YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, March 20, 2014

Tulisan Bulat & Lagu "let It Go" Frozen

bulat-bulat
Lagi Hobi Terbaru Puteri Bongsu saya, Nur Maryam yang kini berumur setahun lapan bulan. 
Suka ambil pensel dan buku lama abang-abangnya dan tulis-tulis..conteng-conteng. Sebentar tadi ini hasil tangan comelnya. Tulisan berbentuk bulat. 


"Let It Go"..best lagu ni..Movienya pun best.
Ini pula lagu yang digemarinya sekarang. Lagu dalam filem animasi Frozen bertajuk "Let It Go". Bila dengar lagu ini, terus datang cari..Dan nyanyi..go..go..go..sambil menari-nari angkat tangnnya..^_^

Tuesday, March 18, 2014

"Tagal" Sungai Moroli Kg. Luanti Baru, Ranau

Tentu ada diantara korang yang sudah pernah datang ke sini kan. "Tagal" Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru, Ranau. Kira-kira 10 km dari Pekan Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu kira-kira 131 km. Agak-agak 2 jam 40 minit macam tu lah jika korang menaiki kenderaan dari Kota Kinabalu ke tempat ini.

Di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Sabah

Sungai ini terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Dan, Tempat ini pernah memenangi "Malaysia River Care" pada tahun 2006. "Tagal" dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang sama sekali. Tujuannya adalah untuk menjaga alam sekitar dan ekosistem bagi kegunaan generasi akan datang. Ada juga yang memanggil "Tagal" ini "Bombon". 

Kami singgah di sini sewaktu balik Kampung suami di Sandakan, melawat ibu mertua yang kurang sihat.

Sungai Moroli Kg. Luanti Baru, Ranau

Anak-anak bersama suami sudah di depan meninggalkan saya dan Puteri bongsu di belakang. Masa ini pengunjung tidak berapa ramai. Jadi kami pun boleh terus masuk tanpa perlu beratur.

"Fish massage"
Jinak-jinak..Besar-besar.

Sungainya tersangatlah jernih sewaktu berkunjung di sini. Nampak kejernihannya kan. Masuk saja kaki dalam sungai, ikan-ikan segera datang berkumpul dan gigit-gigit kaki. Ikan-ikan di sini sudahlah jinak, besar-besar pula tu. Rasa sedikit geli dengan ikan-ikan tu. Ikan-ikan tu cuma gigit-gigit manja saja sebenarnya. Tapi entahlah, tetap juga rasa geli..ndak biasa bah ikan jinak besar berenang-renang dekat kaki..Kalau tidak, kompem habis kulit mati di kaki ini. Halus mulus jadinya hehehe..

Takut bah si Hero bongsu..

Si baju kuning sedang duduk tepi sungai, Hero bongsu saya Yusuf. Sangatlah takut dengan ikan-ikan tu. Ni waktu anak-anak tabur makanan ikan dalam sungai. Tengok tu, banyak sangat ikan yang datang.


Nda sempat naik..sempat snap jak..

Ada sebuah jambatan di "Tagal" Sungai Moroli ini. Tapi tidak sempat bawa anak-anak naik. Sempat snap jer. Hujan renyai-renyai mula turun. Masa pun tamat. Masa yang diberikan masuk di sini ialah 15 minit. Nombor korang akan dipanggil apabila masa tamat. 

Harga tiket
Harga tiket masuk ke "Tagal" Sungai Moroli Kg.Luanti Baru, Ranau. Bayaran masuk untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM2. Bawah 5 tahun Free saja. Itu untuk berendam kaki sahaja. RM10 dikenakan bagi yang mahu mandi/seluruh badan. Kamera termasuk handphone berkamera, turut dikenakan bayaran. RM3 untuk satu kumpulan. Ok lah bah juga tu kan...^_~


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...