Anak saya yang berumur 2 tahun 7 bulan semalam demam panas. Demamnya agak kuat semalam hinggakan kain yang saya gunakan untuk melap badannya ikut menjadi panas. Suhu badannya turun sekejap selepas diberi ubat demam dan selepas melap seluruh badannya dengan kain basah. Selepas itu panas semula.
Kesian tengok dia, sekejap-sekejap menangis. Tiada ibu akan merasa tidak risau bilamana melihat anak yang sakit sedang menangis.
Dalam jangkaan saya kemungkinan dia kena jangkitan tonsil. Sebelum ini pun ada pengalaman anak kena jangkitan tonsil. Demam panas tinggi tapi tiada batuk dan selsema pun tiada. Selera makan berkurang dan anak saya kelihatan tidak bermaya juga lemah sedikit.
Semalaman berjaga menjaga dia beri dia minum air kerap dan lap badannya berulangkali. Untuk bagi senang lap badannya saya tanggalkan saja semua pakaiannya. Panasnya berlarutan hingga ke pagi. Rasa risau juga sebab suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan.
Awal pagi-pagi lagi tadi bawa dia ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan. Sampai hospital, terus masuk ke bahagian kecemasan. Nurse ambil suhu badan anak saya dan bacaannya ialah 39.4 darjah celcius. Memang tinggi suhunya. Nurse bagi ubat demam yang dimasukkan melalui dubur. Kemudian nurse beri air suam dengan kain untuk bagi lap seluruh badan anak saya.
Kemudian kena cek dalam mulut. Memang tepat jangkaan saya. Anak saya kena jangkitan tonsil.
Setengah jam kemudian, suhu badan anak saya dicek semula. Suhu turun sedikit saja 38 darjah celcius. Kena teruskan lap badannya. Suhu dicek selepas setengah jam kemudian. Alhamdulillah suhu telah turun ke 36.2.
Pesanan yang diberi sebelum pulang rumah ialah ubat yang mesti bagi makan, selalu lap dengan air jika suhu badan panas, bagi pakai pakaian yang nipis saja dan beri minum cecair banyak.
Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah berusaha memberikan anak saya ubat sebab anak saya ini tidak suka makan ubat. Belum sempat disuap, anak tutup mulut tidak mahu buka...Satu cabaran untuk seorang ibu...:)
Saturday, January 12, 2013
Friday, January 11, 2013
Sup Ayam Masak Terjun
Saja tukar menu dari goreng -mengoreng ke rebus-merebus. Menu yang cepat dan ringkas. Ayam semalam sudah dipotong sedia, tinggal terjunkan masuk dalam kuali sekali dengan bahan-bahan yang lain.
Sup Ayam Masak Terjun
Masukkan semua saja bahan-bahan ke dalam kuali berisi air. Ayam, serai, halia, bawang putih, bawang merah, kiub pati ayam dan serbuk perasa. Sudah mendidih masukkan daun kucai. Didihkan sebentar kemudian angkat dan hidangkan. Ringkas sahaja memasaknya.
Macam terjun mandi masuk ke dalam air, sebab itu saya namakan resepi ini Sup Ayam Masak Terjun..hehe
Anak-anak baru balik dari sekolah tadi bertanya;
Anak: Mummy masak apa? (panggilan anak2 di rumah)
MaMaRey: Sup Ayam Masak Terjun..
Anak: hah!..tak pernah dengar lah..sedap ke?
MaMaRey: Sedaaap..Cuba lah..
Anak: nyamm..sedap lah..
MaMaRey: ^_^..terima kasih nak..
Bila dalam bab masak-memasak, anak-anak adalah juri saya..Anak nombor dua tadi komen sup ada tawar sikit..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)