Beras bukit dari kampung, di kirim oleh ibu. Terima kasih ibuku.
Jarang dah makan beras bukit sekarang. Selalu makan beras beli dari kedai sahaja. Kali ini alhamdulillah dapat lah juga merasa beras bukit yang baru di tuai.
Parai Wagu |
Bentuk berasnya pendek berbanding beras yang saya selalu beli di kedai. Masa kecil-kecil dulu saya suka makan jenis beras ini. Wangi..sedap berlemak. Orang kata beras bukit banyak khasiatnya. Tapi saya kurang pasti apakah khasiatnya. Yang saya tahu ianya memang sedap bila di makan masa panas-panas.
Kalau di kampung saya Beras Bukit ini di panggil PARAI WAGU. Parai itu ialah Padi dan Wagu itu Baru. Mereka tak akan sebut Beras Baru Tapi Parai Wagu. Maksudnya, padi yang baru dituai.
Kalau dulu sewaktu masih kecil, sempat juga merasa bagaimana cara menuai padi bukit atau PARAI TIDONG yang hasilnya akan menjadi beras seperti di atas. Dengan menggunakkan satu alat kecil yang dipanggil Langgaman padi dituai secara kerjasama dari orang kampung. Bukan mudah dan bukan senang yang difikirkan. Ianya memerlukan kekuatan fizikal semasa menuainya kerana bentuk muka bumi yang curam.
sumber |