YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, April 11, 2013

Baru Rupanya

Semalam dengan rajinnya saya mengodek template blog ini. Kunun-kunun mahu mengeidt-edit blog yang berserabut ini. Tapi bila klik Edit HTML, terhenti seketika..aikk kenapa macam ni..Ada nombor-nombor..Adakah saya yang tersalah masuk. Keluar dan klik semula. Beberapa kali keluar  dan masuk. Hasil yang sama juga. Dahi pun mula berkerut..

Tapi selepas baca entry Blogger hebat, Hasrul Hassan (HH) di sini, barulah tahu rupanya Editor HTML Template Blogger sekarang telah diperbaharui. Bukan tersalah masuk tapi baru rupanya.  Terima kasih info ini saudara HH. Saya baru saja tahu. Saya masih belum faham sangat dengan benda baru ini. Masih bengong-bengong lagi menggunakannya sebab memang tidak tahu bab-bab HTML macam ini. Terkial-kial bercampur pening lalat dari semalam sampai sekarang.

Sedang belajar benda baru ini sambil garu-garu kepala..


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...