YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, May 6, 2014

Ikan Liking Dari Kota Belud Sabah.

Kalau hari itu entry tentang Ikan Terubuk Masin Sarawak pemberian dari rakan sekerja suami, kali ini pula Ikan masin dari Kota Belud, Sabah. Ikan masin yang dipanggil Ikan Liking. Suami beli sewaktu ke Kota Belud minggu lalu. Ikan Liking ini diperbuat daripada Ikan Talang. Dibelah dua kemudian dilumur dengan garam dan lada. Selepas itu dikeringkan.

Ikan Liking 

Ikan masin yang suami beli. Ada dua jenis suami beli. Yang warna merah itu lah Ikan Liking. Sebelahnya pula yang biasa punya. Suami beli dengan harga RM18 satu.


Goreng & perah limau..

Ini selepas dimasak. Masak ringkas sahaja. Potong kecil-kecil kemudian goreng. Masa menggoreng tu, baunya sangatlah sedap. Wangi sangat. Sesiapa yang menghidunya pasti terus terasa lapar. Yang memasaknya pula sambil menggoreng sambil telan liur hehe..

Lepas digoreng saya perah dengan limau. Rasa Ikan Liking yang cuma didapati di Kota Belud ini memang enak..sedap sekali. Isinya tebal dan tidak banyak tulang. Kalau dimakan bersama Jeruk Buah Bambangan lagi umpph...^_~

Wednesday, April 30, 2014

Semakin Ringan Tulang

Alhamdulillah...Kaka semakin dewasa semakin ringan tulang membantu tanpa disuruh. Bangun pagi-pagi bantu cuci kain yang telah sedia saya rendamkan dalam baldi. Mesin basuh rosak jadi terpaksa mencuci menggunakan tangan. Nasib baik lah spin masih berfungsi. Sewaktu saya berada di wad menjaga si Hero bongsu yang diserang sawan demam panas, Puteri Sulung saya juga lah yang bantu abahnya uruskan pakaian. Cuci, sidai dan angkat. Petang tadi pun cuci kain sebaldi.

Selalunya waktu cuti sekolah dan hujung minggu lah Kaka rajin membantu. Cuma Kaka ni liat sikit bangun pagi. Bila sudah segar dari bangun tidur barulah mula kemas-mengemas..sapu-sapu..gosok baju sekolah adik-adik kecuali baju si abang sulung. Hero sulung gosok sendiri.

Di dapur pun Kaka banyak membantu. Cuci pinggan, kemas-kemas dapur. Bab masak..Kaka kurang sikit. Masak nasi..Ya..Setiap pagi akan masak nasi. Kadang-kadang Kaka akan goreng baki nasi semalam. Kalau mood bagus dan rajin, Kaka masak sup. Pernah sekali masak sup..Kaka campur carrot merah dalam sup tanpa kupas kulitnya. Potong besar-besar pula tu hehe...Saya kenal sangat sup yang Kaka masak. Bawang putih..merah dan halia Kaka goreng terlebih dahulu.

Kadang tu minyak terlebih..garam terlebih..hehe..Tapi, ambil hati si anak jamah juga masakannya. Bagi pujian sikit lepas tu tegur mana yang nda ngam...^-^

Mudah-mudahan lah sikap Puteri Sulung saya ini berterusan dan menjadi contoh baik kepada adik-adiknya walaupun orangnya sedikt garang...


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...