YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, January 15, 2013

Makanan Anak Sakit

Bubur

Inilah makanan anak saya b€b€rapa hari ini yang s€dang sakit k€rana 
m€ngalami Jangkitan Tonsil baru-baru ini.  Bagi dia makan bubur saja. 
K€sian t€ngok dia, m€n€lan pun susah.  
Bila batuk m€sti dia m€ngadu sakit di t€kak sambil p€gang l€h€rnya.  
Hati pun rasa s€dih... 

Untuk bagi dia s€nang sikit m€n€lan saya masakkan dia bubur.  
G€mbira t€ngok dia makan sampai habis, walaupun kal€r hijau dan or€ng€ tu dimuntahkan balik s€bab dia m€mang anti sayur.  Abah dia yang tolong suapkan. 

S€karang ini anak saya ada ok s€dikit.  Tiada d€mam lagi, cuma batuk tu lagi   b€lum hilang.  
K€lmarin pagi ada bawa s€kali lagi jumpa doktor untuk pastikan k€adaannya.  

Alhamdulillah s€munya ok.   Antibiotik masih lagi dit€ruskan.     K€na Ikut p€rintah doktor, p€rlu habiskan.

K€pada kawan-kawan s€mua  t€rima kasih k€rana m€ndoakan 
k€sihatan anak saya..:)

#€rr..k€napa pula huruf € saya tu b€rb€tuk macam tu..(sambil garu k€pala yang tak gatal)

Saturday, January 12, 2013

Jangkitan Tonsil

Anak saya yang berumur 2 tahun 7 bulan semalam demam panas.  Demamnya agak kuat semalam hinggakan kain yang saya gunakan untuk melap badannya ikut menjadi panas.  Suhu badannya turun sekejap selepas diberi ubat demam dan selepas melap seluruh badannya dengan kain basah.  Selepas itu panas semula.

Kesian tengok dia,  sekejap-sekejap menangis.  Tiada ibu akan merasa tidak risau bilamana melihat anak  yang sakit sedang menangis.  

Dalam jangkaan saya kemungkinan dia kena jangkitan tonsil.  Sebelum ini pun ada pengalaman anak kena jangkitan tonsil.  Demam panas tinggi tapi tiada batuk dan selsema pun tiada.  Selera makan berkurang dan anak saya kelihatan tidak bermaya juga lemah sedikit.

Semalaman berjaga menjaga dia beri dia minum air kerap dan lap badannya berulangkali.  Untuk bagi senang lap badannya saya tanggalkan saja semua pakaiannya.  Panasnya berlarutan hingga ke pagi. Rasa risau juga sebab suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan.  

Awal pagi-pagi lagi tadi bawa dia ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan.  Sampai hospital, terus masuk ke bahagian kecemasan.  Nurse ambil suhu badan anak saya dan bacaannya ialah 39.4 darjah celcius.  Memang tinggi suhunya.  Nurse bagi ubat demam yang dimasukkan melalui dubur.  Kemudian nurse beri air suam dengan kain untuk bagi lap seluruh badan anak saya.

Kemudian kena cek dalam mulut.  Memang tepat jangkaan saya.  Anak saya kena jangkitan tonsil.  

Setengah jam kemudian, suhu badan anak saya dicek semula.  Suhu turun sedikit saja 38 darjah celcius. Kena teruskan lap badannya.  Suhu dicek selepas setengah jam kemudian.  Alhamdulillah suhu telah turun ke 36.2.  

Pesanan yang diberi sebelum pulang rumah ialah ubat yang mesti bagi makan, selalu lap dengan air jika suhu badan panas, bagi pakai pakaian yang nipis saja dan beri minum cecair banyak.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah berusaha memberikan anak saya ubat sebab anak saya ini tidak suka makan ubat.  Belum sempat disuap, anak tutup mulut tidak mahu buka...Satu cabaran untuk seorang ibu...:)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...