Petua-petua ini jumpa dalam blog Master Chef Celebrity Sabri Hassan. Tengok dulu pernah cuba atau tidak petua-petua Chef ini.
1.KUPAS BAWANG : untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang didalam bekas berair ; Baru tahu petua ini. Sebelum ini pernah rendam untuk bagi senang kupas bawang.
2. MEMILIH IKAN SEGAR : Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal ; Selalu buat petua ini tapi kadang-kadang belum sempat tengok-tengok, penjual sudah cakap "ikan tu segar kak"
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN : Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris ; Ubi kentang pernah cuba semasa terlebih garam dalam masakan kicap saya. Buah pisang belum pernah cuba sebab baru tahu. Menarik petua ini.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN : Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir. Basuh dengan air beras belum pernah cuba sebab tidak tahu petua ini. Basuh dengan asam jawa pernah. Lepas ini kena simpan air beras nanti. Selalunya saya buang saja.
5. MEMUTIHKAN NASI : Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi ; Baru tahu petua ini. Lepas ini kena cuba letak air limau nipis semasa masak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS : letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul ; Belum pernah cuba. Sebelum ini cuma pernah letak kayu manis saja. Lepas ini kena cuba buat sebab baru tahu cili kering boleh elak kutu beras membiak.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT : Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup ; Harus dibuat..Niat itu yang paling penting.
Nampaknya banayk petua yang baru saya pelajari. Terima kasih petua-petua ini Master Chef. Selalu tengok Master Chef Celebrity Sabri Hassan ini dalam rancangan 'Spice Routes' di TV3. Seronok tengok Chef Celebrity ini memasak. Amat menyelerakan bila beliau memasak..:)
Master Chef Celebrity Sabri Hassan aktif dalam pertandingan memasak juga pernah mewakili negara dalam pertandingan memasak bertaraf dunia. Lawati blog beliau di sini untuk melihat sendiri resepi-resepi dan pengalaman Master Chef ini.