YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Saturday, March 2, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Dua Komando Malaysia Terbunuh

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini. 

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.
“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online. 

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut. 

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera

Lebih lanjut di sini
AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo.

 Isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat

 Sumber:https://www.facebook.com/supportpdrm

Takziah kepada kedua-dua ahli keluarga allahyarham. Sedih tengok gambar isteri allahyarham Insp. Zulkifli di atas tu.  Dapat bayangkan perasaanya..Anak-anak pun masih kecil lagi. Semoga ahli kelurga kedua-dua pejuang kita yang terkorban, tabah menghadapi dugaan ini.  Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.  


# Sahabat blogger kita Atie yang berada di Lahad Datu pasti dalam kebimbangan semasa kejadian.  Bagaiman agaknya keadaan sebenarnya di sana sekarang..

Friday, March 1, 2013

Aiskrim Perisa Vanila

Aiskrim perisa vanila untuk Yusuf yang kena tonsil lagiBeli untuk dia seorang saja.  "Abang-abang, aiskrim ini untuk adik ya..."

Macam yang  BM kata, makan aiskrim memang cepatkan penyembuhan.   Sebentar tadi pun dia ada makan aiskrim perisa vanila ini.  Lepas makan, kelihatan dia macam ada rasa lega sedikit.

 perisa vanila
 
Alhamdulillah Hero bongsu saya kini semakin beransur pulih.  Demam pun semakin baik.  Tidak seperti yang sebelumnya, suhu badan macam air panas yang sedang dijerang.  Antibiotik masih lagi diteruskan dan juga ubat-ubat yang lain. Rasa rindu pula dengan kenakalannya yang suka mengacau adik bongsunya..:)

Kepada kawan-kawan semua, terima kasih sangat-sangat kerana mendoakan kesihatan anak saya...:)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...