Terkejut tadi waktu sampai rumah. Anak saya bagitau rumah kakak, jiran sebelah rumah kami dimasuki ular. Saya yang dari kedai tidak sempat meletak barang terus saja pergi tempat kakak itu. Kakak itu bagitau dia nampak seekor ular dekat rumahnya. Dia kelihatan terkejut dan nampak pucat.
Ceritanya kakak itu keluar mahu membuang sampah. Oleh kerana terdengar azan, dia membatalkan niatnya untuk membuang sampahnya itu. Sampah diletakkan dan mahu masuk kembali ke rumahnya untuk solat. Sewaktu berpusing masuk ke rumah, dia terkejut bila melihat seekor ular hitam. Hitam yang gelap sangat.
Apa yang menghairankan kakak itu, waktu dia keluar ular itu tiada pula disitu. Dia cuma meletakkan sampahnya dan pusing dan ternampak ular itu. Lagi dia rasa pelik ular yang dilihatnya tadi serupa benar dengar ular dalam mimpinya. Ada beberapa kali dia termimpi ular itu.
Naik juga bulu roma bila dia bercerita. Sampai kakak itu takut mahu masuk dalam rumahnya sendiri. Saya temankan kakak itu sampai suaminya pulang. Rasa mahu tengok juga ular itu tapi takut la..
Harap-harap ular itu sudah melarikan diri. Teringat pula masa mengandung, pernah mimpi ular kecil-kecil yang sangat banyak..Takut bercampur geli waktu dalam mimpi itu eeeeiii..hehehe...Suami pun sama, pernah termimpi ular tiga kali semasa saya mengandung. Entahlah apa maksudnya...
Monday, February 4, 2013
Terima Kasih Sahabat
Kepada semua sahabat semua, terima kasih saya ucapkan kerana selalu datang ke Blog MaMaRey, yang tidak seberapa ini. Setiap kunjungan sahabat semua amat saya hargai. Setiap komen yang diberikan pemberi semangat untuk saya terus berkongsi sesuatu dalam blog yang tidak seberapa ini.
Maaf jika saya tidak dapat berkunjung balas dengan segera ke blog sahabat semua. Terpaksa utamakan tanggungjawab utama saya. Tapi yang pasti, saya akan datang juga membalas semua kunjungan sahabat semua.
Mohon Maaf sepanjang saya berblog selama ini jika ada entri yang yang tidak disenangi. Maaf juga jika saya ada meninggalkan komen di blog kalian yang telah menyinggung dan mengguris hati sahabat semua.
Pagi-pagi buat entri,
kata salam harus diucap,
Tiada apa dapat diberi,
Hanya Terima Kasih mampu diucap.
# Berpantun pula MaMaRey awal pagi..hehehe..

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)