YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Monday, January 28, 2013

Anak Semakin Manja

Semakin manja si kecil bongsu saya ini, Nur Maryam.  Kena saya gendong barulah dia tidur.  Sambil gendong sambil siapkan kerja rumah.  Kalau tidak digendong memang tidak tidurlah dia dan tidak siaplah kerja-kerja dalam rumah. 

Foto

Tertidur dia waktu saya tengah mengemas-ngemas awal pagi tadi.  Kesian tengok dia... Terpaksa ikut bersama dengan saya buat kerja.  Semakin dia membesar semakin manja dia pada saya.  Masa abah dia dukung, nampak saya mesti dia menangis manja-manja minta diambil..:)


Ini baru saja baringkan dia tadi.  Kenyang selepas makan.  Barulah dapat menghadap komputer hehe..Kena taip cepat-cepat nanti kejap lagi bangun.  Dia tau betul saya tiada baring dekat dia.  Dapat hidu ibunya tiada disampingnya..hehe..



Sunday, January 27, 2013

Roti Kaya Goreng

Pagi-pagi tadi, seorang anak saya meminta agar saya membuat roti seperti roti yang dimakannya di sekolah.  Anak saya kata roti sahabatnya yang dibawa dari rumah rasanya sedap.  Dia kata "roti tu sapu dengan kaya dan celup dalam telur lepas tu goreng". Dia siap beri cara-caranya supaya saya boleh buatkan untuk dia...:)

Maka untuk memenuhi permintaannya saya buatkanlah untuk dia dan juga untuk semua anak-anak yang lain.


Ini bahan-bahannya: Roti, kaya dan telur


Cara-cara membuatnya: 
  1. Roti disapu dengan kaya. 
  2. Celup roti dalam telur yang telah dipukul macam pic diatas.  
  3. Goreng dalam minyak panas.
  4. Angkat bila ia kelihatan kekuningan.
Roti Kaya Goreng yang sedang menunggu diserbu

Inilah Roti permintaan anak saya.  Siap untuk dimakan.  Saya namakan Roti Kaya Goreng hehe..  Mudah, ringkas dan cepat disediakan.  Sarapan awal pagi untuk anak-anak.

"esok pagi, pegi sekolah saya mau bawa roti ni. makan sama-sama dengan kawan".. kata anak saya..Gembira betul dia permintaannya ditunaikan hehe..

"Baik nak..nanti esok pagi Mummy buatkan  lagi ya"..:)   


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...