatan Ibu)

Ini rupa bentuk Jeruk Buah Bambangan. Nampak warnanya yang kuning menyelerakan itu..Terliur la pula hehe..Jeruk ini Ibu yang buat. Dibawa khas dari kampung untuk saya yang menggemari makanan ini..:)

Cara-cara membuatnya:

Isi buah Bambangan dihiris-hiris. Kemudian dicampurkan dengan bijinya yang telah diparut. Selepas itu campurkan dengan garam dan cili jika suka. Masukkan dalam bekas botol dan ditutup ketat. Dibiarkan selama semingg baru boleh makan. Lagi lama simpan, lagi umpphh..kaw..kaw..rasanya..

Air dalam mangkuk yang korang nampak itu merupakan jus yang keluar dari buah tersebut semasa dijeruk. Warna putih-putih tu ialah biji buah Bambangan yang diparut. 

Pilih mana satu..atas atau bawah..

Tapi buat Jeruk Buah Bambangan ini pun kena tahu caranya. Nanti jadi macam pic dia atas itu. Kalau pandai buat, jeruk ini memang tahan lama. Warna dan rasanya tidak akan berubah. Ini ibu saya yang kata. Sebab ibu pandai buat jeruk ini. Saya cuma pandai makan saja. Belum pernah lagi membuatnya..huhu..

Salah satu petua yang ibu beri ialah jangan cuci buah selepas dikupas. Ia akan menggelap seperti Jeruk Buah Bambangan di atas itu. Yang di bawah, buahnya tidak dicuci selepas dikupas kulitnya. Nampak bezanya kan...

Kalau korang datang Sabah dan teringin mencubanya..Kamurang cari jak di tamu-tamu Sabah..:)


Monday, April 22, 2013

Video Gwiyomi/Kwiyomi Yang Best

Gwiyomi..Kiyomi..errr. Ntahlah mana satu mahu disebut..Kalau baca dari sumber wikipedia Gwiyomi atau Kwiyomi ini bermaksud comel.

Demam sana sini Gwiyomo/Kwiyomi ini. Saya pun ikut jadi demam ingin tengok video yang jadi ikutan sekarang ini hehe..Suka juga dengar lagu comel ini. Terikut juga gerak-gerak bila mendengar irama lagunya. Comel cute... 
  
Bila tengok di Youtube ada yang best ada juga yang tidak best. Tapi Video Gwiyomi/Kwiyomi yang best bagi saya yang di bawah ini.
Gail Sophica 

Comel Cute betul budak Gail Sophica ini. Siap dia nyanyi sambil main gitar kecilnya..:) Terikut juga gerak-gerak kepala tengok budak comel ini..Dia menyanyi pun memang comel sangat..Memang Gwiyomi/Kwiyomi betul..:)

Maria Elena
Yang ini pun suka juga. Korang mesti kenal Bologger ini. Si cantik, Maria Elena. Bila tengok video dia ini, gelak terus tengok..Macam robot pun ada..hehe. Best tengok..


p/s: Sekali sekala dengar dan tengok benda yang comel-comel..buat diri ini jadi perasan comel hehehe...

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...